ASTRO TAMPIL 8 SALURAN PERCUMA SUKAN ASIA 2018


Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan dan memberi sokongan buat atlit negara yang bakal beraksi di temasya Sukan Asia 2018, Jakarta dan Palembang dengan membabitkan 45 buah negara bertanding.

Astro berbesar hati menawarkan lapan saluran percuma buat setiap rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Astro. Semua pelanggan Astro pula, boleh menonton di enam saluran dedikasi (Saluran HD 790 – 795) serta dua saluran eksklusif membawakan liputan khas atlit negara menerusi Astro Arena (Saluran 802 HD/801 SD) dan NADI AG2018 (Saluran 803 HD/ 800 SD).

Bagi bukan pelangan Astro kesemua lapan saluran ini boleh ditonton di NJOI Prepaid, Astro GO dan NJOI Now apps.

 

Seramai Lebih 40 tenaga kerja dari Astro Arena akan berada di Jakarta dan Palembang untuk membawakan liputan terkini dan paling komprehensif 16 jam setiap hari.

Saluran berita 24 jam sehari, NADI AG2018 pula akan membawakan laporan dan analisis yang lebih dekat dan terperinci daripada pegamal-pegamal media dan bekas-bekas atlit kebangsaan yang akan dijemput sebagai tetamu.

Semua lapan saluran ini akan memulakan siarannya pada 13 Ogos dimana anda boleh menyaksikan peringkat kumpulan, skuad bola sepak kebangsaan memulakan saingan sebelum upacara pembukaan rasmi.

15 Ogos, 4:30PTG – Kyrgyzstan lwn Malaysia
17 Ogos, 7:30MLM – Malaysia lwn South Korea
20 Ogos, 7.30MLM Malaysia lwn Bahrain

Saksikan Majlis Pembukaan Sukan Asia 2018 pada 18 Ogos, jam 8.00 malam di Saluran 790 HD /780 SD



 SALURAN DEDIKASI SUKAN ASIA 2018
ASIAN GAMES 2018 DEDICATED CHANNELS
SALURAN
HD
SD
Deskripsi Saluran
AG1 HD/ AG1
790
780
Saluran dedikasi dalam ulasan Bahasa Inggeris
AG2 HD/ AG2
791
781
AG3 HD/ AG3
792
782
AG4 HD/ AG4
793
783
AG5 HD/ AG5
794
784
AG6 HD/ AG6
795
785
Astro Arena
802
801
Saluran sukan tempatan dalam ulasan Bahasa Malaysia
NADI AG2018
803
800
Saluran berita 24 jam dalam Bahasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING