KWC FASHION WHOLESALE RAIKAN RAMADAN & RAYA 2026 DENGAN KEMPEN MERIAH DAN PERTUNJUKAN FESYEN EKSKLUSIF


Menjelang musim Ramadan dan Aidilfitri, KWC Fashion Wholesale, pusat borong fesyen terbesar di Malaysia, melancarkan Kempen Raya 2026 yang bermula pada 19 Februari, iaitu hari pertama Ramadan. Kempen ini menggabungkan pengalaman membeli-belah, hiburan, makanan dan aktiviti komuniti di bawah satu bumbung, menjanjikan suasana penuh meriah serta pengalaman bermakna buat keluarga, rakan-rakan dan pengunjung yang membuat persiapan Raya.

Ramadan dan Hari Raya merupakan masa penuh makna untuk refleksi, kebersamaan dan mencipta detik indah bersama insan tersayang. Selaras dengan semangat ini, KWC bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi turut berperanan sebagai pusat komuniti yang menghidupkan suasana festif agar setiap kunjungan menjadi sebahagian daripada pengalaman perayaan.






Sebagai destinasi fesyen sehenti, KWC menempatkan ratusan peruncit dengan pelbagai pilihan busana Raya – daripada Baju Kurung anggun dan Kebaya moden hingga pakaian lelaki bergaya, busana kanak-kanak, aksesori serta pelengkap gaya. Sama ada persiapan awal atau pembelian saat akhir, pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah, selesa dan sesuai untuk semua gaya serta bajet.

Sorotan utama kempen ini ialah KWC Raya Fashion Show 2026 yang berlangsung pada 11 Februari dari jam 11 pagi hingga 2 petang di Centre Court, Aras Bawah, KWC Fashion Wholesale. Pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi Raya terkini daripada pelbagai butik dan kedai di KWC, merangkumi rekaan tradisional klasik sehingga gaya moden kontemporari. Acara ini turut mengetengahkan persembahan khas daripada jenama popular yang terdapat di KWC, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama mendapatkan fesyen Raya.

Antara tarikan utama ialah KWC Raya Collection yang menampilkan 20 set busana pilihan hasil gabungan 16 jenama fesyen di KWC, mencerminkan kepelbagaian fesyen Raya daripada gaya elegan tradisional kepada interpretasi moden yang segar. Pertunjukan ini turut mempersembahkan lapan set busana Abaya elegan yang menonjolkan fesyen modest sofistikated, serta segmen khas daripada Sekali Lafaz dengan 20 set busana eksklusif yang dikenali dengan gaya festif tersendiri. Secara keseluruhan, pertunjukan fesyen ini membawa estetika Raya edgy, gabungan elemen moden dan tradisional dengan sentuhan glamor, sekali gus memberi inspirasi gaya baharu sempena musim perayaan.

Menambahkan lagi kemeriahan acara, penyanyi dan personaliti popular Malaysia, Iman Troye, membuat penampilan khas untuk berinteraksi bersama peminat serta memeriahkan suasana sambutan Raya melalui fesyen dan hiburan.

Wendy Lam, Pengurus Pengiklanan & Promosi KWC Fashion Wholesale

Wendy Lam, Pengurus Pengiklanan & Promosi KWC Fashion Wholesale, berkata: “Di KWC, kami beraspirasi untuk terus berkembang sebagai hab fesyen Muslimah dan modest wear yang diiktiraf, sambil meraikan kekayaan gaya Malaysia. Kami berbangga menyokong jenama tempatan dengan menyediakan platform untuk menampilkan keindahan busana tradisional Melayu, dilengkapkan dengan aksesori fesyen bagi menghasilkan penampilan Raya yang elegan, yakin dan sempurna.”

Kempen ini turut menawarkan ganjaran beli-belah melalui program KWC Beli & Tebus bermula 19 Februari. Dengan pembelian minimum, pengunjung berpeluang menebus hadiah eksklusif seperti Sampul Raya edisi koleksi, bekas kaca dan Kaserol Kaca 2 liter yang sesuai untuk juadah berbuka puasa dan hidangan Hari Raya.


Sepanjang bulan Ramadan, pengunjung boleh menikmati persembahan selebriti dan hiburan langsung termasuk Adi Priyo, MESTICA, Azzam Sham, persembahan Kompang 5Beradik serta muzik nostalgia oleh The Arpeggios. Demonstrasi masakan Selamat Berbuka Puasa bersama Chef Che Matt turut diadakan, memberi inspirasi resipi dan tip memasak untuk hidangan Ramadan dan Raya.

Karnival Ramadan menampilkan lebih 20 gerai makanan dengan pelbagai juadah berbuka, menjadikan KWC lokasi ideal untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan. Dari 27 Februari hingga 2 Mac, KWC Raya Fest akan memanjangkan waktu operasi sehingga jam 10 malam, memberi lebih masa untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati aktiviti perayaan. Antara acara istimewa ialah Bring Your Tiffin Potluck Iftar bersama LOCCO pada 28 Februari, meraikan perkongsian makanan dan semangat komuniti Ramadan.

Fiona Bong, Pengurus Pusat KWC Fashion Wholesale, menegaskan: “Raya bukan sekadar membeli-belah, tetapi tentang hubungan, tradisi dan kegembiraan bersama. Kami mahu KWC menjadi tempat di mana semangat perayaan benar-benar dirasai – tempat orang ramai boleh membuat persiapan, meraikan detik istimewa dan mencipta kenangan indah bersama.”

Dengan gabungan fesyen, makanan, hiburan dan semangat komuniti, KWC Fashion Wholesale terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan untuk persiapan Ramadan dan Raya, di mana keluarga dan rakan-rakan boleh berkumpul, meraikan kebersamaan dan menikmati kemeriahan sepanjang musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kenangacity.com.my dan ikuti media sosial: @KWCfashionwholesale

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE PERSEMBAHKAN KONSEP KAMPUNG AIR & LAGU RAYA SULUNGNYA