RAYA TETAP RAYA: RTM TEMAN SETIA SEPANJANG SYAWAL
Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen penyiaran utama negara, bersedia menyambut kehadiran bulan Syawal dengan penekanan terhadap penghayatan, keberkatan serta pengukuhan nilai kebersamaan masyarakat. Bertemakan “Raya Tetap Raya”, RTM meraikan sambutan Syawal sebagai simbol kemenangan dan kesyukuran, tanpa mengira cabaran yang dihadapi.
Sepanjang sambutan ini, RTM menghimpunkan pilihan program yang komprehensif dan berkualiti merangkumi telefilem dan filem blockbuster, selain program hiburan, dokumentari yang bersifat informatif serta mesra keluarga. Kesemua pengisian ini disiarkan menerusi saluran televisyen dan rangkaian 34 stesen radio RTM di seluruh negara, serta boleh diakses pada bila-bila masa melalui platform digital RTMKlik.
LAGU RAYA BAHARU MERIAHKAN SAMBUTAN SYAWAL
Selain program TV dan radio,
RTM turut memeriahkan sambutan Syawal dengan pelancaran lagu Raya baharu bertajuk
‘Raya Kita’ ciptaan Yuri Edris dan lirik Haliza Hussain nyanyian Aina Abdul
diiringi Orkestra RTM. Pelancaran lagu Raya Kita terbitan Orkestra RTM bermula
6 Mac lalu, di YouTube rasmi Orkestra RTM.
PROGRAM TERBITAN RTM
1.‘MALAM 3 SYUKUR’ (TV1) - HARI RAYA PERTAMA, PUKUL
9.00 MALAM.
Sinopsis: Mengisahkan Syukor yang tidak pernah bersyukur
dalam hidupnya diberikan ‘peluang istimewa’ untuk merasai hidup dalam badan
tiga lelaki berbeza sebagai anak, bapa dan suami pada malam tujuh likur.
Pelakon: Jay Iswazir, Azwan Kombos, Hafidzuddin,
Sahronizam Noor, Dato’ Hilal Azman, Wan Hanafi Su, Elizad Sharifuddin, dan
Fazlina Ahmad Daud.
2.‘RAYA MACAM DULU’ (TV2) – 21 MAC, PUKUL 9.00
MALAM.
Program muzikal Aidilfitri menggandingkan hos Watie
Sadali dan Fikry Ibrahim.
Artis: Datuk Nora, Azlina Aziz, Ramlah Ram, Khai Bahar,
Azlan Typewriter dan Sissy Imann.
3.‘AKU CINTA PADAMU SITI NURHALIZA 30 TAHUN’ (TV2) - 22 MAC, PUKUL 9.00
MALAM.
Persembahan Datuk Siti Nurhaliza diiringi pemuzik
Orkestra RTM. Artis jemputan Aina Abdul dan Luca Sicktha & Kmy Kmo.
4.‘CITRA REKA BUSANA 2.0’ (TV2) - 1 APRIL, 9.00
MALAM.
Menonjolkan identiti budaya Malaysia melalui fesyen, seni
dan persembahan kreatif sempena ulang tahun RTM ke-80. Rekaan kontemporari
mengangkat tekstil warisan seperti Keringkam, Songket dan Batik oleh pereka
tempatan dan bakat TVET. Persembahan muzikal ini menggabungkan muzik langsung,
orkestra, tarian dan penglibatan artis popular; Rahimah Rahim, Datuk Nora,
Azharina Azhar, Nourul Depp, Anuar Zain, Marsha Milan, Aizat Amdan, Haziq
Rosebi, Wani Kayrie, Wany Hasrita, dan Aisha Retno.
5.‘MENYUSUR TAKBIR DI BELANTARA’ (BES) - 20 DAN 21
MAC, PUKUL 1.30 TENGAH HARI.
Dokumentari menyatukan komuniti Orang Asli dalam
menyambut Syawal penuh kesederhanaan dan makna.
TELEFILEM
6.BUNGA
TELUR BUNGA RAMPAI’ (TV1) - 22 MAC, RAYA KEDUA, PUKUL 10.00 MALAM
Sinopsis: Eda, pembuat bunga telur yang masih mencari
jodoh, kecewa apabila bekas kekasihnya sudah beristeri. Kehadiran Yap Poh Koi
yang mempelajari Islam akhirnya membawa kebahagiaan apabila dia meminang Eda.
Pelakon: Reen Rahim, Ng Hung Shen, dan Hafreez Adam.
7.‘BUBUR LAMBUK BAHULU BAKAR’ (TV2) - 25 MAC,
PUKUL 9.00 MALAM.
Drama kekeluargaan arahan pelakon Zizan Nin khas sempena
Aidilfitri.
Pelakon: Halimatus’adiah, Mak Wan, Rasyid Jaafar, Aryana
dan Fathul Alias.
8.
LEMANG EMAK RENDANG IBU’ (OKEY) - 21 MAC, PUKUL 9.30 MALAM.
Keluarga Hafiz dan Sabrina
diuji pada Ramadan ini apabila kesibukan kerja mencetuskan krisis dan konflik
beraya. Pertelingkahan memilih kampung akhirnya membuka mata mereka tentang
erti keutamaan, kekeluargaan dan makna sebenar Syawal.
Pelakon: Nad Zainal, Aidil
Aziz, Khatijah Tan, Aida Khalida, Kila Fairy, Nadia Mustafar, Anas Ridzuan dan
AmandaMisbun
9.‘HURU-HARA MENTUA RAYA’ (OKEY) - 22 MAC, PUKUL 9.30 MALAM.
Emma, seorang doktor, hidup
bahagia bersama Zafran walaupun berbeza latar pendidikan. Kunjungan mengejut
ibu bapa ketika raya mencetuskan konflik, apatah lagi apabila rahsia lama
terbongkar, menguji hubungan mereka dalam sebuah komedi santai berinspirasi
kisah benar.
Pelakon: Isyariana, Kamal Adli, Fazlina Ahmad Daud,
Hafidzuddin Fazil, Hanna Sophea dan Mohamod Zawawi Zakaria.
10.‘BAGASI RAYA’ (OKEY) - 23 MAC, PUKUL 9.30 MALAM.
Azal dan Shaza ialah jiran
yang sering bertelagah setiap kali bertemu. Azal bahagia bercinta dengan
Suzanna, anak seorang Dato’, manakala Shaza pula tertekan dengan desakan
keluarganya untuk membawa bakal suami pada 1 Syawal. Sehari sebelum raya,
takdir menemukan mereka apabila terpaksa pulang sekampung menaiki bas yang sama
akibat kereta rosak, dan keadaan menjadi semakin rumit apabila bagasi mereka
tertukar tanpa sengaja.
Pelakon: Nadzmi Adhwa,
Trisha Ooi, Amyza Adnan, Kuna, Syazwan Zulkifli, Mimie Ara dan Wan Azr.
11.CINTA U’ (OKEY) - 24 MAC, PUKUL 9.30 MALAM.
Kisah
mahasiswa yang bernama Moss dan Kamelia yang sedang menempuh kehidupan kampus
yang penuh ragam dan kejadian mencuit hati, seorang pelajar perempuan bernama
Kamelia yang berprinsip berdepan cabaran cinta, persahabatan palsu, dan krisis
identiti apabila cita-citanya bertembung dengan cinta dan kejujuran.
Pelakon:
Marc Benjamin, Elldiwirna Saimen, Joe Japrin, Mohd Wan Termizi, Olga Alexsius,
Shelviana Josh, Dr Mohamad Puad, Marlin Brando, Fazharia Aprilt & Saiful
Maun.
FILEM BLOCKBUSTER
TV1
‘SAYANG SALMAH’ - 23 MAC, 9.00 MALAM.
TV2
‘ORANG KAMPUNG OTAK KIMIA’ - 20 MAC, 9.30 MALAM
-‘GODZILLA X KONG: THE NEW EMPIRE’ 22 MAC, 1.00 TENGAH HARI.
-‘YES BOS’ - 23 MAC,
9.00 MALAM.
-‘SANGKAR’ - 24 MAC,
9.00 MALAM.
-‘THE DARK KNIGHT’ - 27 MAC, 9.00 MALAM.
-‘DC LEAGUE OF SUPERPETS’ - 29 MAC, 1.00 TENGAH HARI
-SIVAJI THE BOS’ - 29 MAC, 9.00 MALAM.
OKEY
‘PAK TAM DUDA’ - 25 MAC, 9.30 MALAM
ZOMBIE KAMPUNG PISANG’ - 26 MAC, 9.30 MALAM.
PROGRAM DI PLATFORM RADIO
Tradisi tahunan pendengar
Radio RTM berpeluang menikmati pelbagai program menarik melibatkan kesemua 34
stesen radio RTM di seluruh negara.
RAYA
- NASIONALfm – ‘Keluarga
Cik Sal Raya 2026… Yang ditunggu’
(Raya Pertama, 2.15
minit petang) dan ‘Nasionalfm Raya Next Level’ - Showcase
artis-artis popular tanah air seperti Aishah Retno, Haziq dan Haqiem Rusli.
- RADIO KLASIK – ‘Cubit-cubit
Manja Khas Aidilfitri’ (Raya Pertama & Kedua, pukul 10.00
pagi) dan ‘Muzika Sitaraya 2026’ (Raya Pertama, pukul 2.30
petang).
- Aifm – ‘Kasih Sayang
di 893’ (22 Mac, pukul 10.15 pagi).
- ASYIKfm - ‘Is Rayak’
(Raya Pertama dan Kedua, 1 jam 30 minit).
- TRAXXfm – ‘Sketsa
Hari Raya’.
- MINNALfm – ‘Riang Ria
Aidilfitri’ (Raya Pertama, pukul 11.30 pagi) dan ‘Drama
Aidilfitri’ (Raya Pertama, pukul 4.30 petang).
- KLfm – ‘Raya @River Of Live’ (persembahan gig
acoustic berkonsepkan lagu Raya Dulu-Dulu dengan suasana ikonik di
tengah - tengah bandaraya KL.
- JOHORfm – ‘Ghazal
Termasyhur Raya’ (Program menghimpunkan kumpulan ghazal terkenal
sekitar negeri Johor).
- KEDAHfm – ‘Bintang Raya
Junior’ (Bakat-bakat cilik Bintang Kecil).
- KELANTANfm – ‘Mek Bunga
Lecu Merah x Kak Bedah Tudung Bawa’ (sketsa kerjasama antara
KELANTANfm dan SALAMfm berkaitan sambutan Hari Raya).
- LANGKAWIfm – ‘Malam
Raya… Hantu Lepas?’ (muzikal raya komedi-seram ringan yang
mengisahkan suasana hujung Ramadan).
- MELAKAfm – ‘Syahdu
Syawal Kampung Seronok’ (Drama radio kisah
Syawal penuh syahdu apabila dua hati berjauhan akhirnya kembali
dipertemukan pagi Syawal).
- MUTIARAfm – ‘Raya Ataih
Ayeq Laut’ (suasana sambutan Raya di atas feri Pulau Pinang
bersama DJ MUTIARAfm dan penumpang feri).
- NEGERIfm – ‘Muzika Raya
NEGERIfm’ (persembahan DJ NEGERIfm dan ragam penyampai ketika
membicarakan tentang Hari Raya Aidilfitri 2026).
- PAHANGfm – ‘Raya Di
Merapoh’.
- PERLISfm – ‘Ronda
Raya’ (Jelajah Bazar Aidilfitri sebelum malam raya bantu promosi
peniaga kecil-kecilan).
- SABAHfm – ‘Apa
Jawapan Kamu #Edisi Raya X Hari RTM’ (kuiz menguji minda pendengar
menerusi soalan sama ada di media sosial atau radio untuk mencari seorang
pemenang.
- SARAWAKfm – ‘Bermukun
Seborneo’ (Program kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Brunei
secara tahunan menerusi MOU yang bertujuan untuk memartabat dan memelihara
budaya serumpun.
- TERENGGANUfm – ‘Muzikal
Hari Raya Aidilfitri’ (persembahan nyanyian DJ TERENGGANUfm).
.jpg)
Comments
Post a Comment