HUAWEI LANCAR SIRI HUAWEI PURA 90S, HUAWEI FREECLIP 2 S DAN HUAWEI MATEPAD AIR DI MALAYSIA


Huawei secara rasmi melancarkan HUAWEI Pura 90s Series, HUAWEI FreeClip 2 S, dan HUAWEI MatePad Air pada acara Flagship Product Global Launch Event yang diadakan di Malaysia. Berlandaskan falsafah “Now is Your Moment”, rangkaian baharu ini menggabungkan teknologi imej terkini, rekaan elegan serta pengalaman pintar yang memenuhi gaya hidup, pekerjaan dan kreativiti masyarakat masa kini.

Keunggulan Fotografi Diperbaharui

Menerajui pelancaran ialah HUAWEI Pura 90s Series dengan dua model – Pura 90s Pro Max dan Pura 90s Pro. Siri ini direka untuk mentakrif semula pengalaman fotografi mudah alih melalui keupayaan kamera yang dipertingkat, rekaan tersendiri dan kecerdasan berasaskan AI.

Pura 90s Pro Max memperkenalkan 200MP Ultra Large Sensor Telephoto Camera dengan sensor RYYB 1/1.28 inci, 4x zum optikal, OIS dan keupayaan video HEX Telephoto 20x – membolehkan pengguna merakam detik dari jauh, sama ada di konsert atau acara sukan. Ia dilengkapi kamera Ultra Lighting HDR, manakala Pura 90s Pro hadir dengan Ultra Lighting Macro Telephoto Camera (jarak fokus minimum 5cm) serta Ultra Lighting Main Camera untuk rakaman terperinci jarak dekat.

Inovasi AI dalam Fotografi

Selain perkakasan, siri ini diperkaya dengan perisian pintar seperti AI Composition untuk panduan bingkai, AI De-Glare bagi menghapus pantulan kaca, AI Move dan AI Remove untuk suntingan mudah dalam galeri, serta AI Best Expression yang menghasilkan ekspresi terbaik bagi potret dan gambar berkumpulan. Kamera True-to-Colour generasi kedua pula memastikan warna lebih semula jadi dalam pelbagai pencahayaan.



Pengalaman Kesambungan dan EMUI 16

Direka untuk prestasi rangkaian yang konsisten, Pura 90s Series memastikan panggilan, pelayaran internet dan penciptaan kandungan berjalan lancar. Ia turut disokong sistem operasi EMUI 16 berasaskan Android 16, menawarkan pengalaman lebih fleksibel dan saling terhubung. Celia AI Assistant membantu tugasan harian melalui arahan suara, manakala AppGallery menyediakan akses selamat kepada aplikasi penting.


Rekaan, Warna dan Ketahanan

Pura 90s Pro Max hadir dalam warna Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold dan Graphite Black, dengan edisi Orange Ocean memperkenalkan rangka pertengahan dwi-ton pertama industri. Pura 90s Pro pula tampil dengan palet ceria seperti Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black dan Coconut White. Kedua-dua model dilengkapi bateri 6000mAh; Pro Max menyokong pengecasan pantas berwayar 100W, manakala Pro menyokong 66W. Kaca Kunlun Anti-Reflection menambah ketahanan serta mengurangkan silau skrin.


Tawaran Pra-tempahan

Siri HUAWEI Pura 90s boleh dipra-tempah bermula RM3,699 selepas rebat di semua HUAWEI Experience Store, laman rasmi Huawei, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076 termasuk baucar terhad RM400, hadiah misteri bernilai RM999 serta pakej Premium Service bernilai RM1,677 (perlindungan kerosakan tidak sengaja, penggantian bateri percuma, waranti APAC & MEA, pelindung skrin percuma dan servis VIP).


HUAWEI FreeClip 2 S & MatePad Air

HUAWEI FreeClip 2 S menampilkan rekaan Luminous Aesthetics dengan kemasan logam dalam warna Deepsea Blue dan Space Silver, bersama bekas pengecas bergaya dan reka bentuk open-ear untuk keselesaan sepanjang hari. Dijual pada harga RM899 dengan hadiah percuma bernilai RM318.

Sementara itu, HUAWEI MatePad Air direka untuk produktiviti dengan profil nipis 5.3mm dan paparan Ultra-clear OLED PaperMatte, menawarkan visual jelas serta alat produktiviti setaraf PC. Ia membantu pengguna bekerja lebih cekap, menghasilkan kandungan dan mengekalkan aliran kreatif dalam bentuk ringan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HUAWEI Pura 90s, HUAWEI FreeClip 2 S dan HUAWEI MatePad Air, layari laman rasmi HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook atau Instagram.


Comments

Popular posts from this blog

MENANG BESAR DENGAN PERADUAN #PERFECTTOGETHER2020

URUHIME MOMOKO: REVOLUSI SUPLEMEN KECANTIKAN TERUNGGUL JEPUN

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA