YIPPI DAN AKADEMI BADMINTON AIRASIA BERGANDING TENAGA



Yippi, sebuah aplikasi pemesejan global yang memberi penekanan berbentuk hiburan dan hiburan yang mendebarkan, diasaskan oleh Toga Limited, akan bekerjasama dengan Akademi Badminton AirAsia, iaitu salah satu pusat latihan pembangunan badminton yang berprestij dalam negara untuk membentuk dan melahirkan pelapis pemain badminton negara bertaraf dunia.

Michael Toh, Ketua Pegawai Eksekutif Toga Limited berkata: "Badminton adalah salah satu daripada sukan Malaysia yang paling disukai dan diminati di Malaysia dan di Yippi, kami amat berbangga dapat membantu menyokong para belia dalam pembangunan sukan.

Selain itu, kami begitu teruja dapat berganding bahu menyertai Akademi Badminton AirAsia untuk merealisasikan matlamat kami bagi memupuk bakat muda Malaysia dalam usaha untuk menerima pengiktirafan bertaraf dunia." 

Jason Lim, Presiden Akademi Badminton AirAsia menambah: "Gabungan kerjasama ini adalah unik kerana walaupun kami dari dua latar belakang yang berbeza, Yippi dan Akademi Badminton AirAsia berpeluang menyediakan platform untuk mencari dan memupuk bakat sukan muda Malaysia. Bersana sokongan mereka, kami yakin matlamat kami untuk menghasilkan pemain bertaraf dunia dan sekaligus mencapai gelaran nombor satu dunia dalam sukan ini akan menjadi kenyataan."



Akademi Badminton AirAsia telah dilancarkan pada tahun 2012. Sejak itu, akademi ini telah melatih lebih daripada 300 pemain dan melahirkan pemain badminton bertaraf dunia yang mewakili pasukan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Di samping mendapat bimbingan dan latihan serta tunjuk ajar dari ketua jurulatih, Rashid Sidek, bekas pemain kebangsaan dan juara badminton Dunia No. 1, para pemain menjalani program latihan dan pembangunan yang ketat dan penuh disiplin untuk mereka menuju ke arah pengiktirafan global.

Lim menambah: "Yippi akan menyediakan sokongan berbentuk kewangan yang diperlukan bagi kedua-dua pasukan junior dan elit di Akademi Badminton AirAsia. Sokongan kewangan ini akan digunakan untuk menampung kos seperti yuran jurulatih dan yuran penyewaan gelanggang latihan. Di samping itu, dana itu juga akan digunakan untuk penyertaan para pemain ke kejohanan tempatan dan antarabangsa. "

Akademi Badminton AirAsia mengendalikan tiga pusat latihan: satu di Perlis dan dua, di Lembah Klang yang menempatkan 300 pemain secara keseluruhan, dari pasukan junior dan elit. Akademi Badminton AirAsia juga akan menambah dua lagi pemain yang bakat dan memerlukan bimbingan mereka dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Yippi, sila lawati www.togalimited.com dan untuk maklumat lanjut mengenai Akademi Badminton AirAsia sila layari www.facebook.com/airasiabadmintonacademy/.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA