JADI BATEK DAN BOKITTA LANCAR “THE ART SERIES”- HIJAB BATIK LUKISAN TANGAN SEMPENA MERDEKA 2026
Sambutan Hari Merdeka tahun ini tampil lebih elegan apabila dua gergasi fesyen tempatan dan antarabangsa menyatukan kraf warisan serta kepraktisan moden. Gedung fesyen batik terkemuka negara, Jadi Batek, bergandingan dengan pelopor fesyen sopan, Bokitta, bagi memperkenalkan The Art Series—koleksi istimewa enam rekaan hijab tanpa pin yang menterjemahkan estetika batik lukisan tangan ke atas siluet gaya hidup masa kini.
Majlis pelancaran eksklusif "Beyond the Scarf: Motifs in Motion" yang berlangsung meriah di Galeri Jadi Batek, Kuala Lumpur, menyaksikan kehadiran rakan media, pempengaruh gaya hidup serta selebriti tempatan yang tampil memukau menggayakan koleksi baharu ini. Pengalaman fesyen tersebut turut disemarakkan dengan bengkel melukis batik secara interaktif, di mana para tetamu merasai sendiri kehalusan seni canting tradisional bersama artisan berpengalaman.
Sentuhan Flora Warisan Khas Buat Wanita Moden
The Art Series mengangkat keindahan alam semula jadi, corak botani, dan keanggunan wanita menerusi motif cetakan yang sofistikated. Bermula daripada sentuhan asas artisan Jadi Batek yang melakar serta mencanting lilin secara manual, cetakan batik fizikal tersebut kemudiannya didigitalkan dan diolah semula oleh pereka Bokitta.
Kerjasama ini menghasilkan tekstur tulen dan variasi warna organik pada fabrik, kekal mengekalkan jiwa batik asli tanpa mengorbankan ciri khas hijab pinless Bokitta yang praktikal.
Setiap satu daripada enam corak khas ini—Valentina, Verde, Bellina, Solea, Rosewater, dan Azura—membawa karakter serta mood yang tersendiri.
Dari Canting ke Pentas Fesyen: Proses 6 Langkah Artisan
Berbeza dengan corak cetakan digital biasa, keunikan The Art Series terletak pada ketelitian proses pembuatannya:
- Melakar (Sketching): Kanvas polos dilakar dengan corak botani terperinci.
- Mencanting (Waxing): Garisan lilin diukir halus menggunakan canting tradisional.
- Mewarna (Colouring): Rona warna mewah dioles secara berlapis untuk memberi dimensi.
- Mematikan Warna (Fixing): Warna dikunci bagi mengekalkan ketahanan dan keamatan ton.
- Menanggalkan Lilin (Wax Removal): Kain direbus bagi menampilkan corak garisan yang bersih.
- Mencuci & Mengeringkan (Wash & Dry): Sentuhan akhir untuk menyempurnakan kelembutan fabrik.
Keistimewaan Khas Merdeka
Setiap pembelian hijab daripada The Art Series disertakan Baucar Eksklusif Jadi Batek 20% (dengan perbelanjaan minimum RM50) yang sah sehingga 31 Oktober 2026. Baucar ini boleh digunakan untuk menyertai kelas melukis batik atau memiliki barangan batik asli di galeri fizikal mahupun secara dalam talian di www.jadibatek.com.
Koleksi terhad ini kini boleh didapati secara rasmi menerusi platform dalam talian dan pengedar sah Bokitta, termasuk di Bokitta Modern yang terletak di Galeri Jadi Batek.
Lokasi:
Galeri Jadi Batek: No. 30, Jalan Inai, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur (Hanya 6 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX))
Laman Web:

Comments
Post a Comment