TONTON NON STOP, ON TOP! – PELUANG MENANG KERETA & GANJARAN TERBESAR 2026


Menangi kereta baharu dan pelbagai hadiah lumayan bernilai lebih RM700,000 hanya dengan menonton drama kegemaran anda! Tonton Non Stop, On Top! merupakan program ganjaran terbesar pernah dilancarkan oleh Tonton setakat ini yang bakal berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026, memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata dan bersaing hanya melalui strim.

Pelbagai hadiah yang pastinya menjadi idaman ramai menanti! Antara yang ditawarkan termasuk sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo dan dua buah TQ Wuling Bingo EV. Turut menjadi rebutan ialah 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

298 Pemenang Dicari Setiap Dua Minggu

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, seramai 298 pemenang akan diumumkan pada setiap kitaran dua minggu, merangkumi kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas. Bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk menang, kutipan mata dan kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada setiap penghujung kitaran dua minggu. Pemenang Hadiah Utama dan Naib Johan terdahulu tidak layak memenangi hadiah utama yang sama pada pusingan seterusnya, namun masih berpeluang memenangi Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas sepanjang kempen berlangsung.

Strim dan Menang!

Cara penyertaannya cukup mudah! Pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 bulan atau 12 bulan sebelum mula memperoleh mata hasil tontonan drama yang ditetapkan. Semakin banyak masa yang diluangkan untuk menonton, semakin besar peluang untuk memperkukuh kedudukan serta muncul sebagai pemenang.

Maksimumkan Kutipan Mata Anda

Walaupun kutipan mata melalui aktiviti penstriman mempunyai had tertentu, pengguna masih boleh terus mengumpul mata tambahan tanpa had menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga dan rakan-rakan. Setiap hadiah langganan selama 3 bulan menawarkan 100 mata bonus, manakala hadiah langganan selama 12 bulan memberikan 400 mata bonus.

Turboost: Mata Berganda Setiap Hujung Minggu

Lebih menarik, Tonton turut memperkenalkan Turboost, iaitu sistem gandaan mata khas pada setiap hujung minggu. Pengguna yang menstrim kandungan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad akan menikmati mata berganda secara automatik, sekali gus membantu mereka melonjak lebih pantas dalam kedudukan carta.

Sebagai platform penstriman yang sentiasa menawarkan pengalaman hiburan yang relevan kepada pengguna, Tonton terus memperkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi nilai tambah kepada semua. Tonton Non Stop, On Top! bukan sahaja membuka peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, malah menggalakkan penonton meneroka lebih banyak cerita eksklusif yang tersedia di platform tersebut.

Orang ramai kini boleh bersedia untuk menyertai Tonton Non Stop, On Top! dengan memuat turun aplikasi Tonton atau melayari tonton.com.my , mendaftar atau log masuk ke akaun masing-masing dan mula menstrim kandungan terpilih mulai 15 Jun ini.

Lagi banyak program yang ditonton, lagi cerah peluang untuk mendaki carta peserta dan muncul sebagai antara pemenang bertuah!

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

BUKAN SEKADAR JUMPSCARE MURAHAN, ‘KHADAM’ TAMPAR REALITI TRAUMA GENERASI & SEKSISME DOMESTIK!