GOURMET COUTURE MID-AUTUM SERIES @ HILTON KL


Buat pertama kali, tradisi menghadiahkan kuih bulan mendapat sentuhan kemewahan couture apabila Hilton Kuala Lumpur berganding dengan pereka fesyen terkenal tanahair, Khoon Hooi.



Dalam kolaborasi ini, kotak hadiah kuih bulan Hilton KL dihiasi di bahagian luaran dengan fabrik brocade yang juga digunakan untuk koleksi musim luruh Khoon Hooi. Terdapat dua pilihan rekaan iaitu edisi terhad Midnight Bloom (hitam) atau edisi pengumpul Blossom (merah jambu).


Majlis pelancaran kotak hadiah kuih bulan tersebut telah disempurnakan di restoran Chynna, Hilton Kuala Lumpur oleh Alex Cotterill, Director of Business Development Hilton Kuala Lumpur dan pereka Khoon Hooi. Turut hadir adalah Chinese Executive Chef, Lam Hock Hin yang juga terkenal dalam industri fine dining dan juga chef yang bertanggungjawab untuk membawakan kuih-kuih bulan mewah beraneka perisa Hilton KL. Mereka disertai pengurus Hilton Kuala Lumpur, Gagan Talwar.

Dari kiri Gagan Talwar, Lam Hock Hin Khoon Hooi dan Alex Cotterill

Kuih Bulan Buatan Tangan Eksklusif
Rasai sensasi tropika yang unik dari kuih bulan signatur tahun ini yang digelar Dragon Blossom (RM38).

Adukan rona fuchsia dan biru kobalt menjadi testamen kepada citarasa yang hebat dari buah pitaya merah dan nenas, dibangkitkan lagi dengan tekstur rangup kacang macadamia.

Kuih bulan ini adalah satu resepi yang lazat untuk dinikmati bersama orang yang tersayang.

Citarasa Klasik yang Halal
Nikmati kuih bulan tradisional yang halal bersama secangkir teh Cina yang harum.

· Baked White Lotus Paste RM35
· Baked White Lotus Paste with Single Yolk RM35
· Baked Lotus Paste with Single Yolk RM35
· Baked Pandan Paste with Single Yolk RM35
· Baked Red Bean Paste with Almond Flakes RM35
· Traditional-Style with Five Nuts Mix RM36

Kembali Atas Permintaan Ramai
Buat masa yang terhad, Hilton KL juga menawarkan kuih bulan snow-skin yang menampilkan perisa kegemaran ramai tahun ini.

· Musang King; Snow Skin with Pure Premium Musang King Durian RM56 (Paling laris)
· Blue Moon; Snow Skin Amaretto Lotus Paste with Blueberry Cheese Feuillantine RM35
· Flower Drum; Snow Skin Lotus Paste with Soft Custard Egg Yolk RM35

Gourmet Couture Series
· Khoon Hooi’s Midnight Bloom RM 198.00
· Khoon Hooi’s Blossom Series RM 178.00

Mid-Autumn Series
· Half Moon Premium RM 148.00
· Half Moon Red RM 128.00
· Traditional Standard RM 128.00



Rangkaian kuih bulan Hilton KL boleh didapati di lobi hotel mulai sekarang sehingga 24 September 2018, pusat membeli-belah utama seperti Pavilion Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall, One Utama Shopping Centre dan Avenue K Shopping Mall. Ia juga boleh dibeli secara online di www.takehome.hiltonkl.com.

Jom alami Gourmet Couture di Hilton Kuala Lumpur. Hubungi talian 03 2264 2262 untuk maklumat lanjut.

##hiltonxkhoonhooi  #gourmetcouture

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.