PERDAYAKAN MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS
Rantaian muzium yang paling pesat berkembang di dunia telah secara rasmi membuka Museum of Illusions yang pertama di Asia, di sini di Malaysia. Muzium ini mempunyai koleksi ilusi optik terbesar di seluruh Asia untuk menghiburkan pengunjung merasai pengalaman visual dan deria yang untuk pelbagai generasi.
"Kami sangat bertuah kerana telah dipilih sebagai destinasi pertama di Asia," kata Pengarah Muzium Azizul Aznan. "Dengan muzium di Eropah dan Timur Tengah sudah dibuka dan New York, Berlin, Dubai dan Toronto dijangka dalam beberapa bulan akan datang, Kuala Lumpur teruja untuk menjadi yang pertama di dalam peta di bahagian dunia ini."
Kuala Lumpur dijangka menjadi muzium ketujuh sejak tarikan pertama berasal dari negeri pencipta antarabangsa terkenal Nikola Tesla, di Zagreb, Croatia pada tahun 2015. Bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan muzium, di mana kebanggaannya apabila pengunjung senyap mengagumi pameran, Museum of Illusions mengalu-alukan sedikit bunyi bising dan interaksi bersama- terutamanya bunyi suara ketawa dan bingung.
"Kami tidak mahu pelawat berdiam diri dengan emosi mereka, kami mahu mereka terlibat sepenuhnya dan berinteraksi dengan pameran. Kami mahu membiarkan imaginasi mereka menjadi liar dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan-rakan dan keluarga ketika mereka melalui muzium seperti "maze" yang membingungkan."
Dengan lebih daripada 70 pameran, Museum of Illusions mempunyai koleksi terbesar hologram, stereogram, dan ilusi optik di seluruh Asia seperti Ames Room, The Vortex Tunnel, Rotated Room, Head On The Plate, The Chair Illusion, Kaleidoscope Station, Swap Noses dan jika anda ingin membawa pulang sebahagian ilusi, terdapat juga kedai Smart Shop menjual barangan dan cenderamata khas.
"Museum of Illusions di Kuala Lumpur sudah pasti akan menjadi salah satu tarikan kotaraya, dan pelawat akan berpeluang untuk berkongsi gambar dan video mereka melalui media sosial," kata Azizul. Museum of Illusions mempamerkan ilusi yang menghiburkan dan berfikiran minda, masing-masing mengajar tentang penglihatan, persepsi, otak manusia, dan sains, yang membenarkan pelawat memahami mengapa mata mereka mungkin melihat perkara-perkara yang tidak difahami oleh otak.
"Kami juga mempunyai ruang permainan pintar dengan banyak permainan menyelesaikan masalah, yang akan benar-benar mencabar fikiran anda. Muzium ini menawarkan pengalaman yang sangat memukau; yang boleh anda nikmati dengan seluruh keluarga," kata Azizul.
'Museum of Illusions' terletak di tingkat 1 dan 2 Ansa Hotel, 101 Jalan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur. Pintu dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 11 malam dan bayaran masuk berharga RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Kadar istimewa boleh diperolehi bagi keluarga, kumpulan besar dan lawatan sekolah. Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.museumofillusions.my/ atau hubungi 03-21102654.
Comments
Post a Comment