BUFET RAMADAN: RAJAWALI COFFEE HOUSE


Tibanya bulan puasa, pastinya hotel-hotel dan restoran-restoran akan menawarkan pelbagai sajian bufet Ramadan untuk berbuka puasa. Nak pilih yang mana satu?

Apa kata tahun ini anda cuba berbuka puasa di Rajawali Coffee House di Awana Hotel. Bukan sahaja sajian bufet yang lazat (Ya! Kami dah cuba! Memang best!), anda juga dapat menenangkan fikiran seketika dari hiruk-pikuk kota dengan suasana dingin dan indah di Awana Hotel, yang terletak di 3,100kaki di atas paras laut.



Promosi buffet Ramadan bermula 27 Mei sehingga 24 Jun 2017 dan bukan sahaja menyajikan masakan tradisional Melayu tetapi juga masakan antarabangsa seperti Australian Roast Lamb.


Selain daripada kambing bakar, pelbagai makanan laut bakar dan ayam percik turut menjadi pilihan kami.

Pasti ada yang rambang mata seketika dengan ratusan pilihan makanan yang disediakan. Kami syorkan anda mulakan dengan Nasi Briyani yang harum dan enak.



Kaya dengan rempah-ratus, Nasi Briyani cukup menyelerakan apabila dipadankan dengan kari, kurma dan pelbagai gulai yang pasti membuatkan anda terliur melihatnya.


Tepuk dada tanya selera! Sebagai pembuka selera, anda juga boleh menikmati ulam-ulaman, rojak, kerabu, salad, pasembor dan bermacam lagi. Bagi rakan-rakan yang hanya makan sayur atau vegetarian, anda tidak perlu risau kerana tersapat satu seksyen yang khas untuk anda! Bukan saja sihat tapi ia sungguh menyelerakan.

Masakan tradisional Melayu menjadi pilihan utama di Rajawali Coffee House seperti gulai lemak daging.


Hidangan “must-have” dari negeri Pahang Darul Makmur – Ikan Patin Masak Tempoyak pastinya hebat apabila dimakan dengan nasi panas.


Pedas-pedas dan rangup! Ikan keli masak sambal memang “best” dimakan panas-panas terutama pada suasana yang nyaman di Awana, Genting Highlands.


Hidangan kegemaran dari Pulau Mutiara, Sotong Kangkung yang segar. Antara hidangan dari Pulau Pinang termasuklah like Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Masala Kambing, Prathal Ayam an sebagainya.


Kepada yang tak suka makan nasi, anda ada alternatif lain seperti Mee Kari Ipoh. Turut terdapat berdekatan adalah Laksa Johor, Laksam Kuala Kedah, Mee Bandung, Mee Jawa, dan Mee Rebus.


Kepada penggemar sup, jangan lupa mencuba Sup Citarasa Awana. Anda boleh memilih sendiri bahagian daging yang anda gemari ke dalam sup anda. Sup-sup lain yang turut dihidangkan adalah sup cendawan dan Tom Yam Sedap sungguh sup daging ini apabila dicicah dengan roti Benggali!


 Krup krup krap! Makanan laut goreng yang rangup sesuai dimakan dengan nasi atau mee. Pilih yang mana anda suka – ikan, ketam, udang, sotong dan bebola ikan. Tambahkan selera anda dengan sambal cicah yang terbaik seperti Sambal Celup, Sambal Belacan, Budu, Cincaluk dan Sambal Tempoyak.


Tidak lengkap rasanya kalau majlis di Malaysia kalau tidak disajikan sate. Daging atau ayam?


Tinggalkan ruang perut untuk pemanis mulut! Selain daripada buah-buahan Tropika segar, anda akan disajikan dengan pelbagai juadah pemanis mulut seperti bubur kacang, bubur cha cha, cendol, ABC dan aneka kuih-muih tradisional Melayu.

Nak kuih apa? Kuih lapis, kuih pandan, kuih talam, kuih lompang, ondeh-ondeh, cara manis, bingka, seri muka, kuih bakar, kuih lopes, lepat pisang, puteri mandi, pulut udang, kuih gula hangus, lompat tikam, badak berendam, sagu merah, kastard jagung, ketayap, kacang hijau, tepung pelita….semua ada!


Kuih-muih yang dihidangkan adalah buatan sendiri oleh chef-chef Rajawali Coffee House dan bukannya dibeli dari kilang. Jadi rasa kuih-muih tersebut pasti lebih sedap dan mengingatkan anda kepada kampung halaman.

Sebagai kesimpulannya, Rajawali Coffee House adalah satu pilihan yang terbaik untuk berbuka puasa. Pilihan makanan yang beraneka jenis amatlah berbaloi.

Ruang makan yang luas membolehkan anda menikmati hidangan berbuka puasa anda dengan tenang dan nyaman.

Jom! Waktu Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House, Awana Hotel adalah dari jam 6petang sehingga 9.30malam, berharga RM100 nett untuk dewasa dan RM50 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas, 60 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut, sila lhubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO