HOCK KEE HERITAGE YANG KEDUA BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL
Hock Kee Kopitiam hari ini meraikan pembukaan cawangan kedua berkonsepkan warisan, iaitu Hock Kee Heritage, di The Gardens Mall, sekali gus mengangkat kekayaan budaya kulinari serta tradisi kopitiam Malaysia yang dipelihara turun-temurun.
Berikutan kejayaan pelancaran cawangan Hock Kee Heritage pertama di Medan Pasar awal tahun ini, Hock Kee Kopitiam terus membawa konsep ini ke The Gardens Mall. Inspirasi konsep ini tercetus daripada keanggunan era kolonial di Tanah Melayu, terutamanya kelab-kelab sosial mewah yang suatu ketika dahulu menjadi lokasi pertemuan golongan bangsawan. Reka bentuknya menampilkan gerbang yang elegan, ukiran kekisi yang halus, jubin bercorak Peranakan, kehijauan tropika serta halaman yang nyaman – elemen yang suatu ketika dahulu melambangkan kemewahan yang hanya dapat dinikmati oleh golongan elit.
| Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng. |
Berpegang kepada semangat muhibah yang menjadi tunjang Hock Kee, konsep Heritage mengalu-alukan keluarga, rakan-rakan dan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk berkumpul serta menikmati warisan Malaysia di satu meja. “Hock Kee Heritage bukan sekadar sebuah restoran, tetapi destinasi yang mengajak orang ramai memperlahankan rentak kehidupan dan menghayati warisan Malaysia menerusi suasana yang elegan, hidangan eksklusif serta layanan yang mesra. Kami berharap setiap kunjungan memberikan pengalaman seolah-olah melangkah ke lembaran sejarah Malaysia yang tidak lapuk ditelan zaman,” kata Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng.
Cita Rasa Warisan, Hanya Eksklusif di Hock Kee Heritage
Suasana warisan yang mempesona di Hock Kee Heritage cukup serasi dengan rangkaian menu eksklusif yang dikurasi khas untuk melengkapkan pengalaman tersebut. Antara hidangan yang ditawarkan termasuk Cheesy Jumbo River Prawn Bee Hoon, Herbal Chicken with Rice dan Heritage Fried Basmathi Rice with Chicken Satay.
Berinspirasikan resipi nostalgia dan hidangan tempatan yang diwarisi turun-temurun, menu Hock Kee Heritage mengetengahkan cita rasa klasik yang dekat di hati, diberi nafas baharu menerusi sentuhan moden Hock Kee.
Disediakan segar mengikut pesanan dan menggunakan ramuan berkualiti, menu eksklusif ini mencerminkan komitmen Hock Kee untuk terus memelihara keaslian cita rasa tempatan sambil memperkenalkan pengalaman baharu yang menepati selera pengguna masa kini.
| Kumpulan pop 1119 TRIPLE1NINE mempersembahkan lagu tema rasmi Hock Kee Kopitiam, “KOPITIAM You & Me” |
Meraikan Budaya Kopitiam Melalui Muzik
Majlis pembukaannya turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan pop tempatan, 1119 TRIPLE1NINE, yang buat julung kalinya mempersembahkan lagu tema rasmi Hock Kee Kopitiam, “KOPITIAM You & Me”. Sejak dilancarkan, video muzik lagu tersebut telah meraih lebih 260,000 tontonan di YouTube, mencerminkan sambutan yang menggalakkan terhadap lagu tersebut serta kecintaan masyarakat terhadap budaya kopitiam Malaysia.
Kerjasama bersama 1119 TRIPLE1NINE mencerminkan sokongan Hock Kee terhadap industri kreatif serta bakat tempatan. Dikenali dengan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan, kumpulan ini berjaya menterjemahkan visi Hock Kee terhadap budaya kopitiam Malaysia menerusi gabungan muzik dan tarian. Ditulis dan digubah oleh artis Malaysia, Danny Koo, lagu “KOPITIAM You & Me” meraikan pemandangan, bunyi dan cita rasa yang sinonim dengan suasana kopitiam tempatan, menjadikannya karya yang mudah diingati dan dekat di hati pendengar pelbagai peringkat usia.
Ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 2018, Hock Kee Kopitiam kini berkembang menjadi salah satu jenama kopitiam terkemuka di Malaysia dengan 22 cawangan di seluruh negara. Momentum pengembangannya akan diteruskan menerusi pembukaan cawangan baharu di Puteri Hill, Johor Bahru dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hock Kee, sila kunjungi laman web rasmi serta ikuti Facebook, Instagram, Rednote dan TikTok Hock Kee.
.jpeg)
Comments
Post a Comment