BUNGA 2026 MENAMPILKAN KEUNGGULAN ORKID ASIA DI RESORTS WORLD AWANA


Resorts World Awana dengan sukacitanya mempersembahkan BUNGA 2026, pameran bunga tertinggi di Malaysia serta festival orkid dan florikultur antarabangsa yang julung kali diadakan. Festival ini akan berlangsung dari 3 hingga 7 Jun 2026 di Awana Village, T2 Exhibition Hall.

Berlatarbelakangkan suasana nyaman tanah tinggi Resorts World Awana, BUNGA 2026 menghimpunkan pelbagai persatuan orkid terkemuka Asia, penanam, pakar hibrid orkid serta pengumpul dalam sebuah sambutan selama lima hari yang meraikan keindahan, seni dan budaya orkid. 

Sebagai pembuka tirai kepada siri festival bunga menjelang Asia Pacific Orchid Conference (APOC) 2028, penganjuran ini turut memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab yang semakin menyerlah dalam apresiasi orkid, pelancongan botani dan pertukaran hortikultur antarabangsa. 

Kemuncak siri tersebut ialah penganjuran persidangan berprestij itu di Resorts World Awana dari 17 hingga 26 Mac 2028, sekali gus mencipta sejarah sebagai edisi pertama APOC yang dianjurkan oleh sebuah syarikat korporat swasta.

Pameran dan Pertandingan Orkid Antarabangsa

Sebagai tarikan utama, BUNGA 2026 menampilkan pameran dan pertandingan orkid antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan Brunei. Sepanjang pameran berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati paparan floral imersif, spesies orkid eksklusif, koleksi hibrid istimewa serta persembahan landskap artistik yang mengetengahkan kecemerlangan hortikultur dan penceritaan kreatif berinspirasikan botani.

Menghimpunkan Persatuan dan Penggiat Orkid Terunggul di Asia

Antara peserta antarabangsa yang mengambil bahagian ialah Taipei Orchid Society dari Taiwan yang terkenal dengan orkid Phalaenopsis berkualiti tinggi serta persembahan landskap orkid berskala besar. Thailand pula diwakili oleh Chulee Orchid, yang diterajui oleh pakar hibrid orkid tersohor, Ms Chulee, serta Damrong Star Orchid Society, yang kedua-duanya diiktiraf atas kecemerlangan dalam pertandingan orkid antarabangsa.

Dari Vietnam, pengumpul orkid Nguyen Anh Tuan akan menampilkan koleksi hibrid eksotik yang mendapat perhatian dalam kalangan penggemar orkid. Indonesia pula diwakili oleh Indonesia Orchid Community, yang dikenali dengan penglibatan aktif di peringkat antarabangsa, bersama Orchid Society of Selangor & Federal Territory serta Federation of Malaya Orchid Society, yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan pemuliharaan orkid tempatan.

Brunei pula diwakili oleh Jasmina Florist & Landscaping Co., antara syarikat florikultur dan landskap terkemuka negara tersebut yang aktif menyertai pameran orkid serantau khususnya di Jepun. Singapura pula diwakili oleh The Orchid Society of South East Asia (OSSEA), salah satu persatuan orkid tertua dan paling berprestij di rantau ini.

BUNGA 2026 turut menampilkan kehadiran Encik Home dari Thailand, tokoh hortikultur yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi kepakaran dalam tumbuhan eksotik serta perdagangan global.
Pengalaman Ruang Niaga Botani

Melengkapkan pameran utama, ruang niaga botani bakal menghidupkan suasana festival menerusi himpunan penanam orkid, artisan botani, produk floral eksklusif serta elemen gaya hidup berinspirasikan tumbuhan. Pengunjung juga berpeluang meneroka pelbagai spesies orkid rare, dekorasi botani, inspirasi berkebun serta hasil kreatif berasaskan flora, yang meraikan budaya botani yang semakin berkembang.

Pengalaman Botani dan Alam Semula Jadi

Selain pameran utama, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai pengalaman botani dan gaya hidup yang dirangka bagi mempertingkatkan apresiasi terhadap orkid dan alam semula jadi.

Antaranya termasuk Bloom Beyond BUNGA, pengalaman penceritaan orkid secara imersif yang berlangsung di Eufloria Gardens & Sculpture Park, rumah hijau botani terbesar di Malaysia, serta Forest for the Future: Orchid Stories by Genting Nature Adventures (GNA) yang menampilkan ruang pendidikan interaktif berkaitan pemuliharaan orkid, adaptasi tumbuhan dan kesedaran biodiversiti.

Peminat alam semula jadi juga boleh menyertai Wild Orchid Explorer, iaitu pengalaman penerokaan hutan hujan yang dikendalikan oleh GNA, yang membawa pengunjung menyusuri laluan hutan tanah tinggi yang terpelihara untuk mencari orkid liar dalam habitat semula jadinya.

Selain itu, Orchadia memperkenalkan pengalaman gaya hidup botani premium yang menggabungkan elemen hospitaliti botani, sajian berinspirasikan orkid, bengkel serta pengalaman floral eksklusif dalam suasana mewah berkonsepkan rumah hijau. Sepanjang tempoh festival, Orchadia turut menganjurkan pelbagai program khas termasuk masterclass orkid, pengalaman hi-tea botani, sesi apresiasi kopi dan teh, perbualan farm-to-table bersama chef, serta Rare Orchid Auction eksklusif.

Butiran Tiket

Tiket masuk ke festival bunga ini ditawarkan pada harga RM30, manakala pakej gabungan BUNGA 2026 dan Eufloria ditawarkan pada harga RM60. Warga emas menikmati kadar khas RM20 bagi tiket walk-in. Semua tiket kemasukan turut termasuk RM10 kredit makanan yang boleh ditebus sepanjang tempoh pameran.

Pakej Staycation Bunga Bloomscape

Pengunjung yang merancang untuk menikmati BUNGA 2026 selama beberapa hari juga boleh menikmati pakej Bunga Bloomscape Staycation yang direka khas dan ditawarkan di hotel-hotel terpilih sekitar resort. Sah untuk penginapan dari 3 hingga 6 Jun 2026, pakej ini menggabungkan penginapan, akses ke festival serta pengalaman riadah di tanah tinggi, sekali gus membolehkan pengunjung menikmati sepenuhnya pengalaman Malaysia’s Highest Flower Exhibition sepanjang tempoh festival.

Hotel yang mengambil bahagian termasuk Resorts World Awana, First World Hotel, Genting SkyWorlds Hotel dan Highlands Hotel (sebelum ini dikenali sebagai Resort Hotel), yang menawarkan pelbagai pilihan pengalaman penginapan di seluruh resort dengan kadar bermula serendah RM81 satu malam.

Setiap pakej termasuk dua tiket masuk ke BUNGA 2026 di Awana Village, Resorts World Awana. Pengunjung yang menginap di Resorts World Awana turut menikmati keistimewaan tambahan dalam bentuk kredit makanan, di mana tempahan bilik Superior Deluxe dan bilik Superior Deluxe Sixers termasuk RM18 kredit makanan untuk dua orang, manakala tempahan Club Suite dan Executive Suite termasuk RM35 kredit makanan untuk dua orang.

Sertailah BUNGA 2026 dan alami sambutan antarabangsa orkid serta budaya florikultur di pameran bunga tertinggi di Malaysia, hanya di Resorts World Awana.

Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com atau ikuti saluran media rasmi kami.


Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

BAKAL TIBA PADA 19 MEI DI MALAYSIA: SIRI HUAWEI WATCH FIT 5 BAHARU, WATCH ULTIMATE DESIGN EDISI SPRING, DAN FREECLIP 2 DALAM WARNA BERRY PURPLE