ULANG TAHUN KE-30 IKEA MALAYSIA: MEMBINA RUANG, MENGUKIR KENANGAN BERSAMA RAKYAT MALAYSIA
Selama 30 tahun, IKEA telah sebati dengan kehidupan di rumah ramai rakyat Malaysia. Ia mengubah idea-idea sederhana kepada ruang bermakna serta memori harian yang berharga. Bermula sebagai satu langkah penembusan pasaran yang berani, ia kini telah berkembang menjadi satu perjalanan Bersama, yang dibentuk oleh ramai individu yang menjadikan IKEA sebahagian daripada kehidupan mereka.
Ketika IKEA mula membuka pintunya di Malaysia, ia memperkenalkan pemikiran baharu tentang kelengkapan rumah, melalui reka bentuk pek leper, penyelesaian yang berfungsi, serta hidangan kegemaran Sweden seperti bebola daging. Rakyat Malaysia segera menjadikan IKEA sebahagian penting kehidupan mereka, dengan menerapkan perabot serba gunanya ke dalam rumah pertama, keluarga yang berkembang, serta rutin harian mereka.
Permulaan yang Dekat di Hati Rakyat Malaysia
Bagi ramai, pengalaman IKEA bermula dengan kunjungan santai, mengunjungi pameran bilik, mendapatkan inspirasi, dan membayangkan semula ruang mereka. Sudah tentunya mereka juga membawa pulang pek leper pertama dan cuba memasangnya sendiri.
Di situlah bermulanya perjalanan IKEA di Malaysia, dan titik mula dalam mencipta kehidupan harian yang lebih baik di rumah. Seiring dengan perubahan kediaman rakyat Malaysia, daripada ruang yang lebih kompak kepada isi rumah keluarga yang semakin berkembang, IKEA turut berkembang bersama, dan sentiasa menyesuaikan penyelesaiannya bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan yang terus berubah.
IKEA dan Rumah Rakyat Malaysia Berpisah Tiada
Daripada ruang storan hingga ke ruang tamu, rekaan ikonik IKEA seperti rak buku BILLY, kerusi POÄNG, sofa KLIPPAN dan unit rak KALLAX tidak terpisah daripada rumah-rumah di seluruh negara. Direka untuk kehidupan sebenar dan kegunaan harian, semua koleksi ini terus menyokong cara rakyat Malaysia hidup, mengemas dan bersantai di rumah.
Seiring peredaran waktu, produk-produk ini bukan lagi sekadar barangan, tetapi telah menjadi sebahagian daripada rutin harian, hadir secara senyap namun tetap penting dalam menyokong kehidupan di rumah dengan cara yang ringkas dan praktikal.
“Sejak hari pertama, visi kami adalah untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk seramai mungkin orang, dan rakyat Malaysia telah menghidupkan visi ini dengan cara yang tidak pernah kami bayangkan,” kata Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys.
“Daripada keterujaan semasa pembukaan gedung pertama hinggalah kejayaan gedung-gedung hari ini, ulang tahun ke-30 ini merupakan tanda penghargaan tulus kami kepada para pelanggan, warga kerja dan komuniti yang telah menjadikan IKEA unsur penting dalam rumah rakyat Malaysia.”
Berpandukan falsafah pengasasnya, Ingvar Kamprad, ‘Jagalah pelanggan, maka pertumbuhan akan menjaga diri sendiri’, IKEA Malaysia kekal komited untuk menawarkan kelengkapan rumah yang direka dengan baik, berfungsi dan mampu milik supaya kehidupan yang lebih baik dapat dinikmati semua.
Raikan Bersama Rakyat Malaysia
Bagi meraikan pencapaian ini, IKEA Malaysia menjemput semua untuk menikmati pelbagai aktiviti, tawaran masa terhad, serta pengalaman kuliner yang luar biasa dari April hingga Ogos.
Antara sorotan utama termasuk:
- 30 Hari Kejutan Manis dengan tawaran harian dan aktiviti di gedung
- Sesi akustik IKEA Unplugged di gedung
- Kolaborasi seperti IKEA x Inside Scoop
- Sambutan Midsommar Fest
- Inisiatif komuniti bersama rakan kongsi seperti Teach For Malaysia
Pelanggan juga boleh menantikan koleksi edisi terhad, termasuk mainan lembut bebola daging dengan perbelanjaan minimum yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ini, kunjungi gedung IKEA di seluruh negara atau layari IKEA.my/30anniversary.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment