KEDAH FASHION WEEK MODESTYLE 2018 - BILL KEITH

Menerajui Asian Designers Guild, Bill Keith memang bukan calang-calang pereka fesyen di Malaysia. Beliau juga telah banyak kali memenangi anugerah fesyen di dalam dan luar negara termasuk Moet Chandon, Tribute to Fashion Award, 2017 Mercedes Benz Style Best Designer Showcase Award dan banyak lagi. Pada malam pertama Kedah Fashion Week, Bill Keith telah memukau para hadirin dengan himpunan busana serba merah yang hebat dan luar biasa.
Kedah Fashion Week (KFW) adalah satu acara tahunan gemilang bagi meraikan fesyen, trend dan couture, yang dilangsungkan di Aman Central, Alor Setar sejak tahun 2016 lagi. Acara fesyen tiga hari menghimpunkan pereka-pereka luar dan dalam negara, influencer fesyen tanahair serta selebriti.
Sila ikuti perkembangan terkini Alam Central melalui https://www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar
Comments
Post a Comment