KIDZANIA TINJAU KEPRIHATINAN KANAK-KANAK MALAYSIA




Tinjauan Dwi-tahunan KidZ KidZania yang dijalankan oleh KidZania Kuala Lumpur dan Singapura dengan kerjasama Agility Research telah menemu bual lebih 500 kanak-kanak pada 2017. Peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia dari 7-15 tahun dan antara topik yang dibincangkan termasuklah kewangan, aspirasi kerjaya dan minat mereka.

“Di KidZania Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk memahami minat kanak-kanak bagi memberikan mereka pengalaman pembelajaran terbaik. Menerusi tinjauan ini serta pelbagai alternatif lain seperti KidZania CongreZZ, mereka berpeluang menyuarakan pendapat dan memberi input masing-masing. Ini bukan saja bermanfaat untuk mereka, malah untuk kanak-kanak lain juga,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

 Hasil tinjauan mendapati kanak-kanak masa kini lebih memahami kepentingan pengurusan kewangan, aspirasi kerjaya dan masa berkualiti bersama keluarga. Antara isi penting daripada hasil tinjauan tersebut adalah: Kanak-kanak Malaysia Pandai Berjimat Kebanyakan daripada mereka menerima wang elaun dan lebih satu per tiga peserta menyimpan wang elaun yang diterima untuk menabung dan membeli barangan kesukaan.

Hampir satu per tiga peserta menabung untuk membeli telefon pintar, tablet atau komputer bimbit baharu. Lebih satu per tiga peserta mempelajari tentang pengurusan wang menerusi pengalaman suai peranan di KidZania dan 70% daripada peserta memilih untuk mendepositkan wang mereka di bank pusat KidZania.

Menerusi tabiat menyimpan ini, mereka belajar untuk lebih menghargai wang dan menguruskan kewangan dengan baik. Masa Berkualiti Bersama Keluarga Hasil tinjauan mendapati peserta lebih mementingkan keluarga daripada kebendaan, namun lebih 50% peserta menyatakan mereka hanya meluangkan masa kurang daripada 2 jam bersama keluarga setiap hari.

Memahami yang setiap kanak-kanak memerlukan hubungan kekeluargaan yang kukuh untuk membesar dengan baik, KidZania Kuala Lumpur berhasrat untuk mengadakan lebih banyak aktiviti dan pengalaman suai peranan yang boleh disertai oleh ibu bapa dan kanak-kanak.



Harapan & Impian Masa Depan Peserta memilih kerjaya pilihan mereka berdasarkan minat masing-masing dan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Kebanyakan peserta ingin menjadikan guru atau doktor sebagai profesion disebabkan selalu terdedah dengan kerjaya tersebut, namun mereka juga teruja kerana dapat mencuba dan menerokai pelbagai jenis kerjaya di KidZania.

Lebih 80% peserta memilih kerjaya yang pernah dicuba dalam suai peranan di KidZania Kuala Lumpur seperti ahli bomba dan juruterbang. Antara kemahiran yang paling banyak dipelajari peserta adalah kerjasama (46%) dan berdikari (47%). Ini bertepatan dengan falsafah KidZania iaitu ‘Learn Life Today’ serta kepentingan suai peranan dalam membentuk sahsiah serta memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menerokai minat baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara yang diadakan di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA