FERRERO ROCHER MENYEMARAKKAN TRADISI MEMBERI DAN SAJIAN AIDILFITRI DENGAN SENTUHAN KEEMASAN
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Ferrero Rocher mengajak semua untuk mengeratkan silaturahim melalui detik-detik istimewa bersama insan tersayang. Sebagai pelengkap suasana kunjung-mengunjung dan jamuan perayaan, Ferrero Rocher menawarkan pilihan coklat premium yang dipilih dengan teliti, sesuai dijadikan buah tangan, dihidangkan kepada tetamu atau dinikmati bersama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Pilihan Keemasan untuk Setiap Sambutan Aidilfitri
Ferrero Rocher T24
Hadiah Premium untuk Sahabat Handai dan Keluarga
Hadir dalam kemasan rona emas elegan, Ferrero Rocher T24 ialah pilihan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran, sesuai dibawa ketika beraya atau sebagai tanda ingatan yang penuh makna. Setiap praline menghidangkan sebiji kacang hazel penuh yang dipanggang, inti lembut berkrim, salutan coklat susu yang halus serta cebisan hazel rangup. Gabungan padu ini menghasilkan rasa mewah yang menjadikan setiap pemberian itu terasa lebih istimewa.
Ferrero Rocher T30
Pilihan Ideal untuk Dikongsi di Rumah Terbuka
Ferrero Rocher T30 direka untuk memeriahkan lagi suasana rumah terbuka dan pertemuan bersama sanak saudara. Kuantitinya yang lebih banyak memudahkan tuan rumah untuk menyajikan hidangan kepada tetamu dengan penuh gaya. Kotak yang elegan turut menambahkan seri pada meja hidangan, sekaligus menjadikan detik bersama lebih indah dan tidak dapat dilupakan. Aidilfitri ini, Ferrero Rocher mengajak semua menyemarakkan sambutan dengan tanda kasih yang penuh makna, mencipta detik indah yang dipenuhi kasih sayang, kesyukuran dan keakraban.
MEMPERKENALKAN PRODUK BAHARU: RAFFAELLO T3, T15 & FERRERO COLLECTION T3
Musim perayaan ini, sebagai jenama yang sinonim dengan keceriaan dan pemberian penuh makna, Ferrero memperkenalkan rangkaian terbaharunya Raffaello T3 dan T15, bersama Ferrero Collection T3.
Raffaello menampilkan gabungan kelapa rangup, krim halus dan sebiji badam penuh di tengah-tengahnya, menghadirkan kenikmatan dalam setiap gigitan serta sentuhan istimewa yang menyempurnakan suasana perayaan.
Sementara itu, Ferrero Collection menampilkan himpunan eksklusif Ferrero Rocher, Raffaello dan Ferrero Rondnoir kini hadir dalam format T3 yang anggun, menawarkan pilihan berkelas untuk dinikmati sendiri pada saat-saat istimewa.
FERRERO ROCHER ORIGINS: PRODUK PILIHAN TAHUNAN 2025
Ferrero Rocher turut meraikan satu lagi pencapaian membanggakan menerusi rangkaian Ferrero Rocher Origins. Sejak diperkenalkan di Malaysia tahun lalu, pek T15 telah mencipta kejayaan tersendiri apabila dinobatkan sebagai Produk Pilihan Tahunan 2025 (Product of The Year 2025) di Malaysia dan Singapura. Pengiktirafan ini memperkukuh komitmen jenama ini untuk terus menghidangkan kualiti unggul serta pengalaman rasa yang memanjakan, menjadikan setiap detik lebih bermakna.
Ferrero Rocher boleh didapati di semua pasar raya besar utama termasuk Giant, Lotus’s dan AEON BIG; pasar raya terpilih; Watsons dan Guardian; 7-Eleven; 99 Speedmart; serta di Ferrero Official Store di Shopee and Lazada.
.jpg)
Comments
Post a Comment