SAKSIKAN MUFTI MENK SECARA LANGSUNG DI TONTON


Platform penstriman digital, Tonton, bakal membawakan perkongsian khas daripada tokoh ilmuwan Islam terkenal di peringkat antarabangsa, Mufti Menk, menerusi program bertajuk “None of This Life Is Wasted: The Qur'an's Response to Hurting Hearts” yang akan disiarkan secara langsung di Tonton pada 1 November 2026, Ahad, jam 12.00 tengah hari.

Membawakan mesej yang dekat dengan kehidupan seharian, program ini mengajak penonton melihat kembali pengalaman hidup, termasuk saat berdepan kesedihan, kekecewaan dan pelbagai ujian, menerusi perspektif serta panduan Al-Quran. Perkongsian ini membuka ruang untuk penonton mencari pengertian, kekuatan dan harapan dalam menghadapi cabaran kehidupan, di samping menghayati bagaimana ajaran Al-Quran dapat menjadi panduan ketika hati berdepan kesukaran.

Dikenali dengan pendekatan penyampaian yang santai dan mudah didekati, Mufti Menk merupakan seorang ilmuwan Islam dari Zimbabwe yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau turut dikenali menerusi siri ceramah yang menyampaikan mesej keagamaan dalam konteks kehidupan seharian, sekali gus menjadikan perkongsiannya dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi membolehkan penonton di seluruh dunia mengikuti perkongsian ini tanpa mengira lokasi, pas akses Pay-Per-View (PPV) ditawarkan pada harga RM70 dan boleh dibeli menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton. Lebih menarik, setiap pembelian pas PPV turut disertakan dengan langganan Tonton percuma selama sebulan khusus untuk penduduk Malaysia, selain akses tanpa iklan selama sebulan bagi aplikasi Waktu Solat Malaysia, aplikasi digital Islamik rasmi yang melengkapi tawaran ini.

Pas PPV boleh mula dibeli pada 26 Oktober 2026 menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi www.tonton.com.my. Meskipun tiket fizikal telah habis dijual, penonton masih berpeluang menyaksikan perkongsian Mufti Menk secara langsung menerusi Tonton, sambil menikmati manfaat tambahan bagi setiap pembelian pas.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian bermakna ini bersama Mufti Menk secara langsung di Tonton pada Ahad, 1 November 2026, jam 12.00 tengah hari. Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

Comments

Popular posts from this blog

WATSONS PLUS DIBUKA SEBAGAI KEDAI WATSONS TERBESAR DI MALAYSIA, MENANDAKAN PENCAPAIAN CAWANGAN KE-888 SERTA MERAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

ELLA BAKAL TUTUP TIRAI MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN MENERUSI “SIDANG PENUTUP”