GSC ULTIMATE FAMILY ADVENTURE KEMBALI DENGAN GSC X AIA VITALITY PLAYFEST
Golden Screen Cinemas (GSC), peneraju pawagam negara, sekali lagi menjemput keluarga untuk “unplug” daripada dunia digital dan mencipta kenangan bermakna melalui kembalinya GSC x AIA Vitality Playfest, sebahagian daripada GSC Ultimate Family Adventure (GUFA). Festival keluarga selama tiga hari ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di IOI City Mall, Putrajaya dengan tema “Play at Every Turn”, menampilkan pelbagai pengalaman interaktif yang merangsang imaginasi, menggalakkan permainan aktif dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan di luar layar perak.
Sebagai inisiatif utama di bawah GSC Play, GUFA mengubah komitmen GSC terhadap hiburan keluarga menjadi pengalaman nyata. Ia menyediakan ruang selamat dan inklusif untuk ibu bapa serta anak-anak meluangkan masa berkualiti melalui aktiviti interaktif, bengkel praktikal, persembahan menarik dan pengembaraan bersama. “Hari ini, keluarga mencari lebih daripada sekadar menonton filem – mereka mahukan pengalaman bermakna yang boleh dinikmati bersama. Melalui GUFA, kami menyediakan peluang untuk keluarga berhubung, bermain dan mencipta memori indah,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif GSC.
Playfest tahun ini membawa konsep kreatif “Four Worlds, Endless Play”, di mana setiap dunia menawarkan peluang baharu untuk bermain, meneroka dan berhubung. Sebaik tiba, keluarga akan menerima Mission Card yang berfungsi sebagai panduan interaktif dengan peta acara, agenda dan ruang koleksi cop. Melengkapkan misi dengan lapan cop membolehkan peserta menebus hadiah eksklusif serta menyertai cabutan bertuah.
Empat dunia yang menanti pengunjung ialah:
- Movie World – pengalaman bertema filem dengan booth interaktif daripada Monsta Studios (Boboiboy Movie 3), UIP Malaysia (Minions, Monsters & Paw Patrol), Sony Pictures (Spider-Man: Brand New Day), Disney (Moana), Warner Bros (The Cat In The Hat) dan banyak lagi.
- Main World – ruang permainan aktif dengan elemen gergasi dan aktiviti hands-on untuk merangsang imaginasi kanak-kanak.
- Makan World – pilihan makanan keluarga termasuk gyoza Ajinomoto, piza dan minuman daripada Pizza Hut x Coca-Cola Malaysia, serta popcorn karamel GSC
- Market World – pameran produk dan pengalaman daripada AIA Vitality, Eucerin, Hansaplast, Farm Fresh dan Keepsake by GSC.
Acara ini direalisasikan dengan sokongan AIA Vitality sebagai rakan utama, seiring komitmen mereka membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bermakna. GSC turut bekerjasama dengan Ajinomoto, Coca-Cola Malaysia, Farm Fresh, Eucerin, Hansaplast, Club IOI serta Jasmine sebagai penaja hadiah booth.
Sempena ulang tahun kelima Playfest, GSC menjemput semua keluarga hadir ke East Concourse, IOI City Mall 2, Putrajaya pada 24-26 Julai 2026 untuk pengembaraan keluarga yang penuh keceriaan.
Maklumat lanjut: bit.ly/GSCxAIAVitalityPlayfest2026
.jpg)
.png)
.jpg)
Comments
Post a Comment