IQ.ROCK AKAN DIPENTASKAN SEMULA DI DPAC



Selepas pementasan pertama yang mendapat sambutan ramai pada bulan April tahun ini, Anomalist Production akan membawa kembali IQ.ROCK (diinspirasikan dari perkataan Bahasa Arab IQRA’ yang bermaksud Baca) pada 17-19 Ogos di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) dengan kolaborasi Teach For Malaysia sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap ketaksamarataan peluang pendidikan di Malaysia terutama di kawasan luar bandar seperti FELDA.

Pementasan kali ini akan menampilkan Filmi Don sebagai watak utama, Azim beserta dengan cast asal seperti Ranessa Theyakaraja, Megat ‘Adil, Shamnirul, Maza Maamor, Safia Azman, Aznie Azmi, Husnul Hadi, Akmal Barber dan Tharwa Karina.

Fimie bermula sebagai pelakon kanak-kanak, amatlah popular di TV dan filem. Setelah membintangi lebih daripada 30 filem, Fimie ingin mencabar dirinya dengan menceburi bidang teater dan mengambil pernan watak utama Azim. IQ.ROCK berlatar-belakangkan pekan Serting, Negeri Sembilan.

Di sebalik kedamaian kehidupan peneroka FELDA penoreh getah tersebut, terpendam pelbagai isu komuniti dan sosial yang tidak diduga. Naskhah ini mengetengahkan watak-watak calon SPM yang tidak mempunyai halatuju hidup serta terabai oleh sistem pendidikan yang memi gugurkan mereka sehinggalah ketibaan seorang guru Bahasa Inggeris yang berusaha menyedarkan anak muridnya tentang kehidupan yang ada di luar realiti kehidupan mereka kini.

Teater dwibahasa (sarikata Bahasa Inggeris) ini bertujuan untuk memulakan perbincangan tentang situasi pendidikan di negara kita dan menggalakkan kita untuk mengambil berat dan bertindak sebagai sebahagian daripada masyarakat kita sendiri.

Seperti kata Cikgu Mary “Sekiranya saya tidak dapat mengubah sistem, saya akan mengubah orang yang betul”. IQ.ROCK sebenarnya berdasarkan kisah hidup penerbit Azmi Hud (Jimi) di FELDA Serting di mana ayahnya bekerja sebagai penoreh getah. Kedua-dua ibu bapanya tidak mengetahui dunia di luar kawasan FELDA.

“Peneroka awal FELDA merupakan komuniti yang membesar tanpa atau hanya menerima sedikit pendidikan dan generasi muda mereka terjebak dengan masalah-masalah seperti dadah, seks bawah umur dan lumba haram disebabkan oleh kebosanan dan rasa tak puashati terbelenggu di dalam FELDA.

Tiada sesiapa yang menggalakkan kami untuk meneroka dunia di luar FELDA” kata Jimi. Dia bernasib baik kerana menemui seorang mentor yang menggalakkannya mengambil semula SPM pada umur 22 tahun dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

“Kalau bukan mentor saya yang menjadi sumber inspirasi, saya tak akan berpeluang berkongsi cerita saya ini, apa lagi menceburi bidang teater ini,” kata Jimi.

Pengarah, penulis skrip dan pengasas Anomalist Production - Khairi Anwar menambah, “IQ.ROCK merupakan naskhah berani yang mengetengahkan isu pendidikan di Malaysia. Walaupun kita sekarang mempunyai kerajaan baru, isu pendidikan ini masih lagi relevan dan perlu dikenali oleh masyarakat bandar/urban”.

Tiket IQ.ROCK boleh diperolehi di www.anomalistproduction.com dengan harga RM45 (konsesi) dan RM55 (umum).

Anomalist Production juga memulakan crowdfunding di www.mystartr.com/projects/iqrock di mana khalayak ramai boleh menderma dari RM10 ke atas ataupun membeli Tshirt eksklusif IQ.ROCK yang berharga RM35 sehingga 12 Ogos 2018.



BUTIR-BUTIR PERSEMBAHAN
Tajuk: IQ.ROCK
Diterbitkan Oleh : Azmi Hud @ Jimi & Tan Cher Kian @ CK (Anomalist Production)
Arahan & Tulisan : Khairi Anwar
Tarikh & Masa : 17/8 (Jumaat) 8pm, 18 & 19/8 (Sabtu & Ahad) 2.30pm dan 8pm *2.30pm 18/8 (Sabtu) - SOLD OUT
Tempat : Damansara Performing Arts Centre (DPAC)
Harga : RM45 (Konsesi - Pelajar, Warga Emas dan OKU) RM55 (Umum) Dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan sarikata Inggeris Had Umur : 13+ (Di bawah bimbingan ibu bapa - bahasa kasar)
Laman Belian Tiket : www.anomalistproduction.com/iq-rock-restage Crowdfunding Link : www.mystartr.com/projects/iqrock

ANOMALIST PRODUCTION 
Anomalist Production merupakan syarikat produksi teater yang ditubuhkan pada Disember 2014 oleh artis dari pelbagai latar belakang seperti perundangan, wartawan, jurutera, ekonomi dan sebagainya. Anomalist digerakkan oleh semangat membara di seni persembahan dan filem; bervisi untuk memulakan perubahan di dalam masyarakat kita melalui seni. Sehingga kini, Anomalist telah menerbitkan lebih daripada 10 buah persembahan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Laman Web Rasmi : www.anomalistproduction.com
FB : www.facebook.com/anomalistproduction
IG : www.instagram.com/anomalistproduction

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!