FATTAH AMIN LANCAR HARUMAN VERSACE DYLAN BLUE


Haruman yang menyerlahkan kelelakian VERSACE Dylan Blue EDT dilancarkan dengan eksklusif di KL SOGO di dalam sebuah acara yang meriah dan dihadiri oleh pelakon popular oleh Fattah Amin, serta para VIPs dan peminat-peminat.


Fattah Amin merupakan epitome lelaki VERSACE Dylan Blue yang penuh karakter, kuat dan berkarisma.


Acara pelancaran disempurnakan dengan semburan VERSACE Dylan Blue beramai-ramai oleh En. Vinod Dadlani (CEO & Presiden kepada Kumpulan Syarikat Prestige), Puan Esmeralda Abe (Pengurus Besar Serantau Kumpulan Syarikat Prestige), Ms. Amanda Ng (Mengurs Jenama Prestige Products (M) Sdn Bhd), Jackie Lee (Pengurus Kanan Beauty Arcade of KL SOGO), Haniff Hamzah & Fattah Amin.


Versace Dylan Blue adalah sejenis haruman fougère yang bermakna paku-pakis dalam Bahasa Perancis. Ia mengandungi campuran citrus, bergamot dan grapefruit yang digabungkan dengan haruman modern daun fig untuk memberikannya kesegaran Mediterranean.



Kekuatan citrus diimbangkan dengan nota akuatik. Daun violet dan lada hitam memberikan dimensi yang lebih maskulin. Pati haruman ini terbentuk daripada patchouli organik dan ditambahkan dengan nota woody yang sofistikated dari ambrox dan papyrus.

Kehangatan ditingkatkan dengan kacang tonka, saffron dan pyrogéné. Akhirnya, musk kualiti baru memberikan daya penarik yang padu kepada haruman ini.



Botol Dylan Blue ini menampilkan unsur-unsur laut Mediterranean dan budaya di persekitarannya, moden, segar dan sensual serta tidak ketinggalan symbol ikonik Versace iaitu Medusa dalam perincian emas yang menawan.


Majlis diteruskan di Dataran SOGO oleh Haniff Hamzah di mana pengunjung-pengunjung KL Sogo berpeluang untuk memenangi hadiah botol mini VERSACE dalam acara cabaran aktif yang disediakan. 


DYLAN BLUE BY VERSACE
Rangkaian Haruman Maskulin Baru:
Eau de Toilette Nat. Spray 30ml RM205
Eau de Toilette Nat. Spray 50ml RM279
Eau de Toilette Nat. Spray 100ml RM369
Deodorant Stick 75ml RM150


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO