DARI MASKOT KE SKRIN: GOGO & BEBE WONDERLAND BAWAKAN KECERIAAN UNTUK SI KECIL


Gogo & Bebe Wonderland, siri animasi kanak-kanak asal pertama yang menampilkan barisan maskot kesayangan Sunway, dilancarkan secara rasmi, sekali gus menandakan kejayaan baharu dalam pengembangan jenama ini ke arah kandungan dan hiburan yang memberi tumpuan kepada keluarga.

Diarah dan diterbitkan oleh AdAsia, sebuah agensi pemasaran dan pengiklanan kreatif, Gogo & Bebe Wonderland membawakan watak maskot ikonik Sunway ke dalam dunia animasinya sendiri, yang dijelmakan semula buat generasi baharu melalui penceritaan, lagu kanak-kanak yang asal serta naratif yang bersifat pendidikan dan hiburan (edutainment). Sudah lama dikenali rakyat Malaysia di perbandaran Sunway, taman tema, kemudahan penjagaan kesihatan dan ruang peruncitan, watak berkenaan kini ditampilkan dengan personaliti, pengembaraan dan kisah mereka yang tersendiri.

Direka sebagai siri edutainment dan lagu kanak-kanak untuk penonton cilik, Gogo & Bebe Wonderland menggabungkan penceritaan, muzik dan watak menarik untuk menggalakkan nilai positif, kreativiti dan pembelajaran harian melalui kandungan yang menyeronokkan dan mudah diakses. Menggabungkan dan mengadunkan kegembiraan dunia animasi kanak-kanak dengan tema yang mencetuskan inspirasi pada imaginasi dan nilai positif dalam kalangan kanak-kanak, siri ini boleh ditonton di platform digital termasuk YouTube, YouTube Kids dan Spotify, justeru menjadikannya mudah diakses untuk seisi keluarga di seluruh Malaysia dan di luar negara.


Majlis pelancaran rasmi berkenaan yang berlangsung di Sunway Blue Concourse Sunway Pyramid, menampilkan tayangan perdana episod pertama Gogo & Bebe Wonderland, pameran animasi, kemunculan maskot dan pelbagai aktiviti interaktif.

Pelancaran tersebut dihadiri oleh Dato’ Hans Isaac, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Evan Cheah, Timbalan Presiden Sunway Group, dan Gordon Ling, Ketua AdAsia, serta barisan kepimpinan kanan Sunway.

Evan Cheah, Timbalan Presiden Sunway Group, berkata, “Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, maskot ini sudah menjadi sebahagian daripada kenangan dan pengalaman mereka membesar bersama Sunway. Menerusi Gogo & Bebe Wonderland, kami berbesar hati melihat watak-watak yang sudah dikenali ini menjalani kehidupan baru melalui penceritaan, muzik dan animasi secara bermakna dan mempunyai perkaitan dengan kanak-kanak masa kini.”

“Seiring dengan hala tuju Sunway ke arah perjalanan Next 50 and Beyond (50 Akan Datang dan Seterusnya), ini menggambarkan pengalaman yang kami harap akan terus dicipta, di mana kenangan dan jalinan hubungan yang dibina bersama satu generasi terus berkembang kepada generasi seterusnya. Kami menantikan kunjungan seisi keluarga untuk bertemu dan menjalin ikatan dengan watak-watak ini bersama-sama melalui generasi baru penceritaan,” tambah beliau.

Musim pertama Gogo & Bebe Wonderland akan memaparkan 10 episod yang terdiri daripada lagu kanak-kanak asal dan kandungan penceritaan yang berkisar kepada tema seperti nombor, warna, bentuk, kebaikan dan pengalaman hidup seharian.

Berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Gordon Ling, Ketua AdAsia, berkata, “Gogo & Bebe Wonderland bermula dengan idea kreatif yang mudah - dengan mengambil watak yang sudah dikenali ramai rakyat Malaysia dan dijelmakan semula dengan cara yang baru, ada perkaitan dan bermakna untuk kanak-kanak masa kini. Daripada kerja mencipta setiap personaliti watak dan identiti visual sehinggalah menggubah lagu kanak-kanak yang asal dan membentuk hala tuju penceritaan siri ini, setiap bahagian proses kreatif direka dengan teliti untuk membina dunia yang membolehkan kanak-kanak ini menghayati dan berasa seronok. Sebagai pencipta, kami berhasrat untuk menghasilkan sesuatu yang menghiburkan, mencetuskan kemesraan emosi dan sifat Malaysia yang begitu ketara serta pada masa yang sama, ia berpotensi untuk meraih tontonan di luar Malaysia dari semasa ke semasa.”

Untuk masa hadapan, Gogo & Bebe Wonderland mempunyai visi untuk menjadi francais kandungan yang terus berkembang dengan episod lagu kanak-kanak baharu yang sedia dilancarkan secara bulanan bermula pada Jun 2026, diikuti dengan episod berpacukan dialog pada akhir tahun ini. Musim 2 sudah pun berada dalam pembikinan untuk tahun 2027, justeru siri ini mencerminkan komitmen Sunway dan AdAsia dalam usaha mencipta kandungan asal Malaysia yang berpotensi untuk berhubung dengan khalayak penonton tempatan dan luar negara.


Meluaskan dunia Gogo & Bebe Wonderland di luar skrin, Sunway memperkenalkan barisan eksklusif mainan plush yang diilhamkan oleh watak maskotnya. Ia boleh didapati di kedai Mart Sunway Lagoon, Sunway Multicare Pharmacy dan Sunway Cities. Setiap watak direka untuk menjadi kawan pertama si kecil, yang dihidupkan daripada cerita ke dunia sebenar. Daripada mainan plush sehingga kepada produk gaya hidup, koleksi berkenaan mengubah penceritaan kepada sesuatu yang boleh membolehkan kanak-kanak memegangnya, bermain dan membesar bersama.

Untuk maklumat lanjut tentang Gogo & Bebe Wonderland, layari https://gogoandbebewonderland.com/.

Comments

Popular posts from this blog

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH