KONSERT MASYHUR 30 TAHUN NORANIZA IDRIS


Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun bakal bersiaran di TV1 pada hari Ahad 10 April Jam 9.30 malam mengimbau perjalanan awal kerjaya seni beliau serta jatuh bangunnya dalam memartabatkan serta memperjuangkan irama Etnik Kreatif Tradisional sehingga dia diangkat serta diiktiraf sebagai Ratu Etnik Kreatif atau Ratu Irama Tradisional.

Masih lagi tidak putus semangat dalam usahanya mengangkat Irama Tradisional ke peringkat yang lebih tinggi serta meneruskan kelangsungan seni warisan budaya seni agar ia dapat dihargai golongan generasi muda serta dapat dijadikan sebagai paksi jati diri mereka, Noraniza Idris berasakan beliau masih perlu berkarya dan memberikan sumbangannya yang tersendiri di dalam industri muzik tanah air ini.


Sebagai seorang penghibur sejati yang mementingkan sebuah persembahan berkualiti serta mempunyai nilai estetika yang tinggi, Noraniza Idris pasti akan memberikan sesuatu kejutan baru dalam setiap persembahannya.


Tidak terkecuali Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun ini yang dibahagi segmen iaitu – Evolusi Pertama Kali, Pribumi, Anugerah & Cak Kun Cak.


Dalam konsert ini juga, Noraniza Idris bukan sahaja akan membawa khalayak penonton mengimbau semula perjalanan selama 30 tahun di dalam industri muzik tanah air menerusi lagu-lagu yang menjadi titik-tolak di awal permulaan kerjaya seninya, tetapi juga dia akan turut memperkenalkan beberapa lagu barunya yang dihasilkan bersama dua penyanyi yang juga komposer baru muda berbakat iaitu Ihab Ismail dan L’zzay.


Ia suatu persembahan yang wajib untuk ditonton kerana persembahan ini membuktikan keterbukaan Noraniza Idris untuk mengadaptasi budaya semasa yang menjadi kegilaan anak-anak muda di dalam persembahan muzik etniknya. 


Penyanyi baru Ushera juga berpeluang untuk menunjukkan bakatnya dengan sebuah lagu berentak mambo.


KASIHNYA IBU -Irama melayu berentak asli nyanyian Arwahyarham Dato’ Sharifah Aini, sebuah lagu penuh nostalgia turut didendangkan dengan berlatarbelakangkan gambar-gambar lama koleksi Noraniza Idris.


Tiada jarak anda penghibur dengan peminat-peminat. Kerinduan para peminat Noraniza Idris pasti terubat apabila menonton persembahannya yang penuh nostalgik.


Noraniza walaupun jarang-jarang aktif sebagai penyanyi namun dia masih akan melibatkan diri dalam kerja dibelakang tabir dan melatih bakat-bakat baharu berpotensi untuk terus memartabatkan seni muzik tradisional dan etnik kreatif. 


Konsert diteruskan dengan penampilan beberapa lagu etnik peribumi yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia serta beberapa lagu-lagu etnik hits popularnya yang diminati ramai serta sering dibawakan pelbagai kumpulan kebudayaan di serata Malaysia.





Menariknya, Noraniza turut mengundang 8 orang penari Artis Budaya Noraniza Idris yang pernah berkhidmat dengannya sepanjang penglibatan dalam Anugerah Juara Lagu bermula daripada tahun 1997 sehingga 2005.


Seramai 126 orang penari mengiringi persembahan Noraniza yang penuh warna-warni.


Antara lagu yang disampaikan adalah Warisan Kita, Puncak Gapura, Enjut, Anak Tani, Mengemis Rindu, Hati Kama, Dikir Puteri,Dondang Dendang dan Awallah Dondang.


Untuk encore konsert persembahannya pula, Noraniza Idris akan membawakan lagu masterpiecenya, Hatinya Tak Tahan yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua.


Konsert akhiri dengan acara memotong pulut kuning sempeana meraikan ulang tahun 30 tahun kerjaya seni Noraniza Idris dan juga ulang tahun ke-70 Radio Televisyen Malaysia.


Diterbitkan Unit Hiburan TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun ini akan disiarkan pada 10 April 2016 menerusi saluran TV1, bermula jam 9.30 malam.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI