KEKAL SEGAR DALAM SETIAP DETIK BERSAMA REXONA DAN CLEAR MEN SEMPENA FIFA WORLD CUP 2026™


Rakyat Malaysia kini boleh merasai kemeriahan FIFA World Cup 2026™ bersama Rexona dan Clear Men melalui pelbagai aktiviti menarik, promosi khas di kedai-kedai terpilih serta pek edisi terhad FIFA World Cup 2026™. Kedua-dua jenama ini juga memperkenalkan inovasi produk baharu yang direka untuk membantu pengguna kekal segar dan tampil yakin setiap hari.

Di Malaysia, bola sepak bukan sekadar sukan. Ia adalah minat yang menyatukan orang ramai. Sama ada berkumpul untuk menonton perlawanan bersama rakan-rakan ataupun meraikan setiap jaringan dengan penuh semangat, bola sepak sentiasa membawa keterujaan tersendiri. Semangat inilah yang menjadi inspirasi kepada kempen Rexona dan Clear Men untuk membawa kemeriahan FIFA World Cup 2026™ lebih dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Bermula Mei ini, para peminat boleh merasai kemeriahan FIFA World Cup 2026™ menerusi pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung di beberapa lokasi terpilih. Antara acara utama yang bakal berlangsung ialah Kejohanan Bola Sepak 3v3 Rexona x Clear Men di MyTOWN Shopping Centre dari 5 hingga 7 Jun 2026. Acara ini akan membawakan aksi bola sepak jalanan yang penuh bertenaga, dengan hadiah bernilai RM6,000 untuk dimenangi. Pengunjung juga berpeluang bertemu personaliti bola sepak tempatan termasuk Safawi Rasid, menyaksikan persembahan freestyle football serta menikmati pelbagai aktiviti interaktif khas untuk peminat bola sepak.

Selain itu, Rexona Arctic Station yang akan berlangsung di Stesen MRT Bukit Bintang dari 15 hingga 19 Jun 2026 bakal menawarkan pelbagai pengalaman menarik termasuk zon penyejukan khas, sesi mencuba produk serta cabaran bertemakan bola sepak untuk para pengunjung.

Dalam kemeriahan aktiviti yang penuh bertenaga ini, kekal segar dan yakin semakin penting. Sempena FIFA World Cup 2026™, Rexona memperkenalkan rangkaian baharu Rexona Men Arctic Rush manakala Clear Men tampil dengan syampu Clear Men Ultra Hydro Boost – kedua-duanya direka khas untuk memenuhi gaya hidup lelaki yang aktif dan sentiasa bergerak.

Cuaca panas dan lembap di Malaysia sering menyebabkan rasa tidak selesa sepanjang hari, terutama apabila peluh dan haba badan mula mengganggu aktiviti harian serta meninggalkan kesan pada pakaian. Produk baharu Rexona Men Arctic Rush direka untuk membantu mengatasi masalah ini dengan memberikan sensasi dingin segera agar kekal segar dan selesa sepanjang hari. Dengan rasa dingin sehingga -20°C, ia juga dilengkapi perlindungan anti-noda serta kawalan peluh dan bau sehingga 72 jam.

Melengkapkan rutin penjagaan diri lelaki, Clear Men Ultra Hydro Boost diformulasikan dengan teknologi anti-kelemumur untuk membantu mengatasi masalah kulit kepala kering akibat tekanan harian dan faktor persekitaran.

Syampu ini memberikan 10 kali lebih hidrasi kepada kulit kepala dan terbukti secara klinikal membantu menghapuskan sehingga 100% kelemumur serta kegatalan. Kulit kepala yang terhidrat membantu mengekalkan lapisan perlindungan semula jadi kulit kepala untuk megelakkan masalah kelemumur dan kegatalan, manakala haruman tahan lama sehingga 24 jam supaya kekal segar sepanjang hari.

Menurut Puan Farhana Mohd Nasir, Pengarah Pemasaran serta Strategi dan Perancangan Pelanggan, Unilever Malaysia, “Bola sepak mempunyai cara tersendiri untuk menyatukan orang ramai dan membangkitkan semangat yang luar biasa. Kita dapat melihatnya melalui cara peminat memberi sokongan, meraikan setiap detik dan berkumpul bersama. Menerusi kerjasama kami bersama FIFA World Cup 2026™, kami mahu menjadi sebahagian daripada momen istimewa ini dan membawa kemeriahan tersebut lebih dekat kepada rakyat Malaysia.”

“Dalam kemeriahan dan keterujaan ini, kami juga faham bahawa aktiviti sebegini boleh menjadi agak mencabar dan memenatkan. Dengan Rexona dan Clear Men, kami mahu hadir dengan produk yang mampu memenuhi keperluan lelaki masa kini – sama ada untuk membantu badan kekal segar dan kering ataupun memastikan kulit kepala kekal selesa sepanjang hari.”

Menjelang FIFA World Cup 2026™, Rexona dan Clear Men akan terus membawakan pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik bagi memeriahkan lagi musim bola sepak ini untuk rakyat Malaysia.

Untuk mendapatkan pengumuman terkini, kandungan eksklusif dan info kempen terbaru, ikuti @rexonamalaysia dan @clearmalaysia di laman sosial.

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

SWS KIDS, JENAMA NUTRISI KANAK-KANAK BAHARU LANCAR PATI AYAM RENDAH SODIUM PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6 BULAN DAN KE ATAS