VIU MALAYSIA MERIAHKAN RAMADAN & RAYA 2026 DENGAN DERETAN DRAMA ASLI TEMPATAN DAN BANYAK LAGI
Menyambut bulan Ramadan dan Syawal, Viu Malaysia mempersembahkan rangkaian drama asli tempatan (Viu Originals) serta micro drama eksklusif yang bakal menemani penonton sepanjang musim perayaan. Dengan pelbagai genre daripada thriller, romantik hingga komedi segar, barisan drama ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyentuh tema keagamaan, keluarga dan persahabatan.
Walid (Heaven’s Reign)
Genre: Thriller | Episod: 12 | Tayangan: 26 Februari 2026
Pengarah: Pali Yahya | Penerbit: Rumah Karya Citra
Pelakon: Faizal Hussein, Aqasha, Olla Ramlan, Dato’ Is. Ahmad Tamimi Siregar, Marisa Yasmin, Vanidah Imran
Sekuel kepada Bidaah, drama ini mengikuti Walid, bekas ketua ajaran sesat yang cuba membina semula pengaruhnya selepas meloloskan diri daripada tahanan. Konflik antara iman, ego dan pengampunan menjadi teras kisah penuh ketegangan ini.
Hening Cinta (When Love Finds Us)
Genre: Romantik | Episod: 10 | Tayangan: 3 Mac 2026
Pengarah: Azmi Hata | Penerbit: Zeel Production
Pelakon: Kamal Adli, Mimi Lana, Nadia Brian, Nor Albaniah, Amylia Aidura, Shahkimin
Dibawakan oleh NIVEA, drama ini mengisahkan Deeja, jururawat muda yang menyelamatkan Arfan selepas kemalangan. Hubungan mereka membawa sinar baharu, namun rahsia silam mengancam kebahagiaan yang baru ingin bermula.
Di Sebalik Cahaya Raya (Raya Off-Key)
Genre: Persahabatan, Komedi | Episod: 20 | Tayangan: 26 Februari 2026
Pengarah: Esham Shahlin | Penerbit: Indigo Films
Pelakon: Nabila Razali, Aizat Saha, Aila Azizul
Dibawakan oleh BRAND’S InnerShine, drama ini mengikuti seorang penyanyi yang cuba bangkit semula selepas karyanya dicuri. Berlatar suasana Ramadan, ia menyentuh tema ketabahan, identiti dan pencarian diri.
I Love You So Mochi
Genre: Komedi Romantik | Episod: 30 | Tayangan: 27 Februari 2026
Pengarah: Nurkhalisa Md Afendi, Ashrafiqal | Penerbit: MsOrange Solutions Creative
Pelakon: Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Badron Munirah
Dibawakan oleh Garnier, kisah dua sahabat baik yang mula diuji apabila perasaan sebenar terdedah, membawa kepada cinta segitiga penuh humor dan emosi.
AKAN DATANG....
Menariknya, barisan drama yang diumumkan Viu di majlis TOGETHER GATHER bukan sahaja terhad kepada musim perayaan, tetapi akan terus menemani penonton sepanjang tahun dengan tayangan selepas Syawal.
Dari April hingga Oktober, penonton akan disajikan dengan pelbagai genre – daripada komedi romantik yang ringan seperti Cinta Ori dan Ate Kome I Love You, kepada drama penuh emosi seperti Aku Pilih Pelangi dan Cinta Dalam Sekam, hinggalah thriller mendebarkan seperti Dia Perempuan Sialan, Cela dan Setia Yang Terluka.
Kesemua naskhah ini menampilkan barisan pelakon popular tanah air termasuk Mira Filzah, Zahiril Adzim, Hun Haqeem, Nabila Huda, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi, menjadikan tahun 2026 sebagai tahun penuh warna untuk peminat drama tempatan di Viu.
Cinta Ori (The Flavour of Love)
Genre: Komedi Romantik | Episod: 30 | Tayangan: 1 April 2026
Pengarah: Faliq Sharif | Penerbit: Creative Stew
Pelakon: Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Hana Tiha
Dibawakan oleh Mi Sedaap Ori-Ori Kari, drama ini mengisahkan seorang graduan menganggur yang menjadi tular selepas siaran langsung mi segera. Populariti itu membuka peluang perniagaan dan mempertemukannya semula dengan cinta lama.
Aku Pilih Pelangi (The Color of Us)
Genre: Drama Romantik | Episod: 12 | Tayangan: 16 April 2026
Pengarah: Riza Baharudin | Penerbit: Global Film Station
Pelakon: Mira Filzah, Zahiril Adzim, Noki K-Clique
Kisah seorang isteri yang berdepan ujian apabila suaminya kehilangan penglihatan. Kemunculan cinta lama memaksa pilihan antara kesetiaan dan mencari arah hidup baharu.
Ate Kome I Love You (Hey You, It’s Just Love)
Genre: Komedi Romantik | Episod: 12 | Tayangan: Mei 2026
Pengarah: Helmi Yusof | Penerbit: Zeel Production
Pelakon: Zarif Ghazzi, Bella Dowanna
Permusuhan lama antara Mila dan Mamat bertukar menjadi kerjasama tidak disangka apabila mereka terpaksa tinggal bersama, membuka ruang kepada kisah cinta baharu.
Cinta Dalam Sekam (Embers of the Heart)
Genre: Drama Romantik | Episod: 12 | Tayangan: Julai 2026
Pengarah: Feroz Kader | Penerbit: Global Film Station
Pelakon: Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, Haidar Hasanudin
Mengisahkan seorang lelaki warga emas berdepan demensia apabila kenangan cinta lamanya pada era 1980-an kembali menghantui, membongkar kisah pengkhianatan dan tragedi silam.
Bidadari Tanpa Syurga (When Grace Ends)
Genre: Drama Keluarga | Episod: 12 | Tayangan: Julai 2026
Pengarah: Osman Ali | Penerbit: Global Film Station
Drama keluarga yang berani menyentuh isu iman dan kuasa, mengikuti Azlan, pemimpin masyarakat yang menggunakan agama untuk mengawal keluarganya, sehingga rahsia sebenar terbongkar.
Dia Perempuan Sialan (The Hidden Hand)
Genre: Thriller | Episod: 12 | Tayangan: Julai 2026
Penerbit: Rumah Karya Citra
Thriller penuh misteri tentang Riska yang menyamar untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian tragis kembarannya, memaksa sebuah keluarga berdepan dosa silam.
Cela (Broken)
Genre: Drama Thriller | Episod: 12 | Tayangan: Ogos 2026
Pengarah: Feroz Kader | Penerbit: Global Film Station
Pelakon: Hun Haqeem, Nabila Huda
Kisah Kaer yang mencari ketenangan selepas kematian bapanya, namun terjerat dalam hubungan manipulatif dengan majikan kaya Anees, sehingga rahsia gelap terbongkar.
Setia Yang Terluka (Nowhere To Hide)
Genre: Drama Thriller | Episod: 12 | Tayangan: Oktober 2026
Pengarah: Datuk Yusry Abdul Halim | Penerbit: Global Film Station
Pelakon: Ezzanie Jasny, Sophia Albarakbah
Ariana menjadi suspek utama pembunuhan sahabat lamanya. Bersama Farhan, dia membongkar konspirasi berbahaya, namun mula meragui sama ada Farhan benar-benar sekutunya.
Wali Dalam Tangisan (Tears Between Us)
Genre: Drama Romantik | Episod: 12 | Tayangan: Oktober 2026
Penerbit: Global Film Station
Kisah Aishah yang membesar di bawah jagaan ibunya dan wali, Hisham. Hubungan yang tidak terucap mula terjalin, dibayangi iman, keluarga dan tanggungjawab.
Strim Viu PERCUMA Sepanjang Ramadan & Raya 2026
Sempena bulan Ramadan dan Syawal, Viu, platform penstriman video OTT terkemuka, melancarkan kempen Viu Together Gather yang membolehkan penonton menikmati akses strim PERCUMA untuk pelbagai drama tempatan dan antarabangsa terpilih.
Antara naskhah tempatan yang ditawarkan termasuk Jendela Hati, sebuah kisah penuh konflik pengorbanan dan cinta antara Farah dan abang iparnya yang dibayangi rasa bersalah terhadap arwah kembarnya; Anggun Mikayla, perjalanan seorang jurusolek mencari jati diri dan pengiktirafan ibu kandung di sebalik rahsia kelahiran; serta Bidaah, yang mengisahkan Baiduri dan Hambali mula meragui ajaran sesat kumpulan Jihad Ummah dan nekad membongkar kebenaran demi menyelamatkan keluarga mereka.
Selain drama tempatan, penonton juga boleh menikmati pelbagai genre dari seluruh Asia secara percuma. Antara drama trending yang ditawarkan ialah Descendants of the Sun, fenomena global yang menggabungkan aksi ketenteraan dan percintaan, serta True Beauty, adaptasi webtoon popular yang mencetuskan fenomena komedi romantik remaja.
Bagi peminat romantik, pilihan termasuk Fireworks of My Heart, kisah pertemuan semula ketua pasukan bomba dan doktor selepas sepuluh tahun terpisah; Love’s Ambition, drama tentang perkahwinan yang retak akibat cita-cita dan perbezaan darjat; serta Love Between Lines, kisah cinta unik yang bermula daripada komunikasi bertulis.
Genre aksi dan thriller turut disajikan dengan Taxi Driver 2, yang menampilkan Kim Do-gi kembali menuntut keadilan dengan misi lebih besar; Perfect Family, sebuah thriller misteri tentang rahsia keluarga yang kelihatan sempurna; dan Bloody Flower, kisah gelap seorang bekas pelajar perubatan yang menjadi pembunuh bersiri dengan dakwaan teknologi penyembuh penyakit maut.
Nikmati deretan drama penuh emosi, aksi dan romantik ini sepanjang Ramadan dan Raya hanya di Viu. Muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau layari www.viu.com untuk menonton sekarang.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment