BISA “DREAM THEATER” MENYENGAT DI PLENARY HALL


Lebih 2,500 peminat kumpulan progresif rock menyaksikan persembahan berbisa daripada kumpulan Dream Theater yang dibarisi James La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram).

Kumpulan rock gergasi ini cukup terkenal dengan ketelitian mereka dalam penghasilan muzik. Malah, setiap anggota Dream Theater sudah diiktiraf sebagai antara pemuzik terbaik dunia.

Konsert yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada jam 8.30 malam itu adalah sebahagian daripada Image, Words & Beyond 25th Anniversary Tour yang bermula di Rom, Itali pada 30 Januari lalu.


Para peminat Dream Theater pasti terhibur dengan persembahan kira-kira tiga jam dengan jumlah 17 lagu termasuk “Dark Eternal Night”, “Hell’s Kitchen”, “As I Am”, dan banyak lagi.

Antara sorotan utama konsert tersebut adalah persembahan lagu yang memakan masa 23 minut iaitu “A Change of Seasons”, sebuah kompilasi tujuh lagu untuk encore. 

Jom usha gambar-gambar yang sempat dirakamkan di konsert tersebut!










Konsert ini telah dipersembahkan oleh IME Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert hebat akan datang, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!