FENG SHUI MODEN: IKEA BAWAKAN IDEA UNTUK RUANG KEDIAMAN YANG LEBIH HARMONI DI TAHUN BARU CINA INI
Tahun Baru Cina sinonim dengan permulaan baharu: mengemas, menyingkirkan yang lama, memberi ruang kepada yang baharu dan menyediakan rumah untuk tahun mendatang. Dalam Tahun Kuda – tahun yang dikaitkan dengan pergerakan, tenaga dan kemajuan – tumpuan beralih kepada niat: mewujudkan ruang lebih jelas, aliran lebih lancar dan kediaman yang menyokong gaya hidup lebih berfungsi.
Tahun ini, IKEA Malaysia membawa prinsip Feng Shui ke dalam rumah dengan cara praktikal, mudah dicapai, mampu milik dan moden melalui siri sesi perkongsian bersama perunding Joey Yap Consulting Group. Inisiatif ini menunjukkan bagaimana perubahan kecil dan ringkas mampu memberi kesan bermakna, dengan menggabungkan perspektif Feng Shui bersama solusi perabot rumah IKEA yang mudah diakses dan mesra bajet.
Mulakan di Pintu Masuk: Ruang Teratur, Minda Tenang
Pintu masuk menetapkan nada bagaimana kita keluar masuk setiap hari, lebih-lebih lagi ketika Tahun Baru Cina apabila keluarga dan rakan berkunjung. Ruang yang bersih dan teratur menjadikan pergerakan lebih lancar serta mencipta kesan pertama yang mesra. Tambahan ringkas seperti rak kasut kompak, penyangkut atau bangku kecil membantu mengawal kekusutan sambil menyokong rutin harian.
TJUSIG
Rak kasut, hitam, 79x32x37 cm – RM149
Ruang Tamu Membawa Keharmonian
Ruang tamu ialah pusat tenaga – tempat perbualan, rehat dan kebersamaan. Semasa musim perayaan, ia perlu menyokong suasana meriah mahupun detik santai. Susun atur seimbang menggalakkan interaksi bersemuka, sementara sofa selesa dan bangku mudah alih membolehkan ruang menyesuaikan diri apabila tetamu hadir.
Pencahayaan turut memainkan peranan penting. Ruang yang terang terasa lebih terbuka, ceria dan mesra, membantu aliran tenaga lebih lancar. Lampu siling, lampu lantai, lampu meja atau lilin boleh digabungkan untuk mewujudkan suasana hangat dan perayaan. Hiasan lembut seperti kusyen dan permaidani pula menambahkan keselesaan serta rasa mesra.
SMEDSTORP
Sofa 2 tempat duduk, Lejde/merah/biru perang birch – RM2,095
FÖSSTA
Sarung kusyen, motif kuda, 40x58 cm – RM20
FÖSSTA
Tanglung LED, berkuasa bateri/merah – RM28
Wujudkan Aliran, Bukan Halangan
Dalam Tahun Kuda, pergerakan amat penting. Cara orang bergerak di dalam rumah mempengaruhi keselesaan dan fungsi setiap hari. Laluan jelas antara ruang membantu rutin lebih lancar dan aliran tenaga lebih baik.
Mengemas laluan, khususnya antara ruang tamu dan ruang makan, sudah mampu memberi perbezaan ketara. Solusi storan yang tersusun di dinding membantu mengekalkan ruang teratur tanpa mengganggu aliran. Tumbuhan pasu boleh mengaktifkan kawasan yang terasa statik, manakala langsir dan bidai membantu mengawal cahaya – pilihan ringan untuk siang, langsir gelap untuk waktu rehat.
Dalam susun atur terbuka, pembahagi ringkas seperti skrin atau rak boleh membantu mendefinisikan zon tanpa menutup ruang, mengekalkan susunan dan aliran.
EKET
Gabungan kabinet dengan kaki, putih, 70x35x72 cm – RM440
EPIPREMNUM
Tumbuhan pasu, Golden Pothos, 9 cm – RM5
RISÖR
Pembahagi ruang, putih/hitam, 216x185 cm – RM699
Suara IKEA Malaysia
“Tahun Baru Cina ialah masa ramai orang berfikir tentang menyegarkan rumah mereka,” kata Malcolm Pruys, Pengarah Runcit Negara, IKEA Malaysia. “Di IKEA, kami percaya mencipta kehidupan seharian lebih baik di rumah tidak semestinya melibatkan perubahan besar atau renovasi. Dengan mengaplikasikan prinsip Feng Shui melalui solusi rumah IKEA yang praktikal, kami ingin menunjukkan bagaimana perubahan ringkas dan mampu milik boleh menjadikan rumah lebih selesa, seimbang dan mesra untuk tahun mendatang.”
Sertai Sesi Perkongsian Feng Shui IKEA
Untuk menghidupkan idea ini, IKEA menganjurkan siri sesi perkongsian Feng Shui bersama Joey Yap Consulting Group, di mana pakar Feng Shui dan pakar reka bentuk dalaman IKEA akan meneroka bagaimana solusi rumah harian boleh menyokong kehidupan lebih baik semasa Tahun Baru Cina dan seterusnya.
Aktiviti menarik menanti pelanggan:
Sesi Feng Shui rumah bersama Joey Yap Consulting Group – di semua gedung IKEA seluruh negara (8 Februari 2026)
Kaligrafi Tahun Baru Cina – eksklusif di IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau (7 & 8 Februari 2026)
Penampilan maskot kegemaran di gedung IKEA seluruh negara (7, 8, 14 & 15 Februari 2026)
Permainan digital Fortune Run! (7, 8, 14 & 15 Februari 2026)
Nota: Belanja RM388 ke atas dalam satu resit untuk peluang memenangi hadiah. Terbuka kepada ahli IKEA Family sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat, sementara stok masih ada.
Kunjungi gedung IKEA dari hari ini hingga 15 Februari 2026 untuk mendapatkan inspirasi, menemui idea ringkas bagi mewujudkan rumah lebih selesa, ceria dan mesra, atau sekadar menikmati hari penuh aktiviti. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Tahun Baru Cina IKEA, layari ikea.my.
Comments
Post a Comment