RESORTS WORLD GENTING PERKENALKAN GENTING GUEST XPERIENCE CENTRE


Resorts World Genting (RWG) memperkenalkan Genting Guest Xperience Centre (GGXC), sebuah galeri imersif berteknologi tinggi yang menggabungkan warisan, teknologi dan penceritaan untuk mengetengahkan sejarah, pencapaian serta aspirasi masa depan Kumpulan Genting.


Dengan keluasan lebih 5,700 kaki persegi, GGXC dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang untuk pengunjung berumur 13 tahun ke atas. Kemasukan adalah melalui temu janji dengan kapasiti maksimum 15 orang setiap slot, manakala walk-in tertakluk kepada kekosongan.

Perjalanan bermula di The Reception, di mana panel LED memaparkan visual air terjun bersama logo ulang tahun ke-60 Genting dan platform digital interaktif GIVA. Seterusnya, pengunjung dibawa ke Clouds City, yang menampilkan pemetaan unjuran landskap Genting Highlands dari Gohtong Jaya hingga ke puncak 6,000 kaki.


Di Legacy Lens, pengunjung menelusuri kisah pengasas Tan Sri Lim Goh Tong melalui paparan multimedia dan meja interaktif yang menampilkan artifak bermakna seperti topi putih dan tongkat beliau. Zon ini turut mempamerkan pakaian seragam bersejarah kakitangan RWG.

Glamour Walk pula menonjolkan komitmen RWG terhadap CSR, termasuk penyelidikan neurologi, terapi sel stem dan program Genting Bersama Malaysia. Zon ini dilengkapi dinding interaktif untuk pengunjung merakam kenangan.


Sebelum ke kemuncak, pengunjung diperkenalkan kepada kapsul masa menuju tahun 2040 dengan mesej daripada Tan Sri Lim Kok Thay. Di Grand Finale Show, teater imersif 180 darjah menayangkan video jejak global Kumpulan Genting dan ulang tahun ke-60, lengkap dengan papan pemuka prestasi masa nyata.


Pengalaman diakhiri di Partner Zone, yang menampilkan instalasi Sphere sebagai simbol komitmen RWG terhadap prinsip ESG. GGXC menjadi bukti komitmen RWG dalam menghubungkan sejarah, inovasi dan masa depan melalui pengalaman interaktif yang bermakna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.rwgenting.com/

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

TVS PERKENAL "GERAK KHAS 2.0" NAFAS BAHARU BUAT FRANCAIS DRAMA POLIS IKONIK MALAYSIA

SENTUHAN KASIH “SUPER MUMMY” WANY HASRITA: SELAMI REALITI INDAH DUNIA KEIBUAN MENERUSI OH MUMMY!+ MULAI 5 JULAI INI