IFLIX KINI DENGAN PILIHAN PERCUMA ATAU VIP

(Dari kiri) Joe Flizzow, Sharifah Amina, Aidil Rusli, Indra Putra, Safee Sali, Diana Boo, Razman Roslan, Leona Chin, Zizi Kirana and Juzzthin 

Dengan pelancaran iflix 3.0, platform khidmat hiburan iflix kini boleh tonton secara percuma. Khidmat percuma ini membolehkan penonton-penonton di Malaysia mengakses kandungan iflix yang popular dan eksklusif tanpa mengira status langganan.

Antara kandungan yang boleh dinikmati secara percuma adalah Movie of the Day, iflix Snacks; siri iflix Originals seperti Caraoke Drift, Gila Gamerz dan Boleh Binge; saluran ‘Football Malaysia on iflix’, program TV serantau dan antarabangsa dan banyak lagi, yang boleh ditonton secara online atau dimuatturn.

Kepada penonton yang inginkan kandungan premium, mereka boleh melanggan iflix VIP yang membolehkan mereka membuka kandungan baru dan tanpa iklan dengan sedikit bayaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://blog.iflix.com/ atau https://www.facebook.com/iflixMY/

Comments

Popular Posts