KEKAL CERGAS DI F45 TRANING AMPANG


Menurunkan berat badan? Menjaga kesihatan? Fokus bahagian otot terpilih? Terdapat terlalu banyak rutin kecergasan yang berbeza dan memilih latihan sempurna boleh memeningkan kepala. Sekarang mungkin persoalannya terjawab dengan program kecergasan revolusioner F45.


Konsep F45 amat mudah, “F” mewakili Functional Training dan “45” ialah jumlah keseluruhan masa kelas iaitu 45 minit dengan penekanan besar terhadap ‘tiga faktor utama’: motivasi, inovasi dan hasil (result).


Studio-studio F45 di seluruh dunia menawarkan kelas latihan High-Intensity, Circuit Training 45 minit untuk ahli dengan 27 latihan berbeza, dengan lebih banyak lagi sedang dalam perancangan.


Latihan ini dicipta oleh F45 Athletics and Peak Performance Department dari pangkalan data lebih daripada 3,000 latihan yang berlainan, jadi ahli tidak akan mendapat latihan yang sama dua kali.


“Pihak kami berhasrat menjadikan F45 Training sebagai hab sosial dengan fasiliti bertaraf dunia dengan latihan dan senaman yang berbeza buat pelatih yang hadir dan dikendalikan oleh 8 jurulatih profesional yang berpengalaman. Istimewa di F45, setiap hari, minggu dan bulan, program latihan buat pelatih yang mendaftar masuk akan berubah dari semasa ke semasa,” menurut pemiliknya Tengku Daud Shah.


Pada sebuah acara yang diadakan sempena pembukaan cawangan baru F45 di M City Ampang, selebriti terkemuka Neves Pretty Ugly, Hannah Tan dan bekas pemain ragbi kebangsaan dan pemain bola sepak UiTM FC, Anwarul Hafiz dapat mencuba latihan “Hollywood: Circuit”, litar 45 minit berselang intensiti tinggi melalui 27 stesen yang akan menguji kekuatan, kestabilan teras dan ketahanan kardiovaskular.


Neves berkata, “Saya rasa barai! Tapi best! Memang program ini banyak membantu untuk bina strength, core dan untuk keep fit. Lagi-lagi saya ni aktif dalam event ultra running. Saya memang perlukan aktiviti yang sebegini. F45 tak macam exercise yang lain. Contoh seperti kalau kita masuk gym, kita banyak focus on beberapa exercise saja dan perlukan training buddy. Tapi di F45 semua dah ada. Nak ke tak nak je. Ia adalah gabungan beberapa aktiviti exercise disatukan dalam satu program. Program pun hanya 45 minit. Lepas tu dah boleh rest. Kalau ke gym atau ikut program yang lain, kadang-kadang kita hilang arah dan cepat boring sebab asyik buat benda sama je. Adanya F45 ni boleh tambahkan aktiviti exercise saya selain berlari, kayuh basikal, swimming dan juga workout di conventional gym.”


Gimnasium francais F45 ini berasal dari Australia, kini dibuka secara rasmi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi memenuhi keperluan warga kota menjadi cawangan ketiga, selepas KLCC dan Mont Kiara.

Untuk mengetahui jenis program latihan yang sesuai untuk diri anda dan maklumat lanjut tentang F45, sila lawati:

Alamat: No 326, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
LamanWeb: https://f45training.my/Ampang/
Emel: ampang@f45training.my
Laman Media Sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/f45ampang
Instagram: @f45_training_ampang

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO