GARNIER LANCAR RUMUSAN BARU PEWARNA RAMBUT TELUS AIR


Garnier Color Naturals memperkenalkan rangkaian pewarna rambut yang telus air dan merawat rambut agar terjaga dan warna berkilau. "Dari hasil penyelidikan pengguna kami, kami memahami bahawa "pewarna rambut yang telus air" adalah istilah carian popular di Internet.

Kian lama, pengguna hanya mempunyai warna dan jenama yang terhad, sehinggalah kini ,” jelas Samatha Teh, Pengurus Pemasaran Garnier ketika berucap di pelancaran rasmi rangkaian yang diperbaharui di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.


"Oleh itu, rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals kini diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air, katanya." Samantha menerangkan bahawa Garnier berusaha memudahkan untuk cantik dan guna tanpa was-was.

Ini sebabnya jenama Garnier sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi. Kami percaya bahawa produk-produk semula jadi adalah efektif dan menghormati kehendak pengguna-pengguna kami.

"Garnier mempunyai sejarah inovasi yang bermula sejak tahun 1904. Apa yang mendorong kita ke arah peningkatan berterusan adalah melihat pengguna menggunakan produk kami dengan tenang," katanya.

Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik, dan berbau wangi sewaktu penggunaan.


Garnier Color Naturals ini menggunakan bahan-bahan berasaskan alam semula jadi, seperti minyak zaitun, avocado, dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan (8) minggu.

Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.

Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan dan sachet RM8.90 (kegunaan sekali) di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA