PENJUAL E-DAGANG MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA BERSIAP SEDIA MENJELANG AIDILFITRI MELALUI JUALAN AKHIR RAYA
Di seluruh Malaysia, musim perayaan terus menjadi antara tempoh membeli-belah paling sibuk dalam setahun, dengan permintaan terhadap kelengkapan Raya semakin meningkat. Menjelang Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia semakin memilih Shopee untuk melengkapkan pelbagai persiapan yang menjadikan sambutan lebih bermakna, daripada keperluan rohani sepanjang Ramadan hinggalah kepada keperluan praktikal untuk perjalanan balik kampung.
Menjelang 25 Mac Jualan Akhir Raya, penjual merentasi pelbagai kategori menyaksikan permintaan yang semakin rancak, disokong oleh ekosistem kandungan, pemasaran dan perkhidmatan pemenuhan pesanan Shopee yang membantu jenama berhubung dengan pembeli pada masa yang tepat.
![]() |
| Lee Chang Geun, Ketua Pemasaran Malaysia di Continental Tyres (kiri) dan Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Mall |
Karangkraf Mall Menginspirasikan Pembelajaran Rohani pada Kemuncak Ramadan
Karangkraf Mall Sdn Bhd, cabang e-dagang bagi Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd serta peruncit al-Quran dan buku-buku Islam, memahami kepentingan spiritual bulan Ramadan sebagai waktu rakyat Malaysia memperkukuh keimanan, mendalami ilmu agama serta mencari hadiah bermakna untuk insan tersayang. Sepanjang tempoh ini, jenama tersebut mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 103% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh promosi yang disasarkan, penggunaan alat kandungan Shopee serta sokongan pemenuhan pesanan.
“Shopee Live membantu kami berinteraksi secara langsung dengan penonton dan membimbing mereka memilih al-Quran serta buku Islam yang sesuai dengan keperluan mereka, sekali gus menggalakkan lebih ramai pembeli membuat pesanan. Shopee Video pula membantu pembeli menemui produk kami dengan lebih mudah, manakala kerjasama bersama affiliate membantu meluaskan capaian kami ke seluruh negara,” kata Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Mall.
Dengan logistik diuruskan melalui Fulfilled By Shopee, pasukan Karangkraf Mall dapat mengurangkan beban operasi dan memberi tumpuan kepada peluasan katalog bagi memenuhi permintaan musim perayaan, sambil meneruskan misinya sejak 2018 untuk menjadikan al-Quran dan buku Islam lebih mudah diakses oleh masyarakat. Bersempena 25 Mac Jualan Akhir Raya, Karangkraf Mall turut menawarkan diskaun 10% bagi al-Quran terpilih. Pembeli juga boleh mengikuti siaran langsung harian jenama tersebut dari 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari serta 2:00 petang hingga 4:30 petang.
Continental Tyres Menyokong Perjalanan Balik Kampung yang Lebih Selamat
Ketika jutaan rakyat Malaysia membuat persiapan untuk balik kampung dan berkumpul semula bersama keluarga tersayang sempena Raya, Continental Tyres menyaksikan peningkatan permintaan daripada pemandu yang ingin memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan jauh. Jenama tersebut merekodkan pertumbuhan jualan sehingga dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Tahun ini, Continental Tyres turut memperluaskan usaha capaian mereka sepanjang Ramadan bagi meningkatkan keterlihatan jenama serta menawarkan nilai tambahan kepada pembeli.
“Dengan memanfaatkan iklan yang disasarkan untuk membawa lebih ramai pengunjung ke kedai kami serta menggunakan Shopee Live untuk berkongsi tip praktikal mengenai penjagaan tayar, keselamatan pemandu dan penumpang, serta cara memilih tayar yang sesuai mengikut jenis kenderaan, kami berjaya berhubung dengan lebih ramai pemandu yang sedang membuat persiapan perjalanan jauh,” kata Lee Chang Geun, Ketua Pemasaran Malaysia, Continental Tyres.
Jenama tersebut juga memperkenalkan promosi perayaan bagi membantu rakyat Malaysia berjimat lebih banyak tahun ini. Pembeli boleh menikmati baucar Raya 20% sehingga 20 Mac, selain tawaran Gift With Purchase sehingga 31 Mac.
Ini termasuk beg galas atau beg penyejuk percuma bagi pembelian tayar bersaiz 15 hingga 17 inci, serta beg bagasi percuma untuk tayar 18 inci ke atas, selagi stok masih ada. Melalui usaha ini, Continental Tyres membantu rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman dengan lebih selamat sempena musim perayaan, sambil memastikan perbelanjaan kekal berpatutan.
Beli-belah Sempena 25 Mac Jualan Akhir Raya
Kisah-kisah ini menggambarkan bagaimana Shopee membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Raya merentasi pelbagai keperluan, sambil membolehkan penjual memenuhi permintaan musim perayaan sepanjang salah satu tempoh membeli-belah paling sibuk dalam setahun. Menjelang Raya, pembeli boleh melengkapkan persiapan sambutan dengan meneroka pelbagai tawaran menarik sempena 25 Mac Jualan Alkhir Raya, termasuk 50% Diskaun Trend Fesyen Raya, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, serta Baucar Shopee Live Diskaun 50% setiap hari di Jualan Bazar Hebat Raya Shopee.

Comments
Post a Comment