WATSONS RAIKAN PEMBELANJA TERBANYAK DENGAN PESTA DURIAN



Lebih 150 ahli Watsons Elite diraikan di dalam pesta durian eksklusif bersama selebriti tempatan di Durian BB Park, Jalan Imbi pada 26 Julai 2018. Pesta ini adalah antara acara eksklusif yang terbesar pernah dianjurkan oleh Watsons Malaysia sejak tayangan perdana filem “Think Big Big” awal tahun ini.



Keahlian Watsons Elite yang dilancarkan awal tahun ini, membolehkan ahli biasa Watsons dinaiktaraf secara automatik apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh satu tahun di mana-mana kedai Watsons di Malaysia dan secara online.



Selain daripada menikmati pelbagai gred durian termasuk Musang King, para jemputan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang terdiri daripada produk Watsons dalam aktiviti permainan dan juga cabutan bertuah.



Para tetamu yang masih belum kenyang dengan durian berpeluang untuk menjamu selera di sebuah trak yang menyajikan makanan "steamboat".
 

Seorang pakar durian iaitu Dr Abdul Aziz Zakaria turut dijemput untuk memberikan sesi ceramah tentang buah durian. Beliau mempunyai pengalaman sebanyak 30 tahun dalam kajiselidik spesies durian.



Antara selebriti tempatan yang menyertai pesta durian ini adalah Amber Chia, Sasha Saidin, Lia Asmizza, Chui Ling, Kit Mah dan lain-lain.



Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, “Di Watsons, kami sentiasa memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami yang berbelanja lebih daripada pelanggan-pelanggan biasa yang lain melalui keahlian Watsons Elite. Ahli Watsons Elite boleh menerima 5x mata apabila mereka membeli sebarang produk jenama Watsons dan mereka juga akan menerima 10x mata apabila berbelanja dalam bulan kelahiran mereka. Ahli Elite turut menikmati penghantaran percuma dalam pembelian pertama secara online setiap sebulan. Antara ganjaran lain yang diperolehi dengan menjadi ahli Watson Elite adalah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan majlis eksklusif seperti pesta durian yang dianjurkan malam ini. Jadi, kami menggalakkan ahli Watsons biasa untuk berbelanja lebih di Watsons untuk mendapatkan status ‘elite’.”



Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Watson?
- Beli kad Watsons dengan harga RM18.80 di kedai Watson atau kad maya Watsons (virtual card) secara online di www.watsons.com.my

 3 langkah mudah untuk mengaktifkan kad anda:
 1. Laman web : http://www.watsons.com.my/vipregistration
 2. Watsons Malaysia Mobile App : Muat turun dari Google Play Store atau Apple Store
 3. Watsons Malaysia Customer Service Hotline : 1-300-880-847

Hak-hak keistimewaan dan ganjaran Watsons Elite akan diberikan kepada ahli Watson yang layak dan telah mengaktifkan keahlian mereka. Cara-cara untuk menjadi ahli Watson Elite serta terma & syarat boleh didapati di www.watsons.com.my/promo-elite.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING