SUNGEI WANG PLAZA BERSINAR DENGAN “THE GLOW UP RAYA” SEMPENA AIDILFITRI


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sungei Wang Plaza mempersembahkan kempen istimewa bertemakan “The Glow Up Raya” yang berlangsung dari 28 Februari hingga 29 Mac 2026. Dianjurkan sebagai sokongan kepada inisiatif Visit Malaysia 2026 oleh Tourism Malaysia, kempen ini menggabungkan keindahan warisan budaya dengan elemen gaya hidup kontemporari, sekali gus menawarkan pengalaman perayaan menyeluruh kepada para pengunjung.


Sepanjang tempoh kempen, ruang Centre Court dan Pintu Masuk Utama dihiasi dengan konsep kampung tradisional yang diinspirasikan daripada nostalgia balik kampung, dipadankan dengan sentuhan moden kota Kuala Lumpur. Fasad rumah kayu klasik, perincian batik serta pencahayaan hangat mencipta suasana mesra dan penuh memori, manakala kanopi kain batik melambangkan penghargaan terhadap seni tekstil tempatan dalam persembahan segar dan kontemporari.

Joseph Teo, Pengurus Besar Sungei Wang Plaza, berkata: “Tahun ini, Glow Up Raya direka untuk membawa pengunjung menyelami nostalgia sambutan kampung tradisional sambil menggabungkan elemen moden yang mencerminkan gaya hidup masa kini. Daripada hiasan berinspirasikan batik hingga persembahan meriah, kami mahu setiap pengunjung merasai Raya bukan sekadar musim membeli-belah, tetapi sebagai satu sambutan budaya yang bermakna.”


Kemuncak Hiburan Raya

Acara utama kempen ini ialah Glow Up Raya Musical Showcase pada 29 Mac di Centre Court. Dianjurkan bersama Era FM, acara penutup ini akan dikendalikan oleh penyampai popular Sha Sha dan menampilkan barisan artis tanah air termasuk MimiFly, Aufa Hanie, Zubir Khan dan Ammar Haikal. Persembahan ini menggabungkan lagu Raya kontemporari dan klasik, menjanjikan suasana penuh tenaga serta menjadi titik pertemuan keluarga, golongan muda dan pelancong untuk berkongsi momen perayaan.


Program Budaya dan Aktiviti Komuniti

Sepanjang kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai acara termasuk Ketupat Mascot Walkabout pada 21–23 Mac, Festival Warisan Nusantara Fashion Show pada 6–7 Mac, persembahan ukulele oleh Persatuan Pencinta Ukulele pada 15 Mac, serta konsert Beats on Stage dan Suara Kita Raya pada 28 Mac. Persembahan tarian kebudayaan oleh Alumni ASWARA dan Tourism Malaysia turut menyerikan suasana dengan kepelbagaian seni budaya Malaysia.

Bengkel kreatif Raya Miniature Workshop oleh MinNature Malaysia di JUMPA, Aras LG, memberi peluang kepada keluarga menghasilkan seni miniatur pada 7, 14, 21, 22, 23 dan 28 Mac. Sementara itu, Glow Up Raya Bazaar di Centre Court menghimpunkan vendor tempatan dengan pelbagai kelengkapan Raya dan produk unik.


Ganjaran & CSR Raya

Pengunjung berpeluang menebus hadiah eksklusif melalui Glow Up Raya Redemption Programme dengan pembelian minimum RM80 untuk Glowing Raya Packet, RM250 untuk Gleaming Raya Tiffin, dan RM350 untuk CapitaPlus Exclusive Cookie Jar.


Sebagai sebahagian daripada komitmen sosial, Sungei Wang Plaza memperkenalkan Raya Give and Glow dengan menggalakkan sumbangan pakaian terpakai di hab thrifting Aras 2. Barangan yang dikumpulkan akan disalurkan kepada komuniti pelarian melalui kerjasama United Arakan Institute Malaysia. Selain itu, sesi berbuka puasa khas bersama Pusat Gelendangan Anjung Kembara akan diadakan pada 11 Mac, menghimpunkan kakitangan, penyewa dan komuniti untuk berkongsi rezeki.

Mr Ng Yih Chen, Pengerusi Sungei Wang Plaza, menegaskan: “Sejak berdekad lamanya, Sungei Wang Plaza menjadi tempat pertemuan masyarakat pelbagai lapisan. Dalam menyokong Visit Malaysia 2026, The Glow Up Raya mengukuhkan peranan kami sebagai mercu tanda budaya dan pelancongan di Kuala Lumpur. Kempen ini bukan sekadar membeli-belah, tetapi tentang perpaduan, perayaan dan memberi kembali kepada komuniti.”


Kempen The Glow Up Raya direalisasikan dengan sokongan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, Jumpa dan MinNature Malaysia sebagai Rakan Kempen, serta United Arakan Institute Malaysia sebagai Rakan CSR. Untuk maklumat lanjut, layari www.sungeiwang.com atau Facebook Sungei Wang Plaza di facebook.com/sungeiwangplaza

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE PERSEMBAHKAN KONSEP KAMPUNG AIR & LAGU RAYA SULUNGNYA