MR.BIG TAWAN HATI 2,000 PEMINAT DI KUALA LUMPUR



Dipersembahkan oleh Plan 7 Production, konsert gergasi rock unggul Amerika Syarikat, Mr. Big menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu.

Konsert Mr. Big Live In Malaysia tersebut adalah sebagai tanda menyokong album terbaru mereka yang berjudul “Defying Gravity”, dimana ia telah dirakam sepenuhnya hanya enam hari.

Para peminat telah disajikan dengan lagu-lagu hits lama dan baru dalam malam yang penuh nostalgia.

Diasaskan pada tahun 1988, Mr. Big telah meninggalkan kesan dalam sejarah muzik. Konsert ini merupakan konsert kedua Mr. Big di Malaysia di mana mereka pernah menggegarkan Stadium Merdeka kira-kira dua dekad lalu, pada tahun 1994.

Di awal persembahan konsert yang berlangsung kira-kira dua jam tersebut, vokalis Eric Martin menjerit, “It’s been a long time but we didn’t forget about you Malaysia!” Malaysia juga tidak melupakan mereka, berdasarkan sorakan dan tepukan yang diterima! Mr. Big kini membariskan vokalis Eric Martin, pemain gitar bass Billy Sheehan, pemain gitar utama Paul Gilbert dan pemain dram Pat Torpey.

Antara lagu-lagu yang ditunggu-tunggu peminat Mr. Big adallah “Wild World” dan “To Be With You” yang ternyata hebat untuk “sing-along”.

Persembahan mereka tidak mengecewakan dan bertenaga dari mula sehingga ke akhir konsert. Persembahan Mr. Big Live in Malaysia mencapai kemuncak dengan dendangan lagu baru “Defying Gravity”.











Setlist Mr.Big:
1. Daddy, Brother, Lover, Little Boy
2. American Beauty
3. Undertow
4. Alive and Kickin’
5. Temperamental
6. Just Take My Heart
7. Take Cover
8. Green-Tinted Sixties Mind
9. Everybody Needs a Little Trouble
10. Price You Gotta Pay
11. Paul Gilbert Guitar Solo
12. Open Your Eyes
13. Forever & Back
14. Wild World
15. Damn I’m in Love Again
16. Promise Her the Moon
17. Rock & Roll Over
18. Around the World
19. Billy Sheehan Bass Solo
20. Addicted to That Rush
21. To Be With You
22. Colorado Bulldog
23. 1992
24. We’re American Band (Grand Funk Railroad cover)
25. Defying Gravity

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM