IKEA MALAYSIA HIDUPKAN SUASANA BERMAIN DI RUMAH DENGAN RANGKAIAN GREJSIMOJS


Di IKEA, aktiviti bermain bukan sekadar untuk kanak-kanak. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan harian yang membantu kita berehat, mengeratkan hubungan dan mengekspresikan diri. Menerusi pelancaran GREJSIMOJS (istilah santai yang membawa maksud ‘benda’ atau thingamajig), IKEA menyuntik elemen keceriaan ke dalam rumah rakyat Malaysia melalui koleksi barangan harian yang direka bagi mencetuskan imaginasi dan keseronokan.

Diinspirasikan oleh dapatan IKEA Play Report, yang menekankan peranan bermain dalam mengurangkan tekanan, merangsang kreativiti dan merapatkan hubungan, koleksi GREJSIMOJS menampilkan tekstur sentuhan yang menarik, bentuk ekspresif serta palet warna yang ceria. Setiap item direka bagi menyerlahkan keperibadian ruang kediaman, sambil kekal praktikal, berfungsi dan serasi dengan suasana rumah.

Daripada kegemaran ikonik hinggalah perincian yang unik, koleksi ini menggalakkan interaksi yang menyeronokkan di semua sudut rumah. Kerusi MAMMUT yang ikonik—yang pertama kali diperkenalkan 30 tahun lalu—kini diberi nafas baharu dengan sarung berbulu dalam warna merah jambu atau biru terang. Penyelesaian storan tampil dalam bentuk kucing yang comel, manakala rekaan pembesar suara diinspirasikan oleh tikus dalam warna ungu atau hijau. Kusyen duduk storan klasik pula menampilkan kejutan berupa ‘raksasa’ apabila dibuka, manakala kuda goyang yang diolah semula sebagai burung telah mengaburkan sempadan antara seni arca dan mainan.


“Di Malaysia, rumah adalah tempat kita berkumpul, berehat selepas hari yang panjang dan mencipta detik harian yang bermakna bersama insan tersayang,” kata Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys. “GREJSIMOJS mencerminkan kepercayaan kami bahawa aktiviti bermain seharusnya terasa semula jadi dan mudah diakses—bukannya sesuatu yang rumit atau berlebihan. Melalui reka bentuk yang menyeronokkan namun berfungsi pada harga berpatutan, kami ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mewujudkan kediaman yang lebih ekspresif, selesa dan bertenaga—baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.”


Direka untuk dilihat, disentuh dan dinikmati, setiap item GREJSIMOJS dicipta agar menyatu secara harmoni dalam ruang kediaman—walaupun selepas waktu bermain berakhir.

“GREJSIMOJS direka untuk menonjol sebagai sebahagian daripada kelengkapan rumah, dengan objek yang direka indah dan serasi dengan suasana rumah, walaupun selepas kanak-kanak tidur,” kata Ketua Identiti Rangkaian Produk IKEA, Anna Granath. “Pasukan pereka kami diberi kebebasan untuk bermain semasa menghasilkan koleksi ini. Mereka menggabungkan perspektif orang dewasa dan kanak-kanak—daripada permaidani yang mencuri tumpuan dan berfungsi sebagai landskap untuk bayi merangkak, hinggalah objek yang membangkitkan rasa ingin tahu bagi setiap peringkat umur.”


Pasukan pereka turut mengambil inspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanak mereka sendiri—termasuk objek di rumah yang suatu ketika dahulu ingin dimainkan tetapi tidak dibenarkan disentuh—lalu menghidupkan semula idea tersebut dalam sebuah rumah yang benar-benar bebas untuk diterokai. Sebahagian pula diinspirasikan oleh fungsi objek itu sendiri, seperti lampu berbentuk zirafah yang memancarkan cahaya lembut dan menenangkan.

Kebebasan untuk Bermain

GREJSIMOJS berteraskan kajian mendalam tentang cara manusia bermain serta kepentingannya. Walaupun kanak-kanak dan orang dewasa hari ini semakin kurang meluangkan masa untuk bermain secara fizikal, IKEA Play Report mendapati ramai ibu bapa sebenarnya ingin menghabiskan lebih banyak masa bermain bersama anak-anak mereka. Namun, hasrat ini sering dibatasi oleh kekangan masa, ruang dan inspirasi.


Justeru, IKEA telah membangunkan ‘IKEA Playtypes’, sebuah kerangka yang mengenal pasti lima cara semula jadi manusia bermain: Meneroka (Explore), Mencipta (Create), Berimaginasi (Imagine), Bergerak (Move) dan Bersaing (Compete). Berpandukan kerangka ini, koleksi GREJSIMOJS membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong permainan secara semula jadi—melalui objek yang mengundang sentuhan, pergerakan dan rasa ingin tahu—dalam sebuah kediaman yang benar-benar didiami.

Koleksi IKEA GREJSIMOJS akan mula ditawarkan di semua gedung IKEA Malaysia di IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan, serta secara dalam talian di IKEA.my mulai 12 Februari 2026.

Comments

Popular posts from this blog

QBEEP LANCAR RESQMEALS: LANGKAH PRAKTIKAL TANGANI KRISIS OBESITI DAN PEMBAZIRAN MAKANAN

“PUASA TETAP PUASA & RAYA TETAP RAYA”, BERSAMA RTM SEGALANYA ISTIMEWA