BILA CRUSH LAMA KEMBALI, CINTA DAN PERSAINGAN BERTEMBUNG DALAM PICKLE RIVAL
Bermula sebagai pemain daripada pasukan lawan, siapa sangka gelanggang pickleball menjadi titik pertemuan kepada perasaan yang sekian lama terpendam? Pickle Rival, drama bersiri mikro arahan Faliq Sharif dan dibawakan khas AIA PUBLIC Takaful Bhd., mengisahkan perjalanan dua atlet yang perlu mengimbangi persaingan, impian dan perasaan ketika memburu kemenangan.
Dibintangi Imran Aqil, Trisha Ooi, Yusuf Bahrin, Puteri Khareeza dan Firdaus Ghufran, Pickle Rival diperkenalkan menerusi sidang media eksklusif yang berlangsung di Ruang Disebalik Tabir, Balai Berita Bangsar, hari ini.
Sidang media tersebut turut menyaksikan pelancaran kempen Selangkah Berkat, satu inisiatif oleh Media Prima Berhad dan AIA PUBLIC Takaful, sebagai simbol usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di samping menyemarakkan semangat kebersamaan serta mencipta impak positif kepada komuniti.
Menerusi kempen ini, orang ramai boleh menyumbang langkah harian mereka ke arah sasaran kolektif sebanyak 100 juta langkah, yang kemudiannya akan diterjemahkan kepada sumbangan kasut sekolah bagi murid-murid yang memerlukan di seluruh Semenanjung Malaysia. Orang ramai boleh menyertai kempen Selangkah Berkat melalui www.SelangkahBerkat.com dari 23 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026.
Selari dengan semangat kesukanan yang diketengahkan dalam Pickle Rival serta komitmen AIA PUBLIC Takaful untuk membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, inisiatif ini mencerminkan bagaimana setiap langkah kecil mampu membawa manfaat dan perubahan yang bermakna apabila dilakukan secara bersama.
Kisah Pickle Rival bermula apabila perseteruan antara Irfan (Yusuf Bahrin) dan Ruwaida (Puteri Khareeza), dua atlet badminton legenda, kembali menjadi perhatian sehingga mencetuskan sebuah rancangan realiti yang menemukan mereka sebagai jurulatih kepada pemain pilihan masing-masing.
Irfan memilih Imelda (Trisha Ooi), pemain berbakat yang mula berputus asa dengan sukan, manakala Ruwaida memilih Naim (Imran Aqil), yang mengejar populariti demi mendapatkan dana tambahan untuk membantu keluarganya.
Bersaing dalam pasukan lawan, Naim dan Imelda pada mulanya sering bercakaran sebelum hubungan mereka semakin rapat dan masing-masing mula berkongsi rahsia. Namun, dengan pelbagai drama yang berlaku, mampukah mereka mengetepikan perbezaan dan mengharungi cabaran yang menanti di dalam dan di luar gelanggang?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Pickle Rival menerusi TikTok Drama Sangat, setiap hari pada jam 12.00 tengah hari, bermula 25 Oktober 2026, atau strim drama ini menerusi Tonton. Ikuti perjalanan Naim dan Imelda dalam mengejar impian serta menghadapi cabaran apabila perasaan mula menguji hubungan mereka.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment