H4RDNESS MATTERS: MENJADI JEJAKA IDAMAN


Disfungsi erektil (ED) dialami oleh seorang daripada lima lelaki Malaysia dan disenaraikan sebagai salah satu masalah kesihatan seks paling umum di Malaysia.

Walaupun ED sering dilihat sebagai masalah yang membelenggu lelaki lanjut usia, penyelidikan mendapati bahawa seorang daripada empat lelaki yang mendapatkan bantuan perubatan bagi ED berusia kurang daripada 40 tahun.

Keadaan ini semakin ketara dalam kalangan lelaki muda dengan kira-kira 30% daripada populasi diramalkan mengalami ED yang belum lagi didiagnos. Tanpa mengira usia, ED umumnya merupakan antara masalah kesihatan seks utama lelaki yang malu untuk dibincangkan dan dianggap sebagai topik terlarang.

Bagi lelaki, kejantanan mereka tercabar dan ego menghalang mereka daripada berbincang tentang ED. Akibatnya ialah kadar pengesanan yang rendah dan keengganan lelaki Asia untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan mereka.

Untuk menangani kes ED yang semakin ketara dalam kalangan lelaki berusia kurang daripada 40 tahun, Pfizer telah beralih daripada pendekatan lazim yang menumpukan terhadap aspek perubatan ED dan melancarkan kempen H4RDNESS MATTERS (Ketegangan Amat Penting) menggunakan kaedah berasaskan lawak jenaka yang menghiburkan untuk menggalakkan lelaki agar bersikap lebih terbuka terhadap topik ‘kejantanan’ ini.

Inisiatif ini berusaha mengatasi tanggapan negatif sosial berhubung dengan kesihatan seks lelaki dengan menyediakan wadah perbualan terbuka bagi lelaki lebih muda bersama profesional penjagaan kesihatan mereka.


 Dengan menggunakan format bual bicara, pelawak pentas kegemaran Malaysia – Dr. Jason Leong telah mengacarakan pelancaran kempen bertajuk “H4RD TALK: In Bed with Dr. Jason Leong” (Bicara Ketegangan: Di Atas Ranjang bersama Dr Jason Leong) untuk merungkai isu-isu berkaitan ED yang dihadapi rakyat Malaysia bersama penonton dalam suasana yang menghiburkan hati dan tidak menimbulkan tekanan untuk menekankan aspek ketegangan zakar dalam kesihatan seks lelaki.

Program bual bicara tersebut juga menjemput tetamu khas daripada pelbagai bidang kepakaran untuk menghangatkan lagi topik, termasuk pakar runding urologi dan pakar seks klinikal yang berkongsi pentas untuk membincangkan persoalan penting ini.

Ketegangan zakar penting untuk kehidupan seks yang sihat. Menurut Markah Ketegangan Ereksi (EHS), Ketegangan Gred 4 ialah tahap ereksi optimum yang perlu dicapai oleh lelaki untuk menikmati sepenuhnya hubungan seks dan juga memuaskan pasangan mereka, iaitu apabila zakar mereka benar-benar tegang dan keras. Tahap kepuasan seks berkait rapat dengan ketegangan ereksi.

Kajian mendapati bahawa kepuasan seks adalah jauh lebih tinggi bagi lelaki dan wanita dengan pasangan yang mencapai ketegangan Gred 4 berbanding ketegangan Gred 3 . Tambahan lagi, lelaki dengan gred EHS lebih rendah atau ereksi suboptimum mengalami tahap kepuasan yang jauh lebih rendah dalam semua aspek hubungan seks, berbanding lelaki dengan ereksi Gred 4 atau ketegangan optimum vi.

Selain daripada mempengaruhi fungsi seks, ED boleh menandakan masalah perubatan dalaman yang serius dan memerlukan perhatian dan rawatan.


“Walaupun ramai yang melihat ED sebagai masalah kesihatan seks semata-mata, ED sering dikaitkan dengan penyakit lain yang berlaku secara serentak termasuk penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes, simptom saluran kencing lebih rendah (LUTS) dan kemurungan, yang kebanyakannya mempunyai beberapa faktor risiko vaskular yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa ED ialah petanda penting kematian awal kerana penghidap ED mempunyai risiko kematian awal sebanyak 70% lebih tinggi. Sebab itulah lelaki yang menghidap ED perlu tampil untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal,” kata Prof. George Lee, Pakar Runding PhD dari Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.


Dr. Martha Tara Lee, pakar seksologi klinikal dan pengasas Eros Coaching berkata usaha membuka saluran komunikasi berkenaan ED amat mencabar tetapi kaum lelaki hendaklah tidak mengabaikan sama sekali komunikasi dengan pasangan intim mereka dalam menangani ED.

“Langkah berbincang dengan isteri atau pasangan anda tentang ED mungkin kekok pada mulanya, tetapi kemungkinan besar mereka tidak terkejut dengan perkembangan ini. Memang bukan mudah untuk memulakan perbincangan tentang ED. Kaum lelaki sukar mengakui mereka tidak dapat mencapai ereksi tetapi keengganan membincangkan perkara ini mungkin boleh menjejaskan OR merosakkan hubungan,” jelas beliau.

Di samping komunikasi, keintiman memainkan peranan penting dalam hubungan yang sihat dan seksual. ED boleh menjejaskan keintiman antara pasangan apabila lelaki kurang yakin dengan keupayaan seks masing-masing disebabkan masalah ereksi mereka . Perubahan dalam tingkah laku seks pesakit ED sering disalah erti oleh wanita bahawa pasangannya mempunyai hubungan lain atau tidak lagi tertarik untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

“Apabila menghadapi masalah ED, pasangan hendaklah bersikap terbuka untuk memastikan keintiman terus wujud dalam sesuatu hubungan sambil berusaha menangani masalah ED,” kata Dr. Martha Tara Lee.

Walaupun pelbagai program telah diadakan untuk mendidik dan menghulur tangan, ED masih dianggap sebagai topik pantang di Malaysia dan ramai lelaki tidak selesa untuk berbincang secara terbuka.

Prof. George Lee, PhD menambah “Memandangkan ED mungkin menjadi petanda masalah kardiovaskular masa depan, perbincangan tentang subjek ini hanya satu proses untuk merawat gejala dan mengurangkan risiko kesihatan serius. Terutamanya dalam kalangan lelaki muda hari ini, mereka perlu memahami bahawa ED bukan sebahagian daripada penuaan semulajadi dan ramai lelaki bandar yang tertekan dengan gaya hidup, ED adalah fenomena yang biasa. Walaupun kekerapan ED meningkat dengan usia, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau dengan membuat pilihan gaya hidup sihat seperti bersenam, membendung pengambilan alkohol, berhenti merokok dan mengubah tabiat makan. ED tidak menandakan azab bagi lelaki, pasangan mereka atau hubungan mereka.”

 “Lelaki yang menghidap ED harus mengelakkan rawatan sendiri dengan ubat yang tidak sah atau bergantung pada maklumat daripada Internet semata-mata untuk mengelakkan pertemuan dengan profesional penjagaan kesihatan. Salah satu masalah dalam menilai keadaan pesakit pada hari ini ialah beliau mungkin sudah membuat diagnosis sendiri dan mendapatkan ubat sendiri berasaskan maklumat yang mereka terima sebelum bertemu dengan profesional penjagaan kesihatan. Ini sesuatu yang berbahaya kerana bukan semua maklumat yang anda baca di Internet boleh dipercayai dan ubat yang anda dapati menerusi sumber kurang sahih mungkin mengandungi bahan aktif berbahaya atau tidak sah,” jelas beliau.

Di acara H4RD Talk, Pfizer Malaysia memaparkan tiga visual di bawah kempen HARDNESS MATTERS, berasaskan ciri-ciri kelelakian yang diidamkan untuk mendorong lelaki menangani masalah ‘kelembikan’ dan mengembalikan keyakinan mereka di bilik asmara. Visual-visual ini diilhamkan oleh wira-wira ikonik lelaki daripada setiap strata yang membesar memuja sifat-sifat maskulin mereka.






Sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen, Pfizer juga telah melancarkan “THE H4RDEST QUIZ”, iaitu kuiz bertema dalam talian untuk berinteraksi dengan orang ramai menerusi pengisian jenaka menghiburkan yang boleh dikongsi bersama untuk membolehkan mereka mempelajari tentang kesihatan seks dan menggalakkan kaum lelaki berbincang secara terbuka tentang persoalan ini.

Layari https://www.menshealth.com.my/ untuk menjawab kuiz KUIZ H4RDEST.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI