YEO’S MENEROKA CITA RASA BAHARU MELALUI PELANCARAN TERIYAKI TUNA PERTAMA DI MALAYSIA


Yeo’s melancarkan Yeo’s Teriyaki Tuna dalam tin buat pertama kalinya di Malaysia menerusi “Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist”, yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik bertemakan budaya Jepun di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Dengan legasi kukuh dalam inovasi makanan dan minuman, Yeo’s terus memperkenalkan produk baharu yang selari dengan perubahan cita rasa pengguna di Asia. Daripada menjadi antara yang terawal memperkenalkan kari ayam dalam tin hinggalah memperluas rangkaian minuman dan sos Asia, Yeo’s terus melangkaui batas inovasi dan meneroka cara baharu untuk membawakan cita rasa yang dekat di hati pengguna.

Sejak berdekad yang lalu, Yeo’s terus komited memperluaskan rangkaian produknya selari dengan perubahan cita rasa pengguna serta meneroka inspirasi perisa baharu bagi memenuhi kehendak pasaran. Menerusi inovasi berterusan, Yeo’s kini membawakan cita rasa baharu dengan pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna. Menampilkan isi tuna yang lembut dipadankan dengan sos teriyaki yang menggabungkan rasa savuri dan manis, produk baharu ini membawakan perisa teriyaki berinspirasikan Jepun untuk melengkapkan rangkaian produk Yeo’s. Selain itu, Yeo’s turut memperkenalkan variasi baharu Yeo’s Chilli Spicy Tuna yang menawarkan cara yang unik dan menarik bagi pengguna menikmati makanan ruji yang mudah disediakan di rumah.

Tan Mei Yen, Pengurus Besar Negara Yeo’s (kiri) dan Lorraine Tan, Pengarah Pemasaran Kumpulan Bahagian Makanan Yeo's

“Yeo’s sentiasa didorong oleh semangat inovasi seiring dengan perubahan cita rasa serta gaya hidup pengguna, sambil berpegang teguh pada legasi kami. Daripada menjadi antara yang terawal di Malaysia memperkenalkan kari ayam dalam tin hinggalah menawarkan cita rasa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, kami terus meneroka inspirasi perisa baharu untuk menawarkan pilihan yang lebih segar dan relevan kepada pengguna. Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, kami memperkenalkan perisa baharu dan unik yang memberikan sentuhan moden kepada makanan ruji yang sudah biasa dinikmati, sekaligus membuka lebih banyak pilihan untuk keluarga dan generasi muda menikmati produk Yeo’s mengikut cita rasa semasa,” kata Tan Mei Yen, Pengurus Besar Yeo’s Malaysia.

Pengenalan produk tuna oleh Yeo’s turut mengambil kira tahap penerimaannya dalam kalangan pengguna di Malaysia. Menerusi kajian Pemakanan dan Nutrisi, tuna merupakan ikan laut keempat yang paling kerap dimakan dalam kalangan responden yang dikaji di Semenanjung Malaysia. Menurut laporan Jabatan Perikanan Malaysia, sebanyak 431,000 kg tuna bernilai RM7.76 juta telah dibawa masuk ke Pulau Pinang pada tahun 2024.


Jumlah ini mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tahun 2023, sekaligus mencerminkan permintaan yang kukuh terhadap tuna dalam landskap makanan laut tempatan. Justeru, inovasi terbaharu Yeo’s Teriyaki Tuna amat bertepatan dengan kecenderungan pengguna terhadap pemilihan makanan yang mudah, berkhasiat dan melengkapi pemakanan seimbang.

“Kami sedar bahawa rakyat Malaysia menggemari makanan yang mudah, versatil dan menyelerakan. Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, pengguna boleh menikmati kelazatan rasa savuri teriyaki dalam hidangan harian mereka, sama ada dinikmati begitu sahaja, dipadankan bersama nasi atau mi, mahupun digunakan untuk menghasilkan resipi tersendiri. Selain menawarkan perisa baharu, Yeo’s Teriyaki Tuna juga mempunyai kandungan protein yang tinggi serta merupakan sumber Omega-3, sekaligus menawarkan pilihan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi kepada pengguna. Kami juga amat teruja untuk memperkenalkan perisa baharu ini kepada rakyat Malaysia dan memberi mereka peluang untuk meneroka cara tersendiri dalam menikmatinya,” tambah Tan Mei Yen.


Pelancaran ini dimeriahkan dengan acara selama tiga hari bertemakan “Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist” yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang. Para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif menarik, termasuk menikmati Yeo’s Teriyaki Tuna menerusi hidangan istimewa, mengumpul setem di stesen-stesen yang ditetapkan, mengambil foto di stan foto bertemakan Jepun, menyertai permainan Gashapon dan menyaksikan pertandingan Cosplay. Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk produk Yeo’s, tambah nilai Touch ‘n Go, baucar onsen dan hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Jepun.


Bukan itu sahaja, kru gerila Yeo’s turut menggayakan kimono serta busana wafuku tradisional Jepun di sekitar kawasan Bukit Bintang. Aktivasi gerila yang diinspirasikan oleh keunikan Shibuya Crossing di Tokyo ini bertujuan mencipta kejutan bernuansa Jepun buat orang ramai di sekitar ibu kota.


Orang ramai juga boleh menyertai peraduan “Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan” yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November 2026. Pengguna yang membeli produk terpilih Yeo’s, termasuk Yeo’s Teriyaki Tuna atau Yeo’s Chilli Spicy Tuna, boleh merakam foto atau video kreatif yang menunjukkan cara mereka menikmati Yeo’s Tuna dan berkongsi hantaran tersebut di akaun Facebook, Instagram atau TikTok masing-masing dengan menandakan akaun rasmi Yeo’s. Seramai 12 pemenang bertuah akan dipilih menerusi peraduan ini. Variasi baharu Yeo’s Tuna kini boleh didapati di pasar raya terkemuka, termasuk Lotus’s, Village Grocer, Jaya Grocer, NSK Grocer, AEON dan Econsave.

Dengan kejayaan pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna, Yeo’s akan terus meneroka pendekatan baharu untuk menawarkan produk makanan yang segar dan bernutrisi kepada pengguna. Pelancaran ini turut mencerminkan komitmen berterusan Yeo’s terhadap inovasi serta perkembangan rangkaian perisa baharu yang dapat memenuhi cita rasa pengguna masa kini.


Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila ikuti Yeo’s Food Malaysia di Instagram @yeosfoodmy, TikTok @yeosfoodmy atau Facebook Yeo’s Food Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yeo’s, sila layari web rasmi di https://yeos.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!