PENGALAMAN 2-dalam-1 MEMUTIH GIGI DAN SPA YANG UNIK


Philips Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan spa pergigian yang pertama dan tunggal di Malaysia, Smile Express Dental Spa, untuk menawarkan rawatan memutih gigi Philips Zoom! Whitening bersama dengan pengalaman spa lengkap yang menenangkan.

Philips Zoom! Whitening, jenama rawatan memutih gigi profesional nombor satu berdasarkan permintaan pelanggan, membolehkan warna gigi menjadi lapan rona lebih cerah dalam masa hanya 45 minit.



En Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Philips Malaysia berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Smile Express Dental Spa dalam usaha niaga barunya yang menyediakan perkhidmatan luar biasa buat penduduk Malaysia serta pelawat. Ini adalah kerjasama yang mengujakan buat kami kerana dapat menawarkan rawatan Philips Zoom! Whitening kepada lebih ramai pengguna beserta sentuhan mewah dalam sesi rawatan pergigian mereka.

Philips sentiasa mahu menyemarakkan pengalaman pengguna dengan teknologi inovatif, dengan tujuan membaiki kehidupan 3 bilion orang setahun menjelang tahun 2025. Dalam usaha meningkatkan inovasi ini, kami juga mahu menyediakan pengalaman yang tersendiri dan menyegarkan untuk memenuhi gaya hidup pengguna.”

 “Menerusi rawatan pemutihan gigi Philips secara profesional, kami telah pun mendekati 320 pakar pergigian di Malaysia dan kerjasama terbaru dengan Smile Express Dental Spa ini adalah satu langkah baru yang penting, dengan pangkalan pengguna yang lebih khusus. Kami gembira dapat menyokong kedua-dua pakar pergigian dan pengguna dengan rangkaian Philips Zoom! Whitening dan bersama, memberikan lebih pengalaman istimewa buat pengguna,” katanya.



Mengulas mengenai kerjasama ini, Dr Bala Saravanan, Pengasas dan Pengarah Smile Express Dental Spa berkata, “Kami gembira dapat menawarkan pakej spa mewah menyeluruh dengan rawatan memutihkan gigi Philips Zoom! Whitening. Menerusi perkhidmatan kami, pelanggan kami dapat menikmati rawatan memutihkan gigi Philips yang terdahulu di pasaran dan secara holistik menikmati pengalaman spa pergigian yang betul-betul unik, sesuatu yang tidak pernah ditawarkan di Malaysia sebelum ini.” Pengalaman pergigian yang berbeza Konsep di sebalik Smile Express Dental Spa adalah sesuatu yang menyegarkan di Malaysia, dan ia meraih inspirasi daripada pengalaman pesakit sendiri yang diperhatikan oleh doctor gigi.



“Memang agak pelik untuk membayangkan klinik pergigian sebagai tempat untuk berasa relaks. Inilah pemikiran yang kami ingin ubah. Dalam pengalaman saya sejak bertahun lamanya, kebanyakan orang berdepan dengan rasa takut menghadapi rawatan pergigian dan jarang-jarang berasa tidak sabar untuk duduk di kerusi rawatan doktor gigi,” jelas Dr Bala.

“Apa yang kami mahu capai menerusi Smile Express adalah mencipta persekitaran yang mesra dan berbeza daripada klinik pakar pergigian yang lazim. Melalui penawaran rawatan Philips Zoom! Whitening bersama perkhidmatan menyeluruh kami, kami mahu menawarkan kepada pelanggan manfaat rawatan memutihkan gigi profesional yang premium daripada Philips, dan pada masa yang sama menyediakan sesi memanjakan diri untuk mereka. Dengan Philips Zoom! Whitening, pelanggan boleh memperoleh gigi sehingga lapan rona lebih cerah dengan hanya satu lawatan, dan ianya cukup sepadan dengan tempoh masa di mana mereka boleh menikmati pengalaman spa yang mewah,” kata Dr Bala.



Sebagai sebahagian daripada keseluruhan pengalaman menenangkan dan memanjakan diri, pelanggan boleh menikmati khidmat drebar khas secara pergi balik bila membuat temu janji dengan Smile Express Dental Spa. Sebaik sahaja dijemput oleh pemandu dan dalam perjalanan ke Smile Express Dental Spa, pelanggan akan dihidangkan dengan minuman untuk mengalukan mereka dan boleh memilih untuk menonton video yang menerangkan perkhidmatan spa pergigian menerusi skrin TV dalam kereta. Putihkan gigi anda dengan Philips Zoom! Whitening dan pulang dengan rasa ceria! Proses Philips Zoom!

Whitening bermula apabila pelanggan selesai melalui sesi rundingan dan mencuci gigi, kedua-duanya yang merupakan syarat wajib bagi pemutihan gigi. Gel pemutihan akan disapu pada gigi dan bertindak balas dengan cela kuning atau coklat bila terkena cahaya LED, lantas memutihkan gigi. Dalam tempoh pusingan memutih gigi selama 15 minit, yang diulang tiga kali, pelanggan akan menikmati rawatan spa kaki yang menenangkan sambil lena sekejap ataupun menonton rancangan hiburan yang ditayangkan pada televisyen yang tergantung dari siling bilik rawatan.


Seluruh pengalaman Smile Express Dental Spa berakhir dengan pelanggan dihantar oleh drebar ke destinasi seterusnya. Kini, setiap pelanggan boleh keluar daripada temujanji doktor gigi dengan gigi yang seputih mutiara – bak seorang bintang terkenal! Keseluruhan pengalaman di Smile Express Dental Spa bertujuan untuk memanjakan diri kedua-dua penduduk dan pelawat ke Malaysia, membuatkan mereka berasa istimewa, dan mengubah pandangan mereka terhadap pakar pergigian.

“Kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk mencuba Smile Express Dental Spa untuk pengalaman pergigian yang berbeza dan menenangkan, dan dengan Philips Zoom! Whitening, gigi anda pastinya tampak lebih menawan!” kata Dr Bala. Pilihlah tarikh untuk rawatan Philips Zoom! Whitening hari ini di Smile Express Dental Spa dan tanggapan anda terhadap temujanji pergigian mungkin berubah sama sekali selepas ini! Harga dan ketersediaan Smile Express Dental Spa menawarkan rawatan memutihkan gigi Philips Zoom! Whitening dengan pakej mewah menyeluruh pada harga RM2,750.00, di samping perkhidmatan pergigian umum dan khusus yang lain.



Untuk maklumat lanjut mengenai Smile Express Dental Spa dan perkhidmatannya, layari https://www.facebook.com/Smileexpresskl/ atau lawati laman web mereka di http://www.smileexpress.com.my/

 Untuk maklumat lanjut mengenai Philips Zoom! Whitening dan produk Philips Oral Healthcare yang lain, lawati www.philips.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO