PRIMAVALET BUKA CAWANGAN KETIGA DI WANGSA 118


Hub fesyen terbesar di tanah air, PrimaValet mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju pada 11 Mei lepas.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah, barisan ”Stars of PrimaValet” seperti Alif Satar, Jannah Nick, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Aqeef Anaqi.


Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan Nabil Ahmad sebagai pengacara pada hari tersebut. Pengunjung berpusu-pusu menghadirkan diri pada majlis perasmian PrimaValet Wangsa 118 untuk mendapatkan promosi jualan murah sempena pembukaan serta peluang untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka.


Pembukaan cawangan terbaharu ini bukan sahaja memberi tawaran istimewa kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, malah membuktikan komitmen PrimaValet untuk menjadi pengasas pakaian siap tanah air walaupun baru setahun setahun bertapak di negara ini.


Berkeluasan 10,000 kaki persegi, PrimaValet Wangsa 118 terletak di bangunan yang merupakan tanda terbaru di Wangsa Maju, behadapan dengan pasaraya Aeon Big.

Pembukaan cawangan Wangsa 118 juga akan memudahkan warga Kuala Lumpur untuk mendapatkan koleksi pakaian siap untuk Hari Raya tanpa perlu pergi jauh ke Bangi.


Pengarah Urusan PrimaValet, Dr Arshad Beg berkata, cawangan PrimaValet Wangsa 118 akan menjual semua Koleksi Raya 2018, dari koleksi biasa sehinggalah ke koleksi premium.

Menurut beliau lagi, setiap koleksi yang dijual di cawangan utama PrimaValet Ostia Bangi akan turut dijual di PrimaValet Wangsa 118 seperti, koleksi Baju Melayu dan Kurta PV Man, koleksi Kurung PV Woman, koleksi PV Kids, koleksi Kurta Arjuna, koleksi Zoud serta koleksi eksklusif pereka terkenal, Ezuwan Ismail.


“Kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Koleksi PV Raya 2018 sememangnya direka dan dihasilkan untuk anda semua secara eksklusif. Kami mengutamakan kualiti kain, rekaan yang terkini dan elegan untuk memenuhi keperluan dan cita rasa pelanggan dari pelbagai kategori “.

Turut berkongsi berita gembira ini adalah pemilik utama PrimaValet Wangsa 118, Encik Nik Muhd Amin Nik Mahamed, yang berharap pembukaan PrimaValet Wangsa 118 ini dapat membuka mata warga Kuala Lumpur untuk membeli-beiah di ruang yang selesa dan tidak perlu bersesak seperti biasa.


“Saya percaya, cawangan baru PrimaValet Wangsa 118 ini akan mendapat sambutan yang baik dari pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, kerana mudah untuk diakses iaitu menerusi lebuhraya DUKE, MRR2 atau AKLEH, serta mempunyai kawasan tempat letak kereta yang agak luas,” katanya ketika merasmikan PrimaValet Wangsa 118.


Menurutnya lagi, pihaknya memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membuka gedung berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.facebook.com/PrimaValetOfficial/ dan https://www.instagram.com/primavalet/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!