INOVASI TERBARU NESCAFÉ ESPRESSO CONCENTRATE MENEPATI CITA RASA GEN Z
Kopi sejuk bukan lagi sekadar trend di kafe, malah ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, kreativiti dan ekspresi harian generasi muda. Seiring dengan perubahan ini, NESCAFÉ memperkenalkan NESCAFÉ Espresso Concentrate, inovasi kopi cecair premium yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman kopi kualiti kafe dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Memandangkan semakin ramai pengguna menggemari kopi sejuk, khususnya Gen Z, cara menikmati minuman ini kian berubah. Kini, ia bukan sekadar tentang minuman, tetapi juga suatu pengalaman dan kebebasan personalisasi mengikut cita rasa sendiri. Justeru, NESCAFÉ Espresso Concentrate dicipta khas untuk generasi baharu yang menghargai kreativiti, kemudahan dan ekspresi diri dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Perubahan global ini menyaksikan 32% pengambilan kopi di luar rumah kini beralih kepada kopi sejuk, dengan pertumbuhan segmen sebanyak 15% dalam tempoh empat tahun lalu. Trend ini diterajui generasi muda yang bukan sekadar mementingkan kualiti, tetapi juga kebebasan ekspresi dalam menyesuaikan cita rasa mengikut gaya hidup mereka.
Dihasilkan daripada biji kopi Arabica dan Robusta yang dipilih secara teliti, NESCAFÉ Espresso Concentrate menawarkan rasa yang kaya dan halus, namun padu dalam format yang memudahkan penyediaan kopi sejuk. Ia memberikan konsistensi rasa setaraf kualiti kopi di kafe yang sesuai untuk penggemar kopi harian. Produk ini dihasilkan di kilang Nestlé Malaysia, Sri Muda, Shah Alam, sebuah pusat pengilangan yang diperakui Halal serta lokasi pertama pengeluaran coffee concentrate Nestlé di Asia. Ini mencerminkan peranan penting Malaysia dalam rangkaian inovasi dan pengeluaran serantau Nestlé.
Melalui format sedia untuk dicampur, NESCAFÉ Espresso Concentrate memudahkan para pengguna mencipta minuman ala kafe dari rumah. Konsepnya mudah: hanya tuang, campur dan nikmati kopi tersendiri. Sama ada latte ais yang berkrim, Americano ais yang pekat, mahupun resipi kreatif seperti campuran buah-buahan atau lemonade soda, semuanya boleh disediakan pada bila-bila masa tanpa mesin atau cara yang rumit. Setiap botol mampu menghasilkan antara 10 hingga 16 hidangan, menawarkan kemudahan serta penjimatan terbaik untuk kegunaan harian.
“NESCAFÉ Espresso Concentrate dijangka membuka peluang pertumbuhan baharu dalam landskap kopi yang semakin berkembang, khususnya dalam kalangan generasi muda yang inginkan kopi mengikut cita rasa tersendiri. Kami sedang membina platform baharu bagi pertumbuhan masa hadapan, serta menawarkan pengalaman kopi yang lebih mudah dan menyeronokkan kepada rakyat Malaysia. Kami juga berbesar hati dipilih sebagai hab pengeluaran utama bagi inovasi global ini,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei.
NESCAFÉ turut memperkenalkan rangkaian perisa baharu bagi pengalaman kopi ala kafe dari rumah. Rangkaian ini hadir dalam tiga varian utama iaitu Black, Sweet Vanilla dan Velvet Mocha yang kini boleh didapati di seluruh negara. Daripada profil rasa yang kuat dan pekat kepada pilihan yang lebih lembut dan mewah, setiap varian memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menikmati kopi mengikut gaya tersendiri.
Bagi menghidupkan lagi konsep gaya hidup ini, NESCAFÉ telah menganjurkan majlis pelancaran produk yang imersif di panggung wayang premium disusuli dengan tayangan eksklusif The Devil Wears Prada 2. Acara ini mewujudkan ruang di mana kopi, kreativiti dan hiburan bersatu, mencerminkan bagaimana kopi kini menjadi sebahagian daripada detik santai dan ekspresi diri. Para tetamu turut berpeluang menikmati minuman khas sepanjang tayangan, mengukuhkan mesej bahawa kopi berkualiti boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua.
| Wakil media turut serta dalam sesi “Pour It, Mix It, Create It”, merasai sendiri kepelbagaian NESCAFÉ Espresso Concentrate semasa majlis pelancaran. |
Ashley Ng, salah seorang tetamu yang hadir, berkongsi, “Seronok apabila mengetahui NESCAFÉ melancarkan inovasi terbaru ini. Saya memang gemar mencuba resipi minuman yang unik di rumah. Dengan NESCAFÉ Espresso Concentrate, saya boleh menghasilkan menu menarik seperti strawberry latte atau kopi lemonade dengan mudah. Memang sangat sesuai dengan gaya hidup saya.”
Melalui inovasi ini, NESCAFÉ terus berkembang seiring dengan perubahan cara rakyat Malaysia menikmati kopi, melangkaui format tradisional kepada pengalaman yang lebih fleksibel, kreatif dan peribadi. Dengan NESCAFÉ Espresso Concentrate, kopi bukan lagi sekadar rutin harian — ia adalah ekspresi diri yang mencerminkan identiti unik pengguna.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment