NOURUL UMUM PENUKARAN TARIKH KONSERT SULUNG “FOR YOU NOURUL” – LEBIH MERIAH, LEBIH BERMAKNA


Selepas lebih tiga dekad dalam industri muzik, penyanyi popular dengan lagu Kerana Terluka, Nourul akhirnya bakal mengadakan konsert solo sulungnya. Namun demi memastikan kepuasan maksimum peminat dan kualiti produksi terbaik, beliau mengumumkan penjadualan semula tarikh konsert yang dinanti-nantikan itu.

Konsert For You Nourul yang asalnya dijadualkan pada 17 April 2026 kini akan berlangsung pada 30 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Menurut penganjur ND Entertainment, keputusan ini dibuat dengan mengambil kira dua perayaan besar umat Islam – Aidilfitri dan Aidiladha – serta memberi ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan. “Kami mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas dalam suasana lebih selesa dan meriah,” kata wakil penganjur.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Binti Ab. Wahab, 49, turut menegaskan bahawa perubahan tarikh ini memberi kelebihan dari segi perancangan produksi dan barisan artis jemputan. Beliau optimis konsert ini akan menjadi momen terindah buat dirinya dan para peminat.


Tiket masih boleh didapati dengan kategori harga: RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka), dan RM6,000 (VIP Box). Pembelian boleh dibuat melalui laman rasmi Ticket2U.

Catat tarikh baharu ini – 30 Mei 2026, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur – kerana malam penuh emosi, nostalgia dan cinta menanti anda. Jangan sampai terlepas, kerana janji Nourul kali ini benar-benar For You.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA

SANTAI, SIHAT & BERGAYA – FILA FUN RUN 2026 DI PUTRAJAYA