MENU TAHUN BARU CINA @ CURVZ CAFE, SILKA CHERAS


Kepada penggemar masakan Cina, jangan lepaskan peluang untuk menikmati set hidangan masakan Cina yang halal di Curvz Cafe, Silka Cheras Kuala Lumpur.
Set menu ini dicipta khas untuk Tahun Baru Cina dan boleh didapati sekarang sehingga 22 Februari.

Terdapat dua set menu yang boleh dicuba dan kedua-duannya menampilkan sejenis hidangan “Yee Sang” sebagai hidangan utama. Yee Sang adalah hidangan yang lazimnya dihidangkan pada musim Tahun Baru Cina sahaja dan ia membawakan pelbagai makna simbolik tuah dan kerahmatan pada masyarakat Cina. Yee Sang dengan ikan Salmon. Curvz Cafe turut menawarkan Yee Sang secara ala carte dengan harga RM88 (dengan Salmon) atau RM68 (vegetarian) 

Sup ayam dan hidupan laut – sup yang lazat, direbus dua kali (double boiled). Rempah-ratus Cina yang penuh aroma ditambah lagi dengan daging ayam yang empuk dan makanan laut seperti sea cucumber, scallop dan ketam.


 Ayam ala-Thai – ayam goreng yang rangup disirami sos ala-Thai yang pastinya menaikkan selera makan dengan pelbagai perisa – manis, masin dan masam. Sungguh menyelerakan!


Nasi Goreng Silka – Masakan yang “simple” tetapi sedap! Nasi yang harum ditambah dengan hirisan udang yang tidak kedekut dan asparagus yang rangup.


Tiram dengan Rumpai Laut dan Sayur Lettuce. Hidangan yang membawa tuah menurut masyarakat Cina. Rumpai laut atau “Fatt Choi” membawa maksud tuah atau kekayaan.


Ikan Bawal Stim dengan Sos Superior. Daging ikan yang segar, empuk dan manis distim dengan sempurna.


Pencuci mulut yang menyegarkan – aiskrim dengan sagu dan santan.


Pancake Cina – pastri yang rangup dan berintikan serikaya pandan.


Dua pilihan set menu untuk 8 orang berharga RM688 dan RM788.


Tempat: Curvz Cafe, Silka Cheras Kuala Lumpur, KM10 Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur (bersebelahan dengan Pusat membeli-belah Cheras Sentral) Waktu Perniagaan: 12:00 tengahari – 9:00malam

Untuk tempahan, sila hubungi Ms. Samme Pan di 016-2011558
Facebook: silkacheraskualalumpur
Laman web: www.silkahotels.com/cheras

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA