STARBUCKS PERKENAL DUA MINUMAN PERISA BUAHAN BARU

Apricot and Peach Yogurt Frappuccino (kiri) dan Ruby Red Grape Blended Juice Drink

Starbuck melancarkan dua minuman Frappuccino berbuah yang segar untuk dinikmati di musim panas ini.

Starbucks Apricot and Peach Yogurt Frappuccino membawakan khasiat yogurt, perisa apricot dan peach yang lazat dalam tiga lapisan menarik. Perisa yang berbeza pasti mengujakan sensasi deria rasa anda apabila minuman ini dinikmati lapis demi lapis - daripada jeli dan cebisan peach yang harum sehingga ke yoghurt berkrim dan sos apricot di atas.

Starbucks Ruby Red Grape Blended Juice Drink pula membawakan perisa anggur yang mantap dari jeli anggur, campuran jus anggur, dan buih tanpa-tenusu anggur. Minuman ungu yang berasaskan anggur ini pasti memikat selera di hari yang panas.

Minuman Starbucks Apricot and Peach Yogurt Frappuccino dan Starbucks Ruby Red Grape Blended Juice Drink boleh didapati di kedai-kedai Starbuck mulai 21 Julai dengan harga RM 17.50 ke atas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starbucks.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"