NESPRESSO MALAYSIA MEMPERKENALKAN VERTUO UP, MEMBAWAKAN DIMENSI PENGALAMAN KOPI YANG LEBIH LUAS KE KEDIAMAN ANDA


Nespresso baru-baru ini memperkenalkan mesin Vertuo Up serba baharu, tumpuan utama kempen global Vertuo World Nespresso, yang direka khusus bagi membuka dimensi pengalaman kopi yang lebih luas dengan hanya menekan satu butang.

Bagi meraikan pelancaran tersebut, Nespresso Malaysia menganjurkan jerayawara imersif Vertuo World di The Exchange TRX, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta kopi untuk merasai sendiri pengalaman yang luar biasa ini. Para tetamu dibawa mengembara melalui tiga zon pengalaman unik — Morning World, Cloud World, dan Pool World. Di situ, mereka berpeluang menikmati kopi, menyaksikan demonstrasi resipi secara langsung, serta mencuba sendiri mesin Vertuo Up yang menyediakan hidangan kopi panas dan sejuk. Selain itu, para tetamu juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik sekiranya mereka berjaya menyempurnakan aktiviti kad kembara yang disediakan.


Pengendalian mudah dengan hanya satu butang

Mesin Vertuo Up membawakan keupayaan penuh sistem Vertuo terus ke kediaman anda, dan sedia membancuh kopi dalam masa tiga saat sahaja selepas dihidupkan. Sambungan pintar menerusi aplikasi Nespresso Smart App memberikan kawalan penuh kepada pemilik untuk menetapkan saiz cawan serta suhu, menerima notis penyelenggaraan secara masa nyata, serta mengakses pelbagai resipi melalui satu platform yang mudah.

Mesin ini menggunakan Teknologi Centrifusion™, iaitu sistem pembancuhan berinovatif yang memutarkan setiap kapsul kopi pada kelajuan tinggi sambil diseduh dengan air panas bagi menghasilkan secawan kopi yang enak bersama lapisan buih halus yang sinonim dengan Nespresso. Selain itu, Vertuo Up turut memperkenalkan orientasi kapsul menegak baharu yang menjadikan mesin ini lebih ramping, di samping menampilkan reka bentuk tuas terkini bagi membolehkan ia dibuka dan ditutup dengan lebih mudah. Vertuo Up juga diperbuat daripada lebih 70% plastik kitar semula.


Mod Coffee Creations: untuk kopi susu dan kopi ais

Mod Coffee Creations menjadi tumpuan utama dalam pengalaman Vertuo Up, kerana ia menyediakan ekstrak kopi yang pekat sesuai untuk penyediaan kopi susu asli, kopi susu berasaskan tumbuhan dan kopi ais. Bancuhan kopi yang ‘kaw’ memastikan rasa kopi kekal padu apabila dicampurkan dengan susu atau ais, sesuai untuk penyediaan kopi susu dan kopi ais yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Mesin ini boleh dipadankan dengan lebih 30 pilihan kopi Vertuo yang merangkumi enam saiz cawan, daripada 25ml ristretto hinggalah kepada 535ml carafe.

Nespresso terus berkembang seiring dengan cita rasa dan mood pencinta kopi. Mahukan kopi sejuk berais untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca panas di Malaysia? Mengapa tidak. Inginkan kopi susu asli, kopi susu berasaskan tumbuhan, resipi klasik atau ciptaan sendiri? Semuanya boleh disediakan. Vertuo Up sentiasa bersedia untuk membawakan dimensi pengalaman kopi yang lebih luas ke kediaman anda!


Kerjasama Nespresso x Blue Bottle Coffee: NOLA Style Blend

Turut dilancarkan bersama Vertuo Up di pasaran Malaysia ialah Nespresso x Blue Bottle Coffee NOLA Style Blend. Kerjasama istimewa ini membawakan tradisi kopi cold-brew dari New Orleans ke dalam sistem kapsul Vertuo, menandakan kemunculan pertama NOLA Style Blend ke kediaman di Malaysia melalui platform Vertuo.

Menggabungkan biji kopi Arabika dari Brazil dengan sentuhan premium Robusta dari Mexico, adunan ini menampilkan aroma bijirin dan karamel yang memikat. Profil unik ini diserlahkan lagi dengan rasa cikori apabila dicampur dengan susu, terutamanya susu oat. Kapsul Double Espresso ini mempunyai profil kafein yang tinggi dan ideal untuk dinikmati sebagai kopi ais.

Pengurus Perniagaan Nespresso Malaysia, Cyndi Chin

Kerjasama eksklusif ini turut memperkenalkan Nomad Tumbler Blue Bottle Coffee Edition, bekas minuman yang direka khas untuk membawa kopi ais ke mana sahaja anda pergi.Pengurus Perniagaan Nespresso Malaysia, Cyndi Chin berkata "Vertuo Up direka khas untuk memenuhi gaya hidup pencinta kopi moden, ia boleh menjimatkan masa di waktu pagi, cukup versatil untuk menyediakan kopi ais di waktu tengah hari, dan boleh berkembang mengikut perubahan cita rasa anda dari semasa ke semasa. Pelancaran Vertuo Up dan kerjasama dengan NOLA Style Blend membawakan sesuatu yang benar-benar baharu buat rakyat Malaysia, budaya kopi yang memenuhi rasa ingin tahu, berinovatif, dan mampu membawakan dimensi pengalaman kopi yang lebih luas.”

Mesin Vertuo Up kini boleh didapati di semua butik Nespresso di seluruh Malaysia dan secara dalam talian di nespresso.com/my. Para pencinta kopi juga dijemput untuk merasai sendiri keunikan Vertuo World di Main Concourse, The Exchange TRX, bermula dari 13 hingga 19 Julai 2026. Jerayawara imersif ini menampilkan seluruh rangkaian Vertuo Up, kerjasama eksklusif Nespresso x Blue Bottle Coffee NOLA Style Blend, serta koleksi aksesori terpilih menerusi tiga zon pengalaman unik. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, anda masih boleh meneroka koleksi penuh ini di mana-mana butik Nespresso berhampiran di seluruh negara atau layari nespresso.com/my, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nespresso.com/my, atau ikuti laman media sosial rasmi kami di Instagram @nespresso, dan Facebook @Nespresso.my. Talian Khidmat Pelanggan bebas tol kami di 1800 80 7001 juga beroperasi setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

Comments

Popular posts from this blog

MENANG BESAR DENGAN PERADUAN #PERFECTTOGETHER2020

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA