DUTCH LADY TAWAR SUSU RUMUSAN DHA TERTINGGI

(Dari Kiri) Scha Alyahya dan Lara Alana, Duta Dutch Lady; Jo-Anne Jayasiri, Marketing Manager of Dutch Lady Milk Industries Berhad, Heon Theng Hsiang, Assistant Brand Manager; Tarang Gupta, Managing Director of Dutch Lady Milk Industries Berhad; Ashlee Ng, Marketing Director of Dutch Lady Milk Industries Berhad; Yvonne Tan, Brand Manager of Dutch Lady Milk Industries. 


Memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak, Dutch Lady Malaysia kini menawarkan tahap DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi2 dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dalam pek baharu yang diperkenalkan di Menara Kuala Lumpur, menara satelit tertinggi di ibu kota.

Berucap kepada media ketika pelancaran tersebut, Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia berkata syarikat ini sentiasa membuat penambahbaikan terhadap produk dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia.

“Sejak diasaskan di Malaysia lebih 55 tahun yang lalu, syarikat kami berkomited untuk membekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Seiring itu, kami telah berjaya membawakan beberapa kemajuan dalam kategori nutrisi kanak-kanak. Malah, kami yang mula-mula memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak kepada para ibu di Malaysia pada 1988. Kami juga merupakan yang pertama dalam memperkenalkan rumusan ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’ dalam produk kami pada 2012 bagi menangani kebimbangan terhadap penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases; iaitu NCD) di Malaysia,” jelas Gupta.

Gupta seterusnya berkata: “Hari ini, kami amat bangga kerana mengecapi pencapaian baru dalam kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi dalam setiap gelas susu Dutch Lady 123. Kami menyedari bahawa tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting; dan ramai ibu bapa memahami kepentingan asid docosahexaenoic atau DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan nutrien yang lebih tinggi3 untuk protein, vitamin D3, vitamin C (dan lebih lagi) yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar.”

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menjelaskan kepentingan untuk mempunyai kandungan DHA yang tinggi dalam susu kanak-kanak: “60% daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA atau asid docosahexaenoic yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. DHA adalah seperti blok bangunan untuk otak dan kepentingannya lebih jelas untuk kanak-kanak, kerana otak mereka berkembang dengan pesat,” kata Ashlee.

Bagi kanak-kanak yang berumur satu hingga lima tahun, otak mereka berkembang pesat sehingga 90%. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan DHA memberi manfaat kepada keupayaan kognitif atau proses pemikiran, tingkah laku6 dan tahap fokus7 kanak-kanak. Oleh itu adalah penting bagi ibu bapa untuk menyediakan DHA dalam diet harian kanak-kanak untuk menyokong perkembangan otak mereka.

Ashlee menekankan bahawa walaupun DHA banyak dalam ikan berlemak, ia mungkin tidak mudah didapati atau ditambah dalam diet anak anda setiap hari untuk memastikan DHA diserap dalam sistem kanak-kanak dengan sepenuhnya.

Namun, ini bukan masalah bagi susu rumusan yang biasanya diminum setiap hari oleh kanak-kanak Malaysia, terutamanya yang berumur antara 1 hingga 3 tahun,” katanya.

“Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady juga mengandungi protein dan 20 jenis vitamin dan pelbagai mineral. Selain itu, rumusan ini mempunyai ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’, bagi membantu mengekalkan berat badan yang sihat,” tambahnya lagi.

"Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para ibu Malaysia untuk mendapatkan Dutch Lady 123, bukan sahaja mereka mendapat tahap DHA tertinggi, tetapi juga nilai nutrien yang lebih tinggi3 - contohnya, lebih kurang 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, 150% lebih vitamin C dan lebih banyak lagi berbanding produk jenama lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami berharap dapat memberikan nilai terbaik kepada para pengguna Dutch Lady, " kata Ng.

Bersetuju bahawa DHA membantu membina asas perkembangan otak seseorang kanak-kanak berumur satu hingga lima, Dr. Yong Junina, dijemput sebagai tetamu khas untuk berkongsi kepada ibu bapa cara-cara untuk merangsangkan perkembangan kognitif anak.

Perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik yang juga menjalankan penilaian perkembangan menggunakan Skala Perkembangan Mental Griffith, menggalakkan ibu bapa untuk memupuk kebijaksanaan anak melalui permainan blok binaan, yang membolehkan kanak-kanak meluaskan daya imaginasi mereka dan membina atau mencipta tanpa sebarang sekatan. Mereka juga dapat menggunakan kemahiran memadan, mengira dan mengasing.

“Lebih baik lagi sekiranya ibu bapa juga boleh menyertai anak-anak dan menggabungkan sesi membina blok dengan waktu untuk bercerita. Aktiviti sebegini akan memacu kreativiti dan daya pemikiran mencapah serta kemahiran sosial dan bahasa,” kata Dr. Junina.



Scha Alyahya dan Lara Alana, pasangan selebriti ibu dan anak, juga sebagai duta jenama bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady turut hadir sewaktu pelancaran.

“Saya gembira melihat anak saya, Lara membesar dan menjadi lebih bijak dan lebih sihat setiap hari. Dutch Lady merupakan satu-satunya jenama yang saya percayai untuk memberikan nutrisi yang berkualiti serta selamat untuk anak saya. Saya juga gembira melihat anak saya menikmati susu kegemarannya yang turut memupuk kebijaksanaan Lara,” kata Scha.

Selain memastikan Lara mendapat nutrisi yang secukupnya, Scha juga sering menggunakan blok binaan untuk berinteraksi dengan Lara bagi menggalakkan kreativiti anak kesayangannya.

“Lara gemar membina kota dan kemudiannya akan bercerita tentang putera dan puteri yang tinggal di dalam kota tersebut serta pengembaraan yang dilalui mereka. Dia sangat pandai bercerita dan saya terpegun dengan daya imaginasi yang dimilikinya!” tambah Scha lagi.

Besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady! Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA8 boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!