"THE SMURFS" SELAMATKAN MUSIM BUNGA DI RW GENTING


Marilah bergelak-tawa dengan makhluk-makhluk biru yang comel di Resorts World Genting. The Smurfs telah tiba buat pertama kali di Malaysia di Genting International Showroom untuk persembahan secara langsung sempena ulangtahun mereka yang ke-60!


Persembahan bakal berlangsung kira-kira sebulan mulai 26 Mei sehingga 24 Jun 2018. Ia menampilkan ekstravaganza nyanyian secara langsung, tarian dan seni puppet yang dimuatkan dalam persembahan 70 minit.


Pentas Genting International Showroom ditransformasikan dengan rumah-rumah Smurfs yang berbentuk cendawan dan hutan dalam musim bunga.


Apa yang menarik tentang persembahan ini adalah Smurfs ditampilkan dalam dua penampilan – satu dalam bentuk puppet (patung tangan) dan satu lagi kostum size penari, untuk adegan-adegan yang berbeza dalam persembahan.


 Penonton, terutamanya kanak-kanak pastinya akan tertarik dengan kecomelan Smurfs yang pandai menyanyi dan menari, termasuk karakter kegemaran ramai seperti Papa Smurf, Smurfette, Clumsy, Brainy and ramai lagi.


Dalam persembahan “The Smurfs Save Spring”, penonton dibawa mengembara ke tempat tinggal Smurf di dalam hutan. Mereka sedang bersiap untuk menyambut kehadiran musim bunga dengan mengadakan Perarakan Musim Bunga.


Namun begitu, musuh ketat Smurfs, Gargamel dan kucing peliharaannya, Azreal mempunyai rancangan untuk merosakkan pesta tersebut dengan menyamar sebagai Mother Nature.


The Smurfs terpaksa bersatu untuk menyelamatkan Mother Nature agar Musim Bunga dapat diteruskan.


Diarahkan oleh John Rowe dan koreografi oleh Katie Kermond, dari Millennium Entertainment International, ‘The Smurfs Live On Stage – The Smurfs Save Spring’ menampilkan sebuah kisah asli yang telah dipersembahkan ke 15 negara sebelum ini.

Lebih 150,000 penonton telah menyaksikan persembahan yang ceria ini. Jadi jangan tunggu lagi! Dapatkan tiket anda sekarang untuk ‘The Smurfs Live On Stage – The Smurfs Save Spring’ di Resorts World Genting.


Tiket-tiket berharga MYR 176 (VIP), MYR 136 (PS1) dan MYR 96 (PS2), tidak termasuk MYR 4 processing fees. Kanak-kanak di bawah umur satu tahun adalah percuma. Diskaun 10% diberikan untuk pemegang kad Genting Rewards. Terdapat juga promosi pakej bilik berharga serendah MYR 263 nett, yang menawarkan pengjimatan sehingga MYR 399.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM