COURTS CERIAKAN DUA RUMAH AMAL DI SABAH & SARAWAK
COURTS Malaysia meraikan kegembiraan serta semangat Festival Menuai, Hari Gawai dan Kaamatan bersama-sama warga emas di One Home Care Centre di Kota Kinabalu serta kanak-kanak di Salvation Army Children’s Home di Kuching.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif program Rumah Amal COURTS untuk menambah baik kehidupan komuniti di mana ia beroperasi, COURTS Malaysia mahu menyebarkan kegembiraan dan semangat perpaduan sepanjang musim perayaan utama di Malaysia Timur ini dengan memberi sokongan serta meringankan beban mereka yang memerlukan.
Peneraju peruncitan barangan IT, elektrik dan perabot ini menyumbang kedua-dua rumah kebajikan tersebut dengan perabot serta kelengkapan rumah bernilai lebih RM19,000 bagi memenuhi keperluan warga emas dan kanak-kanak.
Kanak-kanak itu menerima almari, kabinet kasut, meja makan, penyanngkut baju, dapur masak, dapur induksi, pengisar dan set sofa. Meraikan budaya yang menarik, tradisi dan kemeriahan sambutan ini, pasukan COURTS menghabiskan masa berkualiti dengan penghuni kedua-dua buah rumah kebajikan terbabit.
“Inisiatif ini memberi keseronokan kepada kami kerana berpeluang mengambil bahagian dalam sambutan perayaan warga tempatan yang sangat bermakna ini.
Keramahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dan warga emas, serta masa yang diluangkan di kedua-dua buah rumah kebajikan ini sememangnya menyentuh hati kami. Kami sangat gembira kerana dapat memainkan peranan dalam membuat perubahan dalam hidup mereka.
“Selaku peneraju peruncitan untuk kelengkapan rumah, kami menawarkan barangan rumah pada harga berpatutan dan menyumbang kembali kepada komuniti adalah satu kemestian. Menerusi program Rumah Amal COURTS, kami bersyukur kerana dapat menyumbang dan menjadikan sambutan perayaan kali ini lebih menyeronokkan buat semua,” kata Ketua Pegawai Operasi Negara COURTS Malaysia, Dolf Posthumus. Pasukan COURTS Malaysia bersama Dolf Posthumus, Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia (tiga dari kiri) menyumbang pelbagai jenis kelengkapan rumah seperti ketuhar mikro, pengisar, periuk aruhan dan ketuhar oven kepada One Home Care Centre di Kota Kinabalu, Sabah.
Dolf Posthumus, Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia (empat dari kiri) bersama pasukan COURTS menyumbang keperluan am kepada kanak-kanak untuk keselesaan rumah mereka di Salvation Army Children’s Home in Kuching, Sarawak. Selama dua hari, pasukan COURTS berkesempatan melawat dua buah rumah kebajikan di Kota Kinabalu dan Kuching.
Mereka berkongsi kegembiraan perayaan ini bersama-sama para penghuninya. Di One Home Care Centre di Kota Kinabalu, pasukan COURTS berpeluang bertemu dengan beberapa orang warga emas dan mengetahui sedikit sebanyak tentang rumah kebajikan ini daripada penjaganya iaitu En. Ng Chai Choon dan isteri beliau yang mengendalikan rumah tersebut bersama seorang jururawat.
Sewaktu di Salvation Army Children’s Home di Kuching yang menempatkan lebih 40 orang kanak-kanak berusia dari 2 hingga 18 tahun, pasukan COURTS melawat asrama yang menjadi tempat kediaman mereka. Almari baharu yang disumbang oleh COURTS akan digunakan di bilik kanak-kanak manakala set sofa serta meja makan baharu pasti memberi lebih keselesaan kepada mereka untuk berehat dan menikmati hidangan.
“Kami sangat menghargai usaha COURTS Malaysia kerana sudi meluangkan masa dan atas sumbangan mereka yang pastinya dapat membantu menambah baik kemudahan serta persekitaran rumah kami terutama sepanjang musim perayaan ini,” kata superitendan Salvation Army Children’s Home, Major T.Chelvee yang sebelum ini dibesarkan di rumah yang sama.
Ng Chai Choon dari One Home Care Centre berkata, “Meluangkan masa bersama warga emas ini sememangnya menggembirakan mereka. Kami amat berbesar hati untuk melihat pasukan COURTS menunjukkan minat terhadap kesejahteraan hidup mereka.
Barangan kelengkapan rumah seperti set sofa yang disumbangkan oleh COURTS juga membuatkan rumah ini lebih selesa buat penghuninya.” COURTS Malaysia sememangnya aktif dalam menjalankan usaha tanggungjawab korporat sosialnya menerusi Rumah Amal COURTS yang dilancarkan pada tahun 2015.
Program ini dilihat sebagai komitmen COURTS Malaysia untuk membantu dan menyediakan kualiti hidup lebih baik kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sehingga kini, sumbangan yang dibuat menerusi Rumah Amal COURTS sudah melebihi RM700,000 melibatkan lebih 120 rumah kebajikan dan komuniti di seluruh negara.
Penubuhan Rumah Amal COURTS ini bertujuan menyediakan keperluan asas kediaman seperti perabot dan barangan elektrik kepada rumah yang memerlukan.
Comments
Post a Comment