IZREEN - DUTA BARU MAGIKA ARGAN CLEANSING FLAKE


Pelakon popular, Izreen Azminda telah dilantik sebagai duta produk kecantikan Magika Argan Cleansing Flakes (MACF) baru-baru ini. Dalam sebuah majlis “soft launch” yang dianjurkan di Taman Melawati, kontrak di antara Izreen dengan pengasas Magika, Azura Baharudin telah dimeterai di mana Izreen akan bersama Magika untuk enam bulan pertama ini untuk mempromosikan produk kecantikan tersebut.

Selain daripada membuat penampilan di program-program Magika, Izreen juga bakal mempromosi MACF melalui media sosialnya setiap minggu.


Magika Argan Cleansing Flakes (MACF) ialah pencuci makeup berbentuk kertas pertama di Malaysia. Ia diperbuat menggunakan ramuan kecantikan semulajadi seperti minyak argan, madu, lemon, lidah buaya, rose essential, bunga arnica dan witch hazel. MACF berfungsi untuk mencuci makeup dalam masa 20 saat. Ia juga berfungsi sebagai pencuci muka kerana mengandungi pelbagai kebaikan untuk mencantikkan kulit.


Cara penggunaan Magika Argan Cleansing Flakes (MACF) adalah amat mudah, di mana ia berbentuk sekeping kertas dan akan membuih apabila dititikkan air ke atasnya. Ia sesuai untuk digunakan untuk membersihkan muka sebelum solat dan mudah dibawa ke mana-mana.


Perlantikan Izreen sebagai duta produk adalah selaras dengan misi optimis syarikat Magika. Menurut pengasas MACF, Azura Baharudin, dia meilhat potensi Izreen yang boleh bekerjasama dengan syarikatnya bagi mempromosikan produk unik ini.

“Dari segi penampilan dan percakapan saya yakin Izreen sangat sesuai. Selain dari ingin berkongsi rezeki saya lebih memandang Izreen dari sudut positif yang lebih fokus kepada perniagaan dan pengaruh sosial media Izreen. Saya jugi a mengambil kira setiap kontroversi yang bakal sama-sama melonjakkan nama Magika di mata orang ramai. Izreen tiada masalah disiplin kerja dan sangat mudah dibawa berbincang. Jadi saya memilih Izreen dan anggap segala kontroversi sebagai qada dan qadar serta berfikiran bukan kerja kita menghukum manusia maka saya ambil pendekatan hanya utk perniagaan dan hanya mahu berkongsi rezeki,” katanya.


Bercerita tentang latar belakang pemiagannya, empat tahun lalau, Azura hanya berniaga di rumah. “Kini saya dah ada dua unit pejabat. dari hanya berniaga sendiri bersama suami kini saya dah ada lima orang pekerja. Dari hanya mempunyai enam orang agen dan stokis kini lebih 100 orang agen dan stokis. Saya bermula dari zero sama ada pengalaman atau kewangan tapi Alhamdulillah saya nekad nak berjaya dalam dunia perniagaan jadi saya buat tanpa toleh kiri kanan dah. Buat sampai jadi,” katanya.


Untuk 2018, MACF meletakkan target bagi memastikan produk terjual lebih 50000 unit dengan bantuan pemasaran terutama apabila mereka sudah pun mempuanyai duta produk selain menyasarkan lebih 500 agen dan stokis pada akhir tahun ini.

“Kami akan membuat promosi besar besaran bagi memberi peluang pengguna memiliki produk terbaik dar kami pada harga terendah serta mampu dimiliki semua golongan. Nantikan promosi hari raya yang akan kami lancarkan di pertengah bulan puasa nanti,” jelasnya.


Harga Magika Argan Cleansing Flakes (MACF) adalah RM59.90 (100 helai).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Magika HQ di 0169400252 atau layari www.Magikahq.com untuk dapatkan senarai agen dan stokis terdekat dengan anda.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING