FAMILY SHOWDOWN HIBURAN SENSASI SEISI KELUARGA

Sediakah anda untuk berhibur dengan seisi keluarga? Atau adakah anda ingin mencari aktiviti hiburan yang menyeronokkan bersama keluarga? ntv7 kini menerbitkan sebuah program gameshow yang melibatkan keluarga artis terkemuka tanah air seperti Black, Khai Bahar,Ernie Zakri, Wany Hasrita, Tomok dan ramai lagi! 


Pastikan seluruh ahli keluarga anda berada di hadapan kaca televisyen setiap Khamis, pada pukul 10 malam, bermula 19 Julai 2018. Family Showdown yang akan bersiaran selama 20 episod ini akan menguji kreativiti keluarga barisan artis pada setiap episod. Mereka akan berentap dengan sebuah keluarga peminat mereka dalam empat segmen cabaran muzikal iaitu Charades Muzikal, Fight List, Continue the Lyrics dan Family Karaoke. 

Untuk setiap segmen cabaran, setiap kumpulan akan diberi mata sebagai ganjaran jika mereka berjaya menjawab soalan dan menyelesaikan cabaran yang diberikan. 

Di akhir setiap episod, kumpulan yang berjaya mengumpul mata yang tertinggi akan menjadi pemenang kesuluruhan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Setiap episod akan membawakan tema muzik yang berlainan bagi menjadikan program ini lebih menarik. 

SEGMEN 1 : CHARADES MUZIKAL Dalam segmen pertama ini, kedua-dua buah keluarga hendaklah meneka tajuk lagu yang diberikan oleh pengacara. Pelbagai gelagat dan telatah yang mencuit hati dapat dilihat di dalam segmen ini. Segmen ini terbahagi kepada dua bahagian. Untuk bahagian pertama, kesemua ahli kumpulan akan dipakaikan fon kepala dan dipasangkan lagu. Pengacara akan beri tajuk lagu kepada ahli kumpulan pertama dan ahli kumpulan pertama perlu sampaikan tajuk tersebut kepada ahli kumpulan kedua dan begitulah seterusnya. Ahli kumpulan ketiga yang merupakan ahli kumpulan terakhir perlu memberitahu tajuk lagu yang betul kepada pengacara. Untuk bahagian kedua pula, kemahiran melukis para peserta akan diuju kerana salah seorang daripada ahli kumpulan akan melukis tajuk lagu yang diberikan oleh pengacara dan ahli kumpulan yang lain perlu meneka tajuk lagu tersebut Setiap jawapan tajuk lagu yang betul akan diberi lima (5) markah. 

SEGMEN 2 : FIGHT LIST Segmen seterusnya adalah segmen Fight List yang memerlukan kesemua ahli kumpulan untuk berentap dalam menjawab kuiz secara satu lawan satu. Mereka akan menjawab kuiz sambil menyelesaikan cabaran yang diberikan. Setiap jawapan yang betul akan diberikan tiga markah,. 

SEGMEN 3 : CONTINUE THE LYRIC Segmen ketiga ini adalah satu cabaran kepada sesiapa yang tidak gemar menghafal lagu kerana segmen ini akan menguji daya ingatan mereka dalam mengingati lirik-lirik lagu. Lagu akan dimainkan dan sejurus sahaja muzik diberhentikan, peserta perlu menyambung lirik yang seterusnya dengan betul berdasarkan pilihan jawapan yang tertera di skrin LED. Dalam pusingan ini, setiap jawapan yang betul akan diberikan 10 markah. 

SEGMEN 4 : FAMILY KARAOKE Dalam segmen terakhir ini, setiap pasukan dikehendaki untuk membuat persembahan kumpulan berdasarkan lagu yang diberi. Setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk merancangan koreografi mereka yang tersendiri dan juri jemputan akan memilih pemenang berdasarkan persembahan kumpulan yang paling menarik dan kreatif. 



Di akhir setiap episod, markah setiap kumpulan yang telah dikumpul daripada pusingan pertama hingga terakhir akan menjadi penentu untuk pemenang episod itu dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Namun, sekiranya markah kedua-dua kumpulan itu seri, pengacara Family Showdown akan mengajukan satu soalan trivia bagi menentukan pemenang mutlak. Program Family Showdown ini telah diterajui oleh Shazreena Kassim selaku penerbit dibawah naungan Primeworks Studio.

Para penonton pasti tidak akan kering gusi melihat telatah artis kegemaran mereka disamping pengendalian Razif Hashim selaku pengacara dan juri tetap, Ikhwan Rosli.



Pastikan seluruh ahli keluarga anda berada bersedia untuk menyaksikan Family Showdown ini yang akan bertemu para penonton bermula Khamis, 19 Julai 2018 pada pukul 10 hingga 11 malam.

Sertailah perbincangan warga awesome ntv7 Malaysia di alam maya dengan menggunakan tanda pagar #ntv7malaysia dan #feelit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram @ntv7malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA